Kuala Lumpur

Sebuah sajak nukilan Manan Qayyim

Hari esok Untuk Islam

Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi.....

Ketika Siti Hajar Mencari Air Untuk Anaknya

... Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.

Tips berBlog untuk Para Blogger

Perkembangan blog pada hari ini semakin bertambah banyak hari demi hari, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Proses membuat satu blog bergitu mudah berbanding website.....

Jangan Promosi Dosa di Facebook dan Blog

Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak...

05 November 2011

Amalan Sunat Pada Hari Raya Aidil Adha


Assalamualaikum semua pembaca sekalian.

Kedatangan 10 Zulhijah yang penuh kerahmatan, hendaklah disambut dengan berbanyak kesyukuran kerana berjaya melaksanakan ibadat haji, dan bagi mereka yang tidak mengerjakan haji, mereka telah berjaya menunaikan puasa dari 1 – 9 Zulhijjah.

Nabi Muhammad SAW bersabda:  “Tidak ada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah di kala Dia disembah daripada sepuluh Zulhijjah.”  (Hadis riwayat Abu Hurairah).

Apabila tiba 10 hari bulan Zulhijah yang lebih dikenali dengan Hari Raya Korban, maka hendaklah pergandakan usaha untuk melakukan ketaatan kerana sesungguhnya ia adalah hari yang paling afdal di sisi Allah SWT dan dijadikan kehormatan pada sebelah siangnya.

Beberapa amalan yang dianjurkan bagi menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Aidiladha) adalah:-

SEBELUM 10 ZULHIJAH

  1. Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah.
  2. Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha.
  3. Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran.

PAGI 10 ZULHIJAH

  1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
  2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  5. Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
  6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
  7. Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  8. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
  9. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  10. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  11. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  12. Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.

Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidiladha:

نَوَيْتُ الْغُسْلَ مِنْ يَوْمِ عِيدِ اْلاَضْحَى سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Daku berniat mandi sunat Aidiladha kerana Allah Ta’ala.

HARI RAYA KORBAN

Aidiladha adalah bagi mengikis kelekaan terhadap keduniaan. Ia juga menilai di antara ketaksuban mencintai harta duniawi atau sanggup mengeluarkan sebahagiannya bagi mendapatkan keredaan Allah SWT.


1. Takbir

Suasana hari Tasyrik bersamaan Hari Raya Korban ini hendaklah dihiasi dengan takbir, tasbih, tahlil, tahmid, beristighfar dan perbanyakkan membaca al-Quran serta memperhatikan maknanya, terutama selepas setiap solat fardu.


Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).”  (Hadis riwayat al-Thabrani).
.
Pada Hari Raya Haji / Aidiladha disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada hari ke 3 Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.   ( × 5/3)

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ. 

 Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh.

2.  Banyakkan membaca doa Nabi Yunus:

لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِيْنَ

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
.
Ketika ditelan oleh ikan nun, dalam kegelapan malam dan kegelapan lautan, Nabi Yunus berdoa dengan doa ini. Lalu, Allah menyelamatkannya dan ikan itu memuntahkannya.
Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: “Wahai Rasulullah, adakah doa ini hanya khusus untuk Nabi Yunus atau untuk orang mukmin secara umum?” 

Rasulullah menjawab dengan firman Allah bermaksud: “Dan kami selamatkannya daripada kesusahan. Begitu jugalah kami akan menyelamatkan orang mukmin.” (Surah al-Anbiyaa’, ayat 88)

3.  Berdoa Taubat

Perbanyakkan berdoa kehadrat Allah, terutama merayu kepada-Nya supaya Allah mengangkat kemarahan dan kemurkaan-Nya daripada kita.
Kita merayu kepada-Nya janganlah dibalas jika kita terlupa atau tersilap. Merayu kepada-Nya agar Dia tidak menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu dipikul.
Merayulah kepada Allah, agar Dia memaaf, mengampun dan mengasihi kita. Dialah pelindung dan Dialah yang akan memberi kemenangan kepada kita.

