Kuala Lumpur

Sebuah sajak nukilan Manan Qayyim

Hari esok Untuk Islam

Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi.....

Ketika Siti Hajar Mencari Air Untuk Anaknya

... Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.

Tips berBlog untuk Para Blogger

Perkembangan blog pada hari ini semakin bertambah banyak hari demi hari, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Proses membuat satu blog bergitu mudah berbanding website.....

Jangan Promosi Dosa di Facebook dan Blog

Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak...

Showing posts with label Karya Kretif. Show all posts
Showing posts with label Karya Kretif. Show all posts

07 March 2012

Langkah Lestari (A. Samad Said)

Sejak subuh ini resah mendera qalbuku
mendengar nafas bumi yang cuba syahdu.
Di tengah rimba aku tekun menyanggah lara,
mewarasi setiap suara derita atau rianya.
Subuh ini seluhur tekad kupadu qalbu
kerana terdengar rimba masih juga diganggu.
Dan walau anak rimba cuba tulus menyanyi
taring haloba masih bengis menoda bumi.
Di mana lagi dapat kuhirup udara yang murni,
setiap detik, dan serentak, terhidu elegi bumi?
Di sini—dedaun bersyair kepada leluhurnya,
bunga rimba cuba menari depan keluarganya.

Walau sungai serahsianya masih merdu mengalir,
kembaranya tetap resah di sisi ikan yang getir.
Dan kita mula terdengar suara rindu abad lalu,
menyerap gelak mewaras sedu, segala yang pilu.
Kita tidak akan rela berganjak mendakap alam
khusus ketika ia sedang terus terdera kejam;
kita tak rela dengar rintih rimba yang murung;
atau menyerap tangis dedaun dan sedu burung.
Kita berazam cekal berlawan di qalbu rimba
memanfaat setiap kitab lara dan buku sengsara.
Dan dengan sederap rentak dan sesyahdu suara
kita tetap bertekad melindungi rimba terdera.
Kau yang pendera usah berhelah atau berpura
kerana sedalam kuburmu rimba akan membela.

(A. Samad Said)

31 January 2012

Wahai Kekasih | Puisi

Law Kana Bainana
Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

12 January 2012

Jangan Salahkan Bulan, Matahari | Sajak

Kita mencari dimana Bulan dalam terang Matahari,
Sedangkan cahayanya sudah cukup menerangi Bumi,

Masa berlalu....

Tatkala malam menjelma, kita tercari-cari dimana Matahari,
Sedangkan Bulan bersama Bintang sudah sukup menghiasi angkasa.

Bergitulah kehendak nafsu serakah mencari dunia......
Abdul Manan Abdullah
Sungai Petani, 2011
www.manaqayyim.com

13 December 2011

Meratib Janji | Sajak

Getar bibir dijentik rusuh
berakar dari hati yang terturis
oleh belati beracun keinsafan
dan carikan noda bercempera
menghambat kelekaan; keasyikan lalu.

Detik masa memimpin janji
tiada lagi ruang kelalaian
di celah-celah keberahian
lalu beratur alunan penyesalan
dari gua mulut ke gapura hati
bersama meruntun kasih Ilahi.

Ratib pun menjadi saksi
seleret janji yang menyempadani
sebuah perjanjian dan persefahaman
antara insan –– Tuhan.


Khalil Zaini
Pantai Dalam, KL


Tunas Cipta,
Oktober 2011.

09 November 2011

Redha Dengan Qadar | Imam Shafie

Biarkan masa melakukan apa yang ia mahu
tenang dan redhalah apabila qadha’ itu berlaku
Janganlah bersedih dengan musibah yang berlaku
tiada musibah dunia yang kekal
Jadilah dalam menghadapi malapetaka lelaki yang cekal
dan akhlakmu adalah berlapang dada dan kesetiaan
Rezekimu tidak akan kurang kerana kesabaran
dan tidak bertambah kerana kesedihan
Sesiapa yang kematian turun di halamannya
maka tidak ada bumi atau langit yang dapat melindunginya
Bumi Allah adalah luas, tetapi
apabila turun qadha’, ruangnya menjadi sempit sekali
Biarkanlah masa mengkhianati segala kebaikan
tiada ubat yang dapat menghalang kematian
-Imam al-Shafie
MQ : Karya Imam al-Shafie ini menyingkap makna disebalik "Qadar" . Siapalah saya, insan biasa ingin mengulas panjang karya Imam tersohor ini.

