Kuala Lumpur

Sebuah sajak nukilan Manan Qayyim

Hari esok Untuk Islam

Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi.....

Ketika Siti Hajar Mencari Air Untuk Anaknya

... Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.

Tips berBlog untuk Para Blogger

Perkembangan blog pada hari ini semakin bertambah banyak hari demi hari, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Proses membuat satu blog bergitu mudah berbanding website.....

Jangan Promosi Dosa di Facebook dan Blog

Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak...

Showing posts with label Perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Perniagaan. Show all posts

22 February 2012

Perniagaan Pertukaran Asing (FOREX) Haram: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan


KOTA BAHARU, 15 Feb (Bernama) -- Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Rabu memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

"Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam."

"Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini Rabu.

Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

-- BERNAMA

25 January 2012

Motivasi Jutawan oleh Irfan Khairi | Perniagaan


19 January 2012

Kunci Kewangan, Kesyukuran dan Kekayaan

Agak sepi wall Facebook saya kebelakangan ini. Beberapa projek tambahan yang diuruskan anak syarikat sedikit sebanyak menambah skop kerja saya.
brunei
Bulan Januari ini sahaja saya perlu ke Brunei, Sabah dan Pulau Pinang. Hanya 1 minggu sahaja betul-betul berada di Kuala Lumpur. Biarkan saya dengan kesibukan ini. Saya sungguh seronok!
Sebenarnya saya ingin berkongsi satu cerita. Ia berlaku ketika saya berada di Brunei atas urusan kerja beberapa tahun lepas. Hikmah ceritanya ialah saya berjaya mencapai apa yang saya ada pada hari ini.
Ketika itu saya ke Brunei bersama seorang mentor saya, juga merangkap rakan niaga. Beliau adalah mentor saya yang kelihatan paling selekeh walaupun berstatus jutawan.

Al-Kisah RM2 – Nilai Hina Tetapi Bermakna

Kisahnya saya membeli ubat gigi berharga RM2. Semasa berada di bilik hotel saya membuang resit ubat gigi itu ke dalam tong sampah dan berkata di hati saya,
“Alah, RM2 ringgit sahaja, tidak mengapa pun kalau tidak catat.” (Wah, sombongnya saya!)
rm2 ringgit
Mentor saya mengambil balik resit tersebut di dalam tong sampah, dan mencatat perbelanjaan RM2 tersebut di dalam buku perbelanjaan syarikat.
Beliau berpesan kepada saya,
“Ariff, wang ringgit adalah satu amanah besar dianugerahkan Allah kepada kamu untuk diuruskan dengan baik. Walaupun harga barang itu hanya RM2, kita perlu tunjukkan dan buktikan kepada Yang Maha Kuasa bahawa kita menguruskan setiap sen anugerahNya itu dengan amanah, jujur dan disertakan rasa syukur.”

Tambahnya lagi,
“Jika kita pandang RM2 itu dengan nilai yang kecil, maka kecillah kita akan dapat. Jika kita pandang RM2 itu dengan nilai yang besar disertakan rasa kesyukuran yang tinggi maka besarlah kita akan dapat.”
Mungkin kita pernah lihat sebilangan individu atau syarikat yang sudah mencapai ‘wang besar’. Kemudian hilang balik apa yang dimiliki dalam sekelip mata atau sedikit demi sedikit. Mungkin juga kita sendiri pernah alami situasi ini.

Mensyukuri Nikmat Kecil Membawa Keuntungan Besar

Setinggi mana tahap kita sekarang, menghargai dan mensyukuri sekecil-kecil nikmat membantu kita mencapai lebih banyak rezeki luar jangka secara terus menerus.
bersyukur
Jika sebaliknya, kita boleh hilang apa yang dimiliki sekarang dan tidak mustahil jatuh miskin kerana kita seolah-olah membuktikan kepada pencipta bahawa kita tidak layak menguruskan rezeki milikNya.
Tuan-tuan dan cikpuan-cikpuan yang mulia hatinya, pengurusan mantap kewangan individu atau syarikat adalah salah satu bukti kukuh kita kepada pencipta, bahawa kita layak memegang amanahNya.
Seterusnya layak untuk dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah selama hidup kita di dunia. Setiap sen itu juga akan dihitung di akhirat sana.
Kredit gambar yang diambil dari Flickr (buyietelekon1crads313)