4.  Solat Sunat Aidiladha

Solat Sunat Aidiladha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji, di Tanah Suci Mekah.

5.  Ibadah Korban

Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata `Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata `dahiyah’ yang bererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.
 .
Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.”       Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.
.
Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

HIKMAH AIDILADHA

  • Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
  • Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.
Credit to : Shafiqolbu

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 1432H DAN SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH HAJI DAN KORBAN KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Contest Gadget Impian Oleh Denai Hati

Assalamualaikum kepada semua pembaca.

Ini mungkin kali pertama saya menyertai Contest Blogging seperti ini. Mencuba dan berusaha. Moga-moga rezeki menyebelahi saya. Blog Denai Hati ini memang sudah lama menjadi tempat saya mencari info pelbagai sudut.

Kepada yang ingin menyertai Contest ini boleh lah klik gambar dibawah. Gadget Impian mungkin milik anda.
“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.comditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd,Kedai Kak Siti dan Serverfreak“
SEMOGA Denai Hati TERUS SUKSES DALAM MENYAMPAIKAN INFO BERMANFAAT  

04 November 2011

Keputusan

Assalamulaikum dan selamat menyambut hari jumaat yang mulia ini.

Apa khabar semua?. Semoga dalam keadaan sihat selalu hendaknya. Hari ini mungkin menjadi debaran kepada Mahasiswa UiTM khususnya Diploma dan Asasi. Hari ini menjadi penentu kepada mereka, sama ada DEKAN, Cukup Makan, atau pun Repeat.


Walau apa pun keputusan yang kita dapat. Bersyukurlah, itu ketentuan Allah setimpal dengan usaha yang kita lakukan selama ini.

Tahniah !!! Kepada sahabat yang berjaya medapat Dekan dan Lulus semua subjek.

Kepada yang gagal (repeat), jangan bimbang... Cuba yang terbaik untuk semesta hadapan.....

*Keputusan saya tidak lah berapa berjaya mencapai target. Tapi bersyukur kehadrat Ilahi, dengan izin-Nya saya peluang untuk menduduki pepereksaan dan meneruskan pengajian dalam bidang ini (Perakaunan). Sebelum ini saya Cuti Khas selama 2 semesta atas masalah kesihatan.


03 November 2011

Saham Terbesar ! Dunia Dapat, Akhirat Pun Dapat.

Assalamualaikum semua pembaca sekalian.
Pada malam ini ingin saya kongsikan satu video yang saya fikirkan bermanfaat untuk ditonton oleh semua orang. Maklmumlah sekarang ni kan zaman teknologi. Jadi tanpa menaip panjang, mari kita saksikan video ini. Moga kita akan peroleh saham Terbesar ini. Sungguh mudah untuk melabur.....
Dunia dapat, Akhirat pun dapat......


 Credit Video http://www.youtube.com/user/Uwezu93

01 November 2011

"Mohon Share" bila Nak Cakap Bab Agama Tapi Tak Arif ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca sekalian.

Sebenarnya saya nak publish post ni minggu lepas lagi. cuma tak sempat nak edit. Ini sekadar perkongsian sahaja. Jika ada mana-mana pihak terasa. Saya dahulukan dengan ucapan "Ribuan Kemaafan".
***********
Tersentap seketika apabila membaca "tweet" seorang blogger berkenaan budaya "Mohon Share".

Antaranya :
#MohonShare bila nak Plagiat entry org

#MohonShare bila ada status yg menarik

.
.
.

#MohonShare bila Nak Cakap Bab  Agama Tapi Tak Arif (Ini yang membuatkan saya tersentap seketika)

Sekadar penerangan rengkas, "MohonShare" selalu kita akan lihat apabila seseorang ingin mengunakan maklumat yang kita sampaikan sama ada dalam blog atau media sosial lain (facebook, Twitter) dan dikongsikan bersama orang lain.

Faham ke? (buat2 faham je la...)

