Kuala Lumpur

Sebuah sajak nukilan Manan Qayyim

Hari esok Untuk Islam

Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi.....

Ketika Siti Hajar Mencari Air Untuk Anaknya

... Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.

Tips berBlog untuk Para Blogger

Perkembangan blog pada hari ini semakin bertambah banyak hari demi hari, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Proses membuat satu blog bergitu mudah berbanding website.....

Jangan Promosi Dosa di Facebook dan Blog

Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak...

Showing posts with label Halal Haram. Show all posts
Showing posts with label Halal Haram. Show all posts

25 January 2012

Benarkah KOD 'E' dalam Makanan & Minuman adalah HARAM?

ISU KOD 'E' DALAM RAMUAN MAKANAN DAN MINUMAN

Bahan campuran makanan yang dikatakan dari lemak babi ber kod ‘E’, pernah menjadi isu pada tahun 2007 yang lalu dan masih tersebar hingga ke hari ini..

Ianya bermula dari tersebarnya email yang kononnya dari Dr. M. Anjad Khan iaitu rakan kepada Syeikh Sahib, seorang pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis yang membuat kajian ke atas bahan campuran makanan ber kod ‘E’ itu.

Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak benar. Pelbagai pihak, pertubuhan dan NGO cuba mencari penulisnya yang kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (persoalannya: yang mana satu? sbb ada banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD. Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu sahaja.

CUBA ANDA GOOGLE SEARCH : Dr. M. Amjad Khan Medical Research Institute United State - UNTUK LEBIH JELAS :)

Definasi E -Code ialah : E numbers are codes for food additives that have been assessed for use within the European Union (the "E" prefix stands for "Europe").[1] They are commonly found on food labels throughout the European Union.[2] Safety assessment and approval are the responsibility of the European Food Safety Authority.
- sumber :http://en.wikipedia.org/wiki/E_number

Kembali kepada isu yang dibangkitkan oleh Dr. M. Amjad Khan:

Dibawah ini terdapat senarai ‘E-Codes‘ yang dikatakan mempunyai campuran lemak babi.
E100, E110, E120, E140, E141, E153, E160, E161, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E300, E301, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E441, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904, E920
Kod-kod E seperti yang disenaraikan, merupakan kod-kod yang digunakan di Europe. Ia terdiri daripada emulsifier, bahan pengawet, pewarna dan lain-lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua. Satu kumpulan diketegorikan sebagai tidak kritikal dan sebahagian dikelompokkan sebagai kritikal.

Bahan-bahan yang tidak kritikal merupakan dari sumber chemical dan tumbuh-tumbuhan. contonya adalah seperti berikut:

Bahan pewarna E100: merupakan dari sumber tumbuhan.

E110: dari sumber chemical

E120: dari summer serangga

E140: dari sumber tumbuhan

E141: dari sumber tumbuhan Bahan pengawet

E210: benzoic acid dari sumber tumbuhan dan chemical.

E213: calcium benzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.

E214: Ethyl 4-hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.

E216: Propyl 4- hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.

E234: Nisin; dari sumber microbe.

E280: Propionic Acid dari sumber chemical.

Kumpulan yang kedua merupakan bahan-bahan yang kritikal. ia berkemungkinan dari sumber yang tidak halal. ia perlu dikaji sumber asalnya. contohnya adalah seperti berikut:

E153: carbon black(Bahan pewarna).. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan

E422: Lecithin. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E432: polysorbate 20. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E433: polysorbate 80. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E434: polysorbate 40. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E435: polysorbate 60. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E436: polysorbate 65. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E470: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E471: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E472: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E473: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E474: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E475: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

E476: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.

Bagi produk-produk yang mendapat pengesahan JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf bahan-bahan kritikal tersebut akan dipastikan mempunyai sijil halal dan spesifikasi yang menunjukkan sumber hasil bahan tersebut terlebih dahulu atau dihantar untuk ujian makmal di Jabatan Kimia Malaysia sebelum disahkan halal.

Jelasnya, tidak semua senarai E-codes itu diperbuat daripada terbitan lemak haiwan/babi  tetapi tumbuhan juga ada. Sebagai orang Islam, tidak tidak boleh mengambil apa-apa maklumat bulat-bulat begitu saja tanpa ditentukan kesahihannya. Kita tidak mahu umat Islam dianggap “bodoh” dan mudah “dipermainkan” dengan isu sebegini.