About the Author
Hasbul Ariff merupakan Pengarah Urusan VAG Network, sebuah syarikat yang menganjurkan pelbagai program keusahawanan di seluruh negara termasuk Brunei, Singapura dan Indonesia. Pada tahun 2011, beliau mengorak langkah bergabung dengan beberapa usahawan berjaya mengasaskan Akademi Usahawan, bertujuan meluaskan lagi ilmu keusahawanan di kalangan masyarakat di Malaysia. Selain itu, beliau menjadi konsultan dalam membangunkan beberapa syarikat IT tempatan termasuklah menjadi penasihat kepada Majalah Niaga dan Komik Niaga.
Follow Me on Facebook [at] hasbulariff

14 January 2012

Menjadi Saudagar Tuhan, kaya di Dunia dan kaya di Akhirat

Alhamdulillah, semalam selesai sudah Bengkel Keusahawanan Khalifah Business 2012 selama satu hari. Bengkil ini dianjurkan oleh Ikatan Mahasiswa Dinamis (IMAN), UiTM Kedah. Pelbagai infomasi dan ilmu dikongsikan bersama para peserta oleh penceramah jemputan (usahawan) dan fasilitator.
Saya juga turut berkongsi sedikit ilmu yang ada kepada para peserta yang hadir. Kepada para peserta, saya ingin mohon maaf jika ada kekurangan sepanjang penyampaian saya semalam.
Disini saya kongsikan bersama anda yang tidak dapat hadir dalam program ini. Moga bermaat untuk kita bersama.

Nota [1] 

Berniaga Kena Ada Ilmu

Dunia perniagaan kita telah berkembang pesat. Pelbagai cara dan kaedah perniagaan muncul sejak akhir-akhir ini. Antaranya adalah Kaedah Konvensional, MLM (Multi Level Marketing), Affiliate Marketing, Internet Marketing, Forex Treading dan bermacammacam lagi. Perlu diingatkan, DASAR UTAMA hukum muamalat atau perniagaan ini adalah HALAL, dan kaedah pelaksanaannya fleksibel selagi tidak melangar hukum syarak (tiada unsur Riba dan unsur Haram yang lain)
".....Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba...." (Surah Al-Baqarah, 275)
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu." (Surah al-Nisa`: 29)
Dalam ayat al-Quran diatas, Jelas Allah menghalalkan jual beli cara yang betul dan mengharamkan Riba. Kepada mereka yang ingin menceburi sesuatu bidang perniagaan, dinasihatkan agar memahami ilmu pengetahuan kaedah pelaksanannya terlebih dahulu. Rujuklah kepada mereka yang pakar dan arif dalam bidang ini. 

Laman Cadangan Sebagai Rujukan Peniagaan Islam :
1) www.zaharuddin.net

Nota [2] 

Rahsia Jutawan Islam

Peniagaan juga merupakan jalan kita mengembangkan Islam. Kita dapat lihat para sahabat Rasulullah dahulu ramai antara mereka adalah Jutawan dalam bidang perniagaan. Seperti, Saidina Abu Bakar As Sidik, Abdul Rahman Auf dan Rasulullah sendiri merupakan ahli perniagaan. Kita juga ada tokoh Usahawan  Wanita Islam  iaitu Siti Khadijah Khuwailid yang mempunyai banyak harta.

Jutawan-jutawan ini banyak menyumbangkan harta mereka ke jalan Allah. Dan mereka yakin, semakin banyak mereka berikan ke jalan Allah, semakin banyak akan mereka perolehi.

Buktinya. Saya berikan Abdul Rahman Auf sebagai contoh.
Tahun 614 Masihi : Beliau memeluk Islam melalui Abu Bakar

Tahun 622 Masihi/ 1 Hijrah : Berhijrah ke Yathrib (Madinah) dan diisytiharkan muflis apabila hartanya dirampas orang Quraisy.

