Kuala Lumpur

Sebuah sajak nukilan Manan Qayyim

Hari esok Untuk Islam

Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi.....

Ketika Siti Hajar Mencari Air Untuk Anaknya

... Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.

Tips berBlog untuk Para Blogger

Perkembangan blog pada hari ini semakin bertambah banyak hari demi hari, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Proses membuat satu blog bergitu mudah berbanding website.....

Jangan Promosi Dosa di Facebook dan Blog

Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak...

Showing posts with label Pantun. Show all posts
Showing posts with label Pantun. Show all posts

26 August 2011

Kepulangan yang Dinanti (SP - KL Sentral)

Assalamualaikum....
Jam menunjukan pukul 1.24 a.m . Tinggal beberapa jam sahaja lagi aku akan pulang ke kampung halamanku. Rindu rasanya nak berjumpa kaum keluarga kat sana.

Alhamdulillah, syukur dengan rahmatnya. Aku dapat juga beli tiket kereta api perjalanan ke KL Senteral, petang semalam. Risau juga tak dapat pulang berhari raya. Maklumlah kebanyakan kawan2 aku yang lain dah beli tiket awal lagi. Aku baru beli semalam !!!?
Masa : 8.53 mlm   26/08/2011

Apa pun, doakan perjalanan aku malam nanti selamat ke destinasi... Ameen..

#1 Pantun Hari Raya

Salam kuhulur dari rantauan,
Rindunya hati tak terkata,
Semakin hampir hari lebaran,
Maaf bermaafan sesama kita.

24 August 2011

Trafik MananQayyim Meningkat Mendadak

Bissmillah dan Assalamualikum kepada semua pengunjung,
Hari ini insya Allah aku akan bercerita sedikit Trafik.

Istilah Trafik kepada Blogger memang tidak asing lagi. Mencari trafik yang tinggi menjadi harapan sesetengah blogger bagi mempopularkan blog mereka. Sehingga ada pihak mengistilahkan mereka sebagai "Gila Trafik". (tak baik tau)

Bagi aku mencari trafik juga penting sebagai iklan percuma kepada Blogger. Nak tahu kenapa?

Bila trafik sesebuah blog itu tinggi, ia akan menjadi pilihan utama kepada "Search Engines" untuk memaparkan blog anda dalam carian mereka. Inilah yang digelar sebagai Trafik Organik. Teknik yang selalu diamal oleh blogger luar negara.

Aku bukanlah seorang blogger yang hebat. Namun tertarik untuk menulis tentang trafik ini apabila jumlah pengunjung blog ini naik mendadak.

Apabila diselidik, rupanya mereka datang dari "Google Search Engines" dengan keywords "Koleksi Pantun Hari Raya"
Klik SINI untuk meklumat lanjut

Koleksi Pantun Hari Raya


Boleh terus ke Koleksi Pantun Hari Raya untuk melihat hasil karya aku yang tidak seberapa ni. Nantikan juga Pantun seterusnya akan datang.


Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...

12 September 2010

Koleksi Pantun Hari Raya

Alhamdulillah... sudah dua hari kita beraya. Moga kejayaan ini memberi kenikmatan kepada kita semua. Namun dalam keseronokan kita beraya jangan lupa solat. Maklumlah sebok ziarah-menziarah sambil kutip duit raya(hihi.. tu pon kalau dapat lagi) sehingga lupa nak solat.


**************

Dalam musim perayaan ini saya sempat buat pantu.. baca la...



Ramadan kian meninggalkan kita,
sedihnya hati tak terperi,
Shawal pula bakal menjelma,
Moga ramadan kutemui lagi.

Shawal menjelama mengantikan Ramadan,
Melilit lampu sampai ke atap,
huluran salam maaf kupohon,
andai terdapat salam dan silap.

Sayunya Shawal di pagi berembun,
kunjung-mengunjung jiran tetangga,
salahmu sedikit salahku menimbun,
alangkah baik daku dimaafkan juga.

Di pagi Shawal berbalas pantun,
gembiranya hati tak terkira,
kupohon maaf, kuminta ampun,
moga bahagia di hari mulia.

Takbir kumandang di pagi raya,
tanda kemenangan umat islam,
maaf kutaburkan ampunku pinta,
tangan berjabat kita bersalam.

*dah lama tak buat pantun...

Salam Lebaran sekali lagi diucapkan kepada semua kenalan yang mengenali diri ini. Apun Maaf dipinta. Zahir dan batin. Jika terdapat salah silap, terlanjur kata, tersalah laku, tersinggung perasaan dan bermacam lagi. SeLaMat berRaYA....