Salah ke cara sebergini?
********
Kebetulan jumaat lepas, saya berkesempatan mengikuti sesi Bedah Buku (Surat untuk Carolynn) bersama Tuan Zahiruddin Zabidi di Ekspo Buku Islam bertempat di KL Senteral. Pelbagai info dikongsikan bersama pengunjung bukan sekadar buku yang ditulis sahaja. Diceritakan juga pengalaman dan kisah dia bermula dalam bidang penulisan ini. 

Tiba, sesi soal jawab. Tiada siapa yang bertanyakan soalan. Jadi aku mengambil kesempatan yang ada ini untuk bertanyakan dua soalan.

Soalan 1 : (berkenaan buku yang telah dibentangkan.)
Soalan 2 : Apakah pendapat tuan tentang budaya perkongsian mengunakan bahan atau artikel orang lain (plagiat) di blog, facebook dan sebagainya. Dengan niat untuk berkongsi sesuatu. Seperti dalam bidang agama. [lebih kurang macam ni la soalan saya]

Jawapan Tuan Zahiruddin Zabidi :
Kalau mengikut undang-undang hak cipta salah apabila kita mengambil artikel atau penulisan orang lain dan kita kata kan itu penulisan kita. Contoh, buku yang ditulis oleh Orang lain, kita taip balik dan kita letak nama penulis, nama kita. SALAH.

Tapi kalau kita berkongsi sebahagia daripada buku tersebut yang menarik minat kita. Kemudian dibawah artikel tersebut, letakan nama penulis sebenar. Ini tidak salah. (begitulah ulasan yang telah saya rengkas daripada jawapan beliau)

Manan Qayyim :
Bagi saya tidak salah kita nak berkongsikan ilmu Allah yang luas ini. Lebih-lebih lagi ilmu agama. Tapi kalau artikel itu anda ambil sepenuhnya, jangan lupa letakan lah nama penulisnya sekali.

Begitu juga kalau artikel itu anda jadikan rujukan, dan anda ambil sebahagian daripadanya, Jangan lupa letakan rujukanya sekali.

Sekian, Wassalam.

Abdul Manan bin Abdullah
www.mananqayyim.com
27 - 31 Oktober 2011

26 October 2011

Wordless Wednesday #4: Aku Ingin Menjadi Tetamu Mu Suatu Hari Nanti

Wordless Wednesday : bermaksud meletakan gambar tanpa perlu mengulas panjang . Biarlah pembaca mentafsirkan apa yang mereka lihat dan dapat difahami. Selalunya akan di postkan pada hari rabu.

25 October 2011

Hukum Mengucapkan "Selamat Hari Deepavali" dan Menyambut Deepavali bagi Umat Islam


Memandangkan masyarakat Malaysia merupakan masyarakat majmuk, maka ada orang bertanya tentang keharusan umat Islam menyambut  Deepavali. Persoalannya ialah adakah umat Islam dibenarkan untuk turut sama merayakan perayaan bukan Islam?. Perayaan yang berbentuk budaya tidaklah menjadi suatu masalah, akan tetapi bagaimanakah pula sambutan perayaan yang berbentuk agama, adakah ia wajar disambut oleh masyarakat Islam? Setiap individu muslim sepatutnya meneliti persoalan ini dengan berhati-hati berlandaskan hukum syara’ agar akidah terpelihara, dan dalam masa yang sama hubungan di antara masyarakat Islam dan bukan Islam tetap menjadi erat.

Perayaan dalam Islam merupakan satu ibadah. Ia bukan merupakan adat dan budaya. Ibadah bermaksud pengabdian diri kepada Allah semata-mata. Ibadah dilakukan sebagai lambang ketaatan kepada Allah. Justeru, Rasulullah saw melarang golongan Ansar merayakan perayaan Jahiliyyah yang sudah sedia diamalkan oleh masyarakat Madinah sebelum kedatangan Islam. Sabda Rasulullah bermaksud:“Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya(hari raya) iaitu hari raya Adha dan hari raya al-Fitri.” (Hadis riwayat Abu Dawud 1134, Nasaei 1556 dan Ahmad 1241).