Cuma sekadar peringatan daripada saya untuk teman-teman dan sahabat sekalian serta untuk diri saya sendiri. Sebelum ini saya ada terbaca di Facebook rakan saya yang menghadapi dugaan. Sehinggakan kalimah sabar sukar untuk dihadamkan dalam dirinya. Walau mudah diungkapkan. Tidak kurang juga ada yang meluahkannya kepada saya sendiri. Saya hanya mampu memberi motivasi dan kadang-kala hanya berdiam diri.

Untuk itu teman, hanyatila puisi ini. Agar  setitis embun sabar membasahi dirimu dan secuit api pedoman dapat membangkitkan semangatmu untuk terus berjuang.

Wassalam.

Abdul Manan bin Abdullah
www.mananqayyim.com


06 October 2011

Lelayang Merah | Karya

SAJAK : Lelayang Merah
Angin petang melambai-lambai
bersama daun, bersama burung 
riangria bersyair
riangria bersiul.


Atas padang rumput di pinggir sawah
seorang anak lelaki
melepas lelayang merah manari
mengikut gendang angin
mereka usik mengusik
di dewan udara
hingga terungkai benang pengikat dirinya.


Bersama angin yang 'asyik
lelayang merah terus terbang
jauh, jauh...... hingga
ke kaki senja yang berdarah


Esoknya
ia terdampar di pinggir sawah
dalam kelesuan
lelayang merah, wajahnya tiada indah.


Datang anak lelaki
bersama sebuah lelayang putih
padanya, ia tiada menoleh


Lelayang merah
di pinggir sawah menangis sendiri.


Nor Aini Muhammad.
Kuala Terengganu
18hb. Januari,1970

*********************
 ULASAN

.......... Membaca sajak Nor Aini Muhammad ini, terasa ia membawa persoalan yang ringan dan sangat mudah difahami. Tetapi sajak ini sebenarnya sebuah sajak simbolik. Dari satu tanggapan dapat dirasakan maksud lambang dan persoalannya begini :

Lelayang merah itu dimaksudkan kepada seorang yang cantik, katakanlah seorang gadis. Ianya sangat disukai oleh banyak lelaki, yang dalam sajak itu melambangkan seorang anak lelaki dan angin. Dalam keadaaan disuka dan menyukai itu, jika si gadis itu terlalu asyik serta lupa diri sehingga terungkai iman yang mengikat dirinya, maka dia akan dihanyutkan ke lembah kehinaan.

Apabila ia sudah terjerumus ke lembah kehinaan, kecantikannya tidak mempunyai nilai lagi, dan banyaklah orang mengutuk serta tidak memperdulikannya lagi, sekalipun sebelumnya orang-orang itu sangat menyukainya, umpamanya, tunangnya yang jujur. Tunangnya akan segera memilih gadis lain yang mungkin tidak begitu cantik tetapi tinggi budi dan suci.............
Di Penjuru Matamu,1975

Image from : Google

11 September 2011

Berita kepada Kawan {Puisi}

Munsyid : Akhil Hayy |
http://liriknasyid.com |
Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku tergoncang dihempas batu jalanan

Hati tergetar menambah kering rerumputan
Perjalanan ini seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

Kawan coba dengar apa jawabnya

Ketika kutanya mengapa
Ayah ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut kukhabarkan semuanya

Kepada karang kepada ombak kepada matahari
Tetapi semua diam tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

Barangkali di sana ada jawabnya

Mengapa di tanahku terjadi bencana
Itu tanda Tuhan Murka melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa dosa

Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita

Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang.
Sumber lirik : LirikNasyid.com

Sumber Image

20 July 2011

Berjalan di KOTA | Sajak


Berjalan ditengah Kota,
Kesibukan merata,
Sesak disana sini,
Manusia tidak menghirau yang lain,
Berjumpa, terjumpa,
Senyuman sukar diukir.