Sebagai contoh untuk additives dengan kod E100 adalah merujuk kepada curcumin, iaitu pewarna kuning semulajdi yang diambil daripada rizom kunyit (Curcuma longa), E110 adalah pewarna turuan Sunset Yellow FCF, Orange Yellow S, E120 = Cochineal, Carminic acid, Carmines, E140 = Chlorophylls and Chlorophyllins dan banyak lagi yang salah yang tidak ada kena mengena dengan lemak/minyak, apatah lagi lemak babi. Kesimpulannya, umat Islam perlulah berilmu agar kita tak mudah diperdaya dan “dipermainkan” oleh pihak-pihak berkepentingan.


Bahan ramuan yang menjadi kerisauan pengguna Islam ialah bahan tambah dalam kategori pengemulsi (emulsifiers) dengan kod E400-E499. Sistem makanan (termasuk ubat-ubatan) lazimnya terdiri daripada bahan yang larut air (hidrofilik = suka air) dan larut lemak (lipofilik = suka lemak).

Kedua-dua bahan/ramuan ini tidak boleh terlarut campur; seperti yang kita tahu minyak dan air tak bercampur. Agar kedua-duanya boleh bercampur, maka pengemulsi ditambahkan. Ingat semasa membuat kek, kita mencampurkan kuning telur ke dalam adunan tepung/marjerin.

Kenapa? Kuning telur mengandungi pengemulsi semulajadi dipanggil lecithin. Dalam industri makanan, ahli sains telah mensintesis (membuat) pengemulsi sintetik dengan menggabungkan bahan hidrofilik (gula, gliserol) dengan lipofilik (lemak, minyak, asid lemak). Maka terhasillah produk seperti monoasilgliserol (monoacylglycerols, MAG), diasilgliserol (diacylglycerol, DAG) dan terbitan keduanya; ester gula-asid lemak dan ester poligliserol-asid lemak. gliserol dan asid lemak diperolehi daripada pemecahan (hidrolisis) lemak dan minyak.

Lemak dan minyak pula boleh bersumberkan sumber haiwan (lemak babi – lard, lemak lembu – beef tallow, minyak ikan) dan tumbuhan (minyak sayuran seperti sawit, soya, jagung, bunga matahari, kelapa, koko dsb). Kerisauan tentang halal/haram timbul sekiranya lemak haiwan digunakan. Walau bagaimanapun, pilihan sama ada menggunakan minyak/lemak daripada sumber haiwan atau tumbuhan adalah berdasarkan kepada pertimbangan ekonomi dan kebolehdapatan sesuatu sumber tersebut di kawasan tertentu. Di Malaysia, sudah tentulah sumber lemak/minyak itu daripada sawit, ditempat lain mungkin minyak zaitun, soya, lemak lembu atau lemak babi.

Kita janganlah cepat panik apabila dikemukakan berita sedemikian. Umum tahu bahawa haiwan ternakan/buruan digunakan untuk makanan (daging, susu). Tetapi hasil daripada kemajuan sains dan teknologi, bahan buangan seperti lemak serta kolagen (collagen) daripada kulit dan tulang telah digunakan sebagai bahan mula untuk menghasilkan bahan berfungsi seperti pengemulsi (emulsifiers) daripada lemak dan pemekat/penstabil daripada kolagen. Hormon dan enzim dari kelenjar endokrina dan penghadzaman juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan teknologi makanan.

Manfaat ini TIDAK TERHAD kepada babi sahaja, haiwan ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam-itik (poultry) dan ikan juga boleh digunakan. Di Malaysia sudah semestinyalah lemak itu diperolehi daripada minyak sawit. Perlu diingat bahawa bahan buangan (lemak, kolagen) tidak digunakan dalam bentuk asalnya tetapi perlu melalui proses pengubahsuaian (modification). Dalam kes ini kolagen dihurai/hidrolisis separa untuk menjadi gelatin; manakala lemak dipecahkan menjadi asid lemak (fatty acids) dan gliserol (glycerol).

Sekali lagi dijelaskan : Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak benar. Pelbagai pihak pertubuhan dan NGO cuba mencari penulisnya yang kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (yang mana satu? sbb ada banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD. Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu untuk menakut dan memperbodohkan orang Islam.

Untuk menentukan sumber apa, kita perlu menyemak dan mendapatkan kepastian/deklarasi daripada pengeluar/pengilang. Yang paling penting Pastikan Ada Logo Halal Jakim/JAIN... Semak Direktori halal atau minta sijil halal dari pengeluar/pengedar.