Hadis nabi ini menegaskan dua perkara iaitu pertamanya; haram menyambut perayaan agama lain. Keduanya; Islam telah memberikan dua perayaan yang jauh lebih baik daripada perayaan Jahiliyyah iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Syeikhul Islam Ibnu Taymiyyah dan anak muridnya Ibnu Qayyim bersikap amat tegas dalam persoalan ini iaitu mereka melarang keras umat Islam daripada terlibat dan turut serta dalam sebarang perayaan kaum musyrikin dan ahli kitab. Ibn Taymiyyah juga menegaskan bahawa perayaan adalah satu syariat. Kata Ibn Taimiyyah: “perayaan merupakan sebahagian daripada syariat, manhaj dan ibadah yang disebut oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud: ‘setiap umat Kami jadikan jalan ibadah yang mereka jalani’ (Rujuk Iqtidha’ al-Sirat al-Mustaqim juz 1, hlm. 207 )

Perayaan-perayaan agama bukan aktiviti sosial semata-mata. Perayaan agama merupakan syiar bagi sesebuah agama tersebut. Ia merupakan salah satu ciri istimewa yang ada pada setiap agama. Justeru, Rasulullah menegaskan kepada Saidina Abu Bakar dengan sabda baginda yang bermaksud: “Wahai Abu Bakar! Sesungguhnya bagi setiap kaum itu ada hari perayaan. Dan ini merupakan hari perayaan kita.” (Hadis Bukhari 952 dan Muslim 892).

Muhammad Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli majlis fatwa kerajaan Arab Saudi serta beberapa ulama kerajaan Arab Saudi yang lain pula berpendapat bahawa hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti pada hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam.

Hujah yang dikemukakan oleh mereka ialah hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam diperintahkan agar tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka dia daripada golongan mereka - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).Hujah mereka yang seterusnya ialah berdasarkan satu kaedah di dalam Islam iaitu ‘redha dengan kekufuran adalah kufur’. Justeru, turut serta berhari raya dengan kaum bukan Islam, serta mengucap tahniah dan selamat Hari Raya kepada mereka, adalah antara tanda kerelaan hati terhadap kekufuran seseorang.

Setiap perkara ibadah tidak boleh dikongsi dengan bukan Islam

Setiap perkara ibadah tidak boleh dikongsi dengan bukan Islam. Ini ditegaskan oleh firman Allah dalam surah al-Kafirun yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad). Wahai orang kafir! Aku tidak beribadah (mengabdikan diri) pada apa yang kamu abdikan diri. Dan kamu juga tidak menjadi pengabdi (melakukan ibadah)pada apa yang aku abdikan diri. Dan aku bukanlah pengabdi (pelaku ibadah) pada apa yang kamu abdikan diri Dan kamu juga tidak menjadi pengabdi (melakukan ibadah)pada apa yang aku abdikan diri. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.”

Manakala Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi pula, ketika membahaskan perkara ini telah menyatakan bahawa tidaklah menjadi suatu kesalahan memberikan ucapan selamat hari raya kepada rakan dan jiran yang musyrikin, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini. Keharusan ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Mumtahanah ayat 8 yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil”. Namun, al-Qaradawi melarang keras daripada turut serta dalam perayaan yang berasaskan upacara keagamaan kerana ia melibatkan akidah dan kepercayaan.

Prof Dr Abd al-Sattar Fathullah Said, seorang pensyarah Tafsir dan ‘Ulum Quran di Universiti Azhar pula berpendapat bahawa mengucapkan tahniah dan selamat hari raya pada perayaan bukan Islam adalah harus selagi tidak bercanggah dengan hukum syara’. Akan tetapi sekiranya ucapan tahniah dan selamat hari raya itu diungkapkan dalam bentuk doa seperti ‘moga Allah berkati pada keluarga dan hartamu’, ianya adalah haram dan dilarang sama sekali. Begitu juga menurut beliau harus memberi hadiah sebagai ucapan tahniah kepada bukan Islam pada hari perayaan mereka, tetapi hadiah tersebut mestilah bukan sesuatu yang diharamkan seperti arak, potret lucah dan sebagainya.

