Kuala Lumpur

Sebuah sajak nukilan Manan Qayyim

Hari esok Untuk Islam

Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi.....

Ketika Siti Hajar Mencari Air Untuk Anaknya

... Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.

Tips berBlog untuk Para Blogger

Perkembangan blog pada hari ini semakin bertambah banyak hari demi hari, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Proses membuat satu blog bergitu mudah berbanding website.....

Jangan Promosi Dosa di Facebook dan Blog

Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak...

Showing posts with label Isu+Dunia. Show all posts
Showing posts with label Isu+Dunia. Show all posts

02 May 2011

Kematian Osama ; Antara Mitos, Konspirasi atau Realiti

Berita Osama disah Mati Diserang Amereka post aku petang tadi banyak menimbulkan tanda tanya dan keraguan. Ada yang yang mengatakan gambar yang disiarkan merupakan hasil setelah diedit dengan mengunakan photoshop.

Gamabar 1 yang menunjukan proses nk mengedit


Gambar 2 yang menunjukan sedikit perbezaan.
Dipetik dalam lama sesawang guardian.co.uk  
Gambar berlumuran darah seorang laki-laki dengan rambut kusut dan mata kosong, setengah terbuka telah beredar di internet selama dua tahun terakhir. Ini digunakan di halaman depan Mail, Times, Telegraph, Sun dan website Mirror, meskipun cepat dihapuskan selepas kepalsuan itu tersebar di Twitter.

Nampaknya gambar palsu awalnya diterbitkan oleh surat khabar Timur Tengah talian themedialine.org pada tarikh 29 April 2009, dengan amaran dari editor bahawa itu "tidak dapat memastikan apakah foto tersebut asli atau tidak".

Sejak itu, bagaimanapun, citra telah didakwa sebagai asli pada sejumlah forum konspirasi dan digunakan untuk menyokong tuntutan bahawa pengganas yang bertanggung jawab atas 9 / 11 pengeboman telah dibunuh

Gambar didasarkan pada foto asli Bin Laden diambil pada tahun 1998 dan digunakan oleh agensi berita Reuters.
[Update] Kewujudan Osama juga menjadi persoalan ramai pihak. Sama dia betul2 wujud atau sekadar rekaan semata-mata.

Dah tengok gambar ni apa pandangan anda?

P/s : Maaf jika berita ini terdapat kesilapan, sekadar info untuk anda...  waallahu'alam....

Osama disah Mati Diserang Amereka

Osama disah Mati Diserang Amereka di Islamabad | TheMalaysiaInsider

WASHINGTON, 2 Mei — Pengasas dan pemimpin rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden telah terbunuh dalam satu serangan Amerika Syarikat (AS) di Islamabad, Pakistan, demikian disahkan oleh Presiden Barack Obama pagi ini (waktu Malaysia). 

Jenazah Osama yang menjadi buruan AS sejak lebih satu dekad lalu ditemui di sebuah rumah besar di ibu negara Pakistan selepas dipantau sejak tahun lalu.

Obama mengesahkan laporan itu menerusi satu ucapan disampaikan ke seluruh negara itu (sekitar 11.30 pagi ini, waktu Malaysia).

Media AS menyiarkan secara langsung ucapan itu.

“Malam ini (waktu Washington), saya boleh melaporkan kepada rakyat Amerika dan dunia bahawa AS telah mengadakan satu operasi yang membunuh Osama bin Laden, pemimpin Al-Qaeda, dan seorang pengganas yang bertanggungjawab ke atas kematian beribu-ribu orang yang tidak berdosa,” kata Obama dalam ucapannya.

Kata Obama, sejurus selepas mengambil alih jawatan presiden pada Januari 2009, beliau telah mengarahkan Pengarah CIA Leon Panetta untuk menjadikan penangkapan atau pembunuhan Osama sebagai keutamaan perang mengatasi Al-Qaeda.

“Kemudian pada Ogos lalu, selepas kerja penat bertahun-tahun oleh komuniti risikan kita, saya diberi taklimat mengenai kemungkinan tangkapan Osama. Ia jauh daripada kepastian. Dan, ia mengambil masa berbulan untuk mengadakan operasi ini.

“Saya berulang kali bertemu dengan pasukan keselamatan saya ketika kami menghimpunkan lebih banyak maklumat mengenai kemungkinan bahawa kami telah mengesan tempat perlindungan Osama di satu kawasan dalam Pakistan,” katanya.

Kemudian pada minggu lalu, kata Obama, beliau pasti bahawa AS mempunyai maklumat secukupnya untuk mengambil tindakan dan telah memberi kelulusan bagi operasi membawa Osama ke muka pengadilan.
“Hari ini, atas arahan saya, AS melancarkan opersi