Manan Qayyim,
Perjalanan Hidupku (my life journey)
Kota Kuala Lumpur,
20 Jualai 2011

05 November 2010

RAHSIA ALAM

Tajuk : RAHSIA ALAM
Nukilan Sahabat : Ben Panglima

Indahnya suasana aman sentosa,
Berkicauan burung menghiasi pawana,
Berdesiran angin membawa khabar berita,
Seolah – olah menentu hari muka,

Sayunya hatiku memikir oh apalah,
Bisikan alam tersirat seribu makna,
Tiap ketika cuba merungkai segala,
Rahsia di sebalik alam ciptaan-Nya,

**Kini ku sedari akan kehebatan-Nya,
Juga ku rasai akan kewujudan-Nya,
Bila ku singkap kembali segala yang tercipta,
Betapa diriku kerdil tidak terdaya,

Menghina, mencaci, mencela menjadi amalan,
Nikmat yang Kau beri tidak aku sungguh pergunakan,
Menzalimi diri, menjahil tidak menginsafi,
Dengan kesenangan, kurnia yang Kau beri,

Jika dapat ku rasakan dakapan kasih-Mu,
Betapa syukur ku menjadi milik-Mu,
Andai keampunan tidak lagi ada buatku,
Tersungkur hati kerna hina menghadap-Mu,
Ya Allah…

Ulang **

Benarlah segala apa yang diciptakan,
Punyai tujuan juga tugas sendiri,
Membicarakan akan setiap suruhan,
Allahurabbuna ya Rabbul ‘izzati,

Rahsia alam ini jelas membenarkan,
Membuktikan…Kebenaran… 



Lirik lagu ini dicipta khas untuk kumpulan VOV

19 October 2010

1 MALAYSIA Sejuta Puisi


wah !!! best nye kalau dapat pergi. nak tengok orang berpusi dengan penuh perasaan. Aku memang minat berpuisi. Cuma sejak akhir-akhir ni dah layu bakat , idea pun dah kurang. Moga lepas nie aku dapat berkarya kembali. 

Untuk pengetahuan, Program 1 MALAYSIA Sejuta Puisi ini akan berlangsung selama 3 hari bermula hari Jumaat sehingga hari Ahad ini (22-24 Okt 2010). Aku diberitahu oleh kakitangan PNM(Pustakaan Negara) program ni akan mencatat sejarah malaysia kerana akan dimasukan dalam Malaysian Book of Records. Nak tahu kenapa? sebenarnya Program ni akan menyaksikan berlansungnya deklamasi puisi selama 30 jam tanpa henti.
Maklumkat lanjut rujuk pada poster di atas.

16 September 2010

Sunnah Orang Berjuang


oleh: Hijjaz
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menungkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelkana
Dibelenggu dia uzlah menagih bina
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi allah dan rasulnya

Berjuang tk pernah senang
OmbaK derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan sinar dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Sudah sunnah
Berjuang ke jalan allah

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yg perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yg ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yg fana atau syurga

dari FB sahabat : Asiah Yusro

di bawah ni ada 3 versi lagu sunnah berjaung@ sunnah orang berjuang

1)Hijjaz
2) lagu sang murabbi
3) nadamurni

12 September 2010

Koleksi Pantun Hari Raya

Alhamdulillah... sudah dua hari kita beraya. Moga kejayaan ini memberi kenikmatan kepada kita semua. Namun dalam keseronokan kita beraya jangan lupa solat. Maklumlah sebok ziarah-menziarah sambil kutip duit raya(hihi.. tu pon kalau dapat lagi) sehingga lupa nak solat.


**************

Dalam musim perayaan ini saya sempat buat pantu.. baca la...



Ramadan kian meninggalkan kita,
sedihnya hati tak terperi,
Shawal pula bakal menjelma,
Moga ramadan kutemui lagi.

Shawal menjelama mengantikan Ramadan,
Melilit lampu sampai ke atap,
huluran salam maaf kupohon,
andai terdapat salam dan silap.

Sayunya Shawal di pagi berembun,
kunjung-mengunjung jiran tetangga,
salahmu sedikit salahku menimbun,
alangkah baik daku dimaafkan juga.

Di pagi Shawal berbalas pantun,
gembiranya hati tak terkira,
kupohon maaf, kuminta ampun,
moga bahagia di hari mulia.

Takbir kumandang di pagi raya,
tanda kemenangan umat islam,
maaf kutaburkan ampunku pinta,
tangan berjabat kita bersalam.

*dah lama tak buat pantun...

Salam Lebaran sekali lagi diucapkan kepada semua kenalan yang mengenali diri ini. Apun Maaf dipinta. Zahir dan batin. Jika terdapat salah silap, terlanjur kata, tersalah laku, tersinggung perasaan dan bermacam lagi. SeLaMat berRaYA....