Syeikh Dr. Mustafa Zarqa pula ketika membincangkan persoalan ini telah menyatakan bahawa mengucapkan tahniah atau ucapan selamat hari raya kepada kenalan bukan Islam adalah termasuk dalam bab kesopanan (mujamalah) dan keelokan dalam pergaulan. Namun, sesiapa yang keliru, contohnya dengan mengatakan bahawa sambutan hari kelahiran Isa adalah perayaan mereka (seperti Aidilfitri dan Aidil Adha), maka ia adalah haram, kerana ianya mempunyai kaitan dengan aqidah Kristian tentang ketuhanan Isa.

Hujah yang dikemukakan oleh beliau antara lain ialah peristiwa yang berlaku pada zaman nabi s.a.w. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. berdiri tatkala satu jenazah Yahudi melalui kawasan yang diduduki oleh Rasulullah dan para sahabat. Berdirinya Rasulullah itu adalah penjelasan tentang betapa hebat dan agungnya kematian itu, tidak ada kaitan dengan aqidah jenazah tersebut (iaitu bukan kerana hendak menghormati aqidah jenazah tersebut).

Namun, perlu juga diberi perhatian bahawa, mengucapkan selamat hari raya kepada kawan-kawan non-muslim atas alasan menjaga persahabatan dan perhubungan (bukan atas dasar aqidah) adalah harus, tetapi merayakannya dengan pengisian-pengisian mungkar di dalamnya, itu adalah haram.

Justeru, apakah tidak merayakan perayaan agama selain Islam menafikan toleransi di antara kaum? Toleransi tetap wujud dengan bukan Islam, tapi bukan dalam perkara ibadah dan yang melibatkan perayaan agama. Toleransi kaum boleh dipupuk pada setiap hari dalam pergaulan harian. Toleransi di antara kaum juga boleh dipupuk ketika menyambut ulang tahun hari kemerdekaan negara dan sambutan lain yang bersifat patriotik. Sehubungan dengan itu, pupuklah toleransi di antara kaum dengan tanpa menggugat akidah Islam!.

20 October 2011

Virus Ukhwah dalam Bersahabat.

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya ketika ini.

Pengenalan.
Sahabat itulah istilah yang bermakna dalam kita bergaul sesama manusia. Kita mampu mencari beribu kawan dan teman. Tapi belum tentu mampu mencari seorang sahabat. Ketika gembira dia berada disisi, ketika gundah-gulana dia pengubat luka yang parah. 

Membina ukhwah yang kukuh dan teguh akan melahirkan jalinan ikatan antara sahabat sejati. Ia mungkin boleh diistilahkan sebagai Anti-Virus kepada hubungan yang terbina. Jika tidak dipelihara mungkin juga menjadi Virus dalam hubungan tersebut.

Pertama sekali, saya ingin memohon maaf jika anda antara sahabat saya dan saya tidak mampu menjadi sahabat terbaik untuk anda. Insya-Allah, saya berusaha untuk  kearah itu. Saya juga mohon teguran daripada anda, andai saya ada melakukan kesilapan.  - Sahabat Ingatkan Aku Andai Aku Lupa.

Virus dalam Kita Bersahabat

Berdasarkan pemerhatian saya dalam melayari kehidupan sebagai insan yang bergelar sahabat. Pelbagai adegan atau dalam istilah kasar sedikit "karenah" dalam memahami sahabat. 