Tahun 631 Masihi/ 9 Hijrah : Beliau digelar JUTAWAN dalam masa 10 tahun sahaja. Sifat dermawan beliau dapat dilihat apabila beliau mampu menyumbangkan harta sebanyak 200 dinar, 500 kuda perang dan 1500 ekor unta untuk Peperangan Tabuk. Angaran jumlah sumbangan beliau sebanyak RM25.1328 juta (Berdasarkan nilai matawang sekarang)

Tahun 632 Masihi/ 10 Hijrah : Tahun kewafatan Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW.

Tahun 654 Masihi/32 Hijrah : Abdul Rahman memiliki pendapatan bersih tertinggi individu bernialai RM107.814 juta (Berdasarkan nilai matawang sekarang).
lihat bagaimana, keyakinan Abdul Rahman dengan janji Allah. Apabila beliau menyumbangkan hartanya ke jalan Allah, maka semakin bertambahlah harta kekayaan miliknya.

Nota [3]

Menjadi Saudagar Tuhan, - kaya di Dunia dan kaya di Akhirat.

Jangan kita sangka di Dunia sahaja ada orang Muflis, pada hari akhirat juga manusia boleh jatuh muflis. Muflis di Akhirat lebih dahsyat berbanding muflis di Dunia.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?” Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki dirham (wang) dan juga tidak memiliki harta.” Lalu Nabi s.a.w. bersabda:”Sebenarnya orang yang muflis dari kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi (dahulunya sewaktu di dunia) ia pernah mencaci maki si fulan, menuduh si fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan, dan pernah memukul si fulan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah teraniaya , ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dijelaskan (belum dapat dibayar semua), maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadits Riwayat Muslim)
 Moga kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang muflis di Akhirat kelak.

Saudagar Tuhan sebenarnya adalah gelaran khusus yang diberikan kepada Abdul Rahman bin Auf. Memangdangkan jasa dan pengorbanan beliau menegakkan Islam dengan harta dan kekayaannya, Rasulullah memberi gelaran kepadanya sebagai Saudagar Tuhan.

Generasi seterusnya boleh menggunakan gelaran ini sekiranya syarat-syarat yang terdapat pada diri beliau diwarisi secara menyeluruh.

Konsep saudagar Tuhan juga dikupas secara langsung dalam al-Quran, iaitu berdasarkan tawaran tender perniagaan yang diberikan oleh Allah dalam surah as-Saf, ayat 10 - 12.

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? [10]Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). [11] (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar. [12]
Syarat-syarat Kelayakan menjadi sebagai SAUDAGAR TUHAN.
  1. Beriman kepada Allah dan Rasul
  2. Terus berusaha mencari rezeki
  3. Memenuhi hak-hak Allah ke atas harta
  4. Memenuhi hak orang miskin ke atas harta.
Setiap, satu syarat ini akan saya kupaskan dalam artikel akan datang.


Kesimpulan.
Bentuklah diri kita dari sekarang untuk menjadi seorang usahawan Islam yang akan sentiasa ingat akan Allah. Tunaikan lah hak-hak Allah dan mereka yang berada disekeliling kita. Disamping itu, tambahlah ilmu pengetahuan kita dalam bidang ini yang berlandaskan Islam.

Kepada para peserta dan fesilitator semoga anda menjadi seorang Jutawan Muslim yang berjaya suatu hari nanti. Insya-Allah

Wassalam


Abdul Manan bin Abdullah,
www.mananqayyim.com
14 Januari 2012


___________________
Rujukan :
Siapa Orang Yang Bankrap (Muflis)? (2010, Febuari 2). Retrieved Januari 14, 2012, from Portal APIS: http://www.apisbp.net

Aizuddinur Zakaria. (2012). Rahsia Jutawan Islam - Abdul Rahman bin Auf. Selangor: PTS Professional Publising Sdn. Bhd.

Surah as-Saff. Retrieved Januari 14, 2012, from Al-Quran Melayu: http://www.alquran-melayu.com