Waallahu'alam


Sumber : Facebook Sahabat Halal Jakim


25 May 2011

Penemuan DNA Babi Dalam Bahan Ramuan SECRET RECIPE

Pemakanan merupakan satu elemen penting yang perlu kita jaga. Kerana dengan makanan yang kita ambil akan menjadi darah daging kita. Elemen penting yang perlu kita tekankan dalam pemakanan adalah dari segi kehalalan dan kesuciannya.

Baru-baru ni aku berpeluang berkunjung ke laman blog Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM). Terdapat satu post aduan pilihan iaitu tentang DNA babi dalam bahan buat kek dan roti Secret Recipe.

Mohon maaf jika anda antara peminat Secret Recipe. 
Gambar Hiasan. dari Search Google
Menurut Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 yang lalu. Mesyurat ini telah memutuskan permohonan Syarikat puratos Malaysia Sdn. Bhd. adalah gagal kerana penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) BABI dalam ramuan syarikat tersebut. Maklumat ini diambil di sini.(Portal Rasmi Halal Malaysia) 

Dua ramuan terbabit ialah 'Whole Egg poeder' dan 'Whole Milk Powder'.

Update : Mohon Maaf atas kesilapan aku dalam post sebelum ini. Mungkin ramai yang tersalah angap. Secret Recipe yang dimaksudkan dalam artikel ini bukanlah Restoren Secret Recipe. Tetapi ada satu jenama makan (kek) dibelakang dia tertera Secret Recipe.

Perhatikan jadual dibawah. hasil search word "Secret Recipe". Banyak juga syarikat dibawah guna nama Secret Recipe. dan fokus syarikat pada no 8 dan 9.

Bil Produk
Syarikat
1.  CARAMEL CREAM CHEESE
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD 
15/02/2013  SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
2.  FROZEN CHICKEN RENDANG DRUMSTICK
BRAND: SECRET RECIPE / GREEN MASTER
-GREEN MASTER GLOBAL FINE FOOD SDN BHD 
15/04/2013  GREEN MASTER GLOBAL FINE FOOD SDN BHD
3.  HIGH FIBRE CREAM CHEESE
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD 
15/02/2013  SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
4.  ICED BLENDED WHITE CARAMEL MOCHA
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD 
15/02/2013  SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
5.  ICED WHITE CARAMEL MOCHA
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD 
15/02/2013  SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
6.  SECRET RECIPE THOUSAND ISLAND DRESSING
BRAND: SECRET RECIPE
-UNILEVER FOODS (MALAYSIA) SDN. BHD. 
14/11/2011  UNILEVER FOODS (MALAYSIA) SDN. BHD.
7.  SUGAR FREE MOIST CHOCOLATE
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD 
15/02/2013  SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
8.  TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. 
30/11/2011  PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
9.  TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. 
30/11/2011  PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
10.  TEMPURA FISH BITE/TEMPURA COCKTAIL BITES/TEMPURA FISH/TEMPURA FISH COCKTAIL/TEMPURA FISH FILLETS/TEMPURA FISH NUGGETS/TEMPURA HAKE FILLET/TEMPURA DE MERLU DU CAP/TEMPURA DE CABILLAUD/TEMPURA NUGGETS
BRAND: PACIFIC WEST, MARISCA GMBH, NO BRAND, SUBI, FAIR PRICE, PACIFIC WEST (SECRET RECIPE), PACIFIC WEST (UK)
-GOLDEN FRESH SDN BHD 
15/03/2012  GOLDEN FRESH SDN BHD
11.  TRANS FAT-FREE BLUEBERRY CREAM CAKE
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD 
15/02/2013  SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
12.  TRANS FAT-FREE PEACH CREAM CAKE
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD 
15/02/2013  SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
13.  WHITE CARAMEL MOCHA
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD 
15/02/2013  SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
sumber : Link

untuk mengetahu perkembangan terbaru syarikat ini dan info halal. sila kunjungi halal.gov.my
sumber image : search google 

03 October 2010

Adab Berpakaian Bagi lelaki dan Hukum Memakai Seluar

.: Ustaz emranIblog MySace :. .
Dewasa ini wujud kelompok pengajian ilmu agama yang keterlaluan kerasnya kepada ta'asub akan guru-guru mereka khususnya dalam mengambil pendapat guru mereka tanpa menilai dari kaca mata ilmu dan perbahasan ilmiah.