Sebagai contoh dalam memberi pendapat ketika berbicara. Mungkin bagi kita itu, yang terbaik. Tetapi bagi dia tidak. Masing-masing ada pendapat sendiri. (Berbincanglah, temukan persamaan pendapat anda dan berdoalah pada-Nya)

Sebagai contoh yang lain, dalam berorganisasi. Kita inginkan semua ahli didalamnya menjadi sahabat yang memahami antara satu sama lain. Ini penting, agar apa yang dirancang dalam organisasi tersebut dapat dicapai. Tapi, agak sukar untuk melakukannya. 

Pelbagai lagi "karenah" dalam bersahabat ini. Saya menyatakan "karenah" ini bukannya tidak suka bersahabat. Sekadar ingin membawa sahabat-sahabat saya yang lain berfikir apa yang berlegar difikiran saya ketika ini.

Virus-virus Ukhwah

Virus-virus ukhwah menurut Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah :

1. TAMAK AKAN KENIKMATAN DUNIA

2. LALAI MENJALANKAN IBADAH DAN MELANGGAR TUNTUNAN AGAMA 

3. TIDAK SANTUN DALAM BERBICARA
Contoh Gaya Bicara yang tidak santun
  • Berbicara dengan Nada Suara yang Tinggi atau Menggunakan Kata-Kata yang Kasar
  • Tidak Mendengar cadangannya, Enggan Menatapnya ketika Berbicara atau Memberi salam, tidak Menghargai Keberadaannya
  • Bergurau Secara Berlebihan
  • Sering berdebat dan Membantah
  • Kritikan Keras yang Melukai Perasaan
4. SIKAP ACUH

5. MENGADAKAN PEMBICARAAN RAHASIA

6. KERAS KEPALA, ENGGAN MENERIMA NASIHAT DAN SARAN

7. SERING MEMBANTAH, BERBEZA SIKAP DAN HOBI, BERSIKAP SOMBONG DAN KASAR 

8. MEMBERI TEGURAN DI DEPAN ORANG LAIN

9. SERING MENEGUR, TIDAK TOLERAN, CENDERUNG NEGATIVE THINKING, ENGGAN
MEMAAFKAN 

10. MUDAH PERCAYA TERHADAP HASUTAN ORANG ORANG YANG MENGADU DOMBA
DAN MEMENDAM DENGKI

11. MEMBUKA RAHASIA

12. MENGIKUTI PRASANGKA

13. MENCAMPURI MASALAH PERIBADI

14. EGOIS. TIDAK BEREMPATI DENGAN PENDERITAAN SAUDARA, DAN TIDAK
MEMPERHATIKAN MASALAH SERTA KEPERLUAN-KEPERLUANNYA

15. MENUTUP DIRI, BERLEBIHAN, MEMBEBANI, DAN MENG-HITUNG-HITUNG KEBAIKANNYA KEPADAMU

16. ENGGAN MENGUNGKAPKAN PERASAAN CINTA, MENUNJUKKAN INDIKASI ATAU HAL-HAL YANG DAPAT MENYUBURKANNYA, DAN ENGGAN MEMBELA SAHABAT KETIKA DISEBUT AIBNYA 

17. MELUPAKANNYA KERANA SIBUK MENGURUSI ORANG LAIN DAN KURANG SETIA

18. SUKA MENONJOLKAN KELEBIHAN PRIBADI, MENCARI MUKA DI DEPAN OBJEK DAKWAH [MAD'U], DAN INGIN MENGUASAI MADU’ DENGAN CARA MENUNGGANGI SAHABAT

19. MENGINGKARI JANJI DAN KESEPAKATAN TANPA ALASAN YANG KUAT 

20. SELALU MENCERITAKAN PERKARA YANG MEMBANG-KITKAN KESEDIHANNYA DAN SUKA MENYAMPAIKAN BERITA YANG MEMBUAT RESAH

21. TERLALU CINTA

Peringatan buat diri ini dan Sahabatku yang lain.

Cuba renungkan andai ada virus ini dalam diri kita. Jangan salahkan orang lain. Lakukan perubahan dalam diri kita dahulu dan fahamilah sahabat kita.

Abdul Manan bin Abdullah
20 Oktober 2011


Image from Google