Saya pernah ditanyakan oleh seseorang apakah hukumnya memakai seluar bagi seorang lelaki kerana disebut bahawa memakai seluar itu ialah haram dan kita seharusnya memakai jubah.

Ini kerana mereka berdalil memakai seluar akan menampakkan aurat kerana burung lelaki (zakar ) akan menonjol kembung di depan khasnya apabila baju dimasukkan ke dalam seperti kebiasaan orang yang bekerja di pejabat.

Aurat akan terkelihatan jika memakai seluar dan ditambah seluar yang ketat akan menampakkan bentuk badan lelaki khasnya bahagian aurat dari pusat sehingga lutut apabila seluar yang ketat membuatkan punggung kelihatan paha dan zakar kelihatan.

Selain itu hujah mereka juga ialah kerana wujudnya dalil bahawa seluar itu menyerupai pakaian orang kafir dan Islam melarang menyerupai pakaian orang kafir seperti sabda baginda dari riwayat Abdullah bin Amru ra bahawa ketika baginda melihat golongan yang berpakaian menyerupai kuffar lalu bersabda : " Ini ialah pakaian kuffar maka janganlah engkau memakainya " (hadith sahih riwayat Muslim no. 2077).

Selain itu timbul pula isu isbal (melabuhkan seluar atau pakaian melebihi buku lali) bahawa perlaku isbal itu bakal menghuni neraka.
Ini disebabkan mereka terkeliru dengan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dzar ra yang menyebut baginda pernah bersabda : "Tiga golongan yang Allah tidak akan becakap dengan mereka dan tidak melihat kepada mereka dan sama sekali tidak membersihkan mereka (mengampuni) dan bagi mereka itu ialah azab yang pedih iaitu mereka yang musabbil (melabuhkan pakaian mereka dari buku lali)…." (hadith sahih, riwayat Abu Daud no.4087, nasaie dan lain-lain).

Dan begitu juga dalam hadith lain seperti melabuhkan pakaian dari bawah buku lali dengan sabda baginda : " Apa yang melabuhkan dari pakaian itu di bawah buku lali maka akan menyebabkan orangnya berada dalam neraka" (hadith sahih riwayat Bukhari no. 5787 dan Abu daud dan lain-lain).

Jawapan :

Sesungguhnya hadith di atas ialah hadith yang berbentuk umum yang memberikan perintah dan larangan akan sesuatu yang tidak disebut secara jelas kadang-kadangnya akan matlamat sebenar oleh baginda rasulullah.

Sesungguhnya mengenai hukum memakai seluar

Hukumnya ialah harus dan mengenai masalah aurat maka perlulah ditegaskan beberapa perkara :

a) Harus memakai seluar selagi tidak menampakkan bentuk badan lelaki yang wajib dilindungi (dari pusat sehingga ke lutut).

Dimaksudkan terlindung auratnya ialah tidak menampakkan kembungnya zakarnya (khasnya dibahagian zip), tidak menampakkan bentuk punggungnya (besar atau kecilkah punggungnya tidak dapat lihat) dan juga tidak menampakkan pahanya (apakah pahanya itu kokoh atau lembik).

Sekiranya seluar yang dipakai itu menampakkan aurat dan bentuknya contohnya menampakkan bentuk zakar yang mengeras maka hukumnya ialah haram.

Nasihat : pakailah seluar dengan melabuhkan baju di luar

b) Harus memakai seluar dengan syarat ianya dipakai bukanlah untuk meniru barat atau kuffar atau pelakon atau mana-mana individu dan jauh dari berbangga dengan jenama atau sebagainya.

Ini berdalilkan kepada hadith dari Ibn Abbas ra yang menyebut baginda nabi pernah bersabda : " Barangsiapa yang tidak mendapati kain maka hendaklah dia memakai seluar" (hadith sahih diriwayatkan oelh Bukhari no. 5804 dan Ibn majah dan lain-lain).

Hadith di atas menjelaskan keharusan memakai seluar dan hukumnya bagaimanapun tetap tertakluk kepada penjagaan batas-batas syariat.


Mengenai masalah Isbal (melabuhkan pakaian)

Jawapan :

Hukumnya ialah harus melabuhkan pakaian jika ianya dilakukan bukan dan tanpa kerana untuk bongkak atau untuk fesyen.


Ini berdalilkan kepada hadith dari Musa ibn Uqbah dari Salim dari bapanya yang menyebut bahawa baginda rasul bersabda : "Barangsiapa yang memakai pakaian dengan bongkak (sombong) maka Allah tidak akan melihat kepadanya di hari kiamat" lalu Abu Bakar pun bertanya kepada baginda : Wahai rasulullah sesungguhnya aku ini berpakaian labuh melebihi mata kaki kerana pakaianku longgar apakah aku termasuk dikalangan mereka yang dijanjikan azab ? Maka dijawab oleh baginda : " Sesungguhnya engkau bukanlah dari kalangan mereka yang membuatnya kerana bongkak (sombong)" (hadith sahih, riwayat Nasaie no. 5335 dan lain-lain).

Hadith-hadith sekitar isbal semuanya menjanjikan azab dengan adanya syarat "خيلاء" iaitu sombong atau bongkak. Lalu ianya dikhususkan dengan wujudnya pembolehan melakukannya dengan tiadanya syarat sombong atau bongkak ini dan disebabkan maslahat seperti halnya perbuatan Abu Bakar as-Sidiq ra.

Namun jika dilabuhkan pakaian baik seluar atau kain atau apa-apa lantaran merasa riya dan seronok seluarnya itu labuh kerana merasa lawa dan cantik maka hukumnya ialah haram.

Ini jelas dilarang dalam islam bahkan nabi menyebut : " Allah tidak akan memandang mereka yang memakai pakaiannya dengan bongkak" ( hadith sahih riwayat bukhari no. 5783 dan Muslim).

Wallahualam.


p/s : Apa yang saya tuliskan di sini hanyalah sekitar perihal hukum berpakaian bagi lelaki bukannya perempuan. Bagi wanita, hukumnya ialah haram memakai seluar tanpa ditutupi dengan jubah atau kain. Ini kerana seluar bukan sahaja menampakkan menampakkan bentuk kaki yang langsing, bahkan menampakkan bentuk punggung yang pejal dan bentuk faraj yang bersegi tiga dan ini secara jujur saya ungkapkan supaya jelas dan tanpa banyak alasan bagi mereka untuk menghalalkannya.

11 July 2010

Pemimpin menggunakan harta rakyat dalam Islam

Baru-baru ini kita mendengar kerajaan telah membina Istana baru yang berharga 811 juta. Itu adalah salah satu projek yang menelan banyak duit rakyat walaupun kemiskinan masih lagi membelenggu ramai rakyat malaysia. Dalam masa yang sama biasiswa pelajar luar negara dibekukan. Kita cuba lihat bagaimana Khalifah Abu Bakar dan Umar menggunakan duit rakyat.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxqzs6_zZY5ZQHiNALjvl7WEmr2GwyJGW58UPvUk4JBqZj4brDa1SZ0Yr6r27NQnSXChgqPhMBoZk5_m4O0J6-xSu8NQsb52qpjXZhm_4kvGa4ItajYC-OSzHC7qD980rwRKYrZ_-hXaI/s1600/Pemimpin.jpg

ANCAMAN RASUL TERHADAP PENYALAH GUNAAN HARTA


من استعمل منكم على عمل فكتمنا مخيطا فما فوقه كان غلولا يأتي به يوم القيامة


“ Sesiapa yang dilantik dikalangan kamu untuk melakukan satu tugas, kemudian dia menyembunyikan harta senilai jarum atau pun lebih dari itu itu adalah harta yang dikhianati yang akan ditanggungnya pada hari kiamat.”

Hadis sahih Muslim

Nabi saw bersabda:

إن رجالا يتخوضون في مال الله بغير حق فلهم النار يوم القيامة


"Sesungguhnya manusia-manusia yang menggunakan harta Allah swt dengan cara yang salah akan mendapat seksaan api neraka pada hari kiamat.”

Hadis sahih riwayat Bukhari.

PENGGUNAAN HARTA RAKYAT OLEH ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Abu bakar as-Siddiq pada mulanya tidak menerima gaji dan tidak mahu menggunakan harta rakyat . beliau tetap pergi berniaga ketika dia dilantik sebagai khalifah. Ibnu Saad menceritakan dalam kitabnya:

11 June 2010

Jual ayam tak halal, Tesco disaman RM1.6 juta

Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.


Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.

Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.

Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.

Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.

Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

"Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya.

Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam.

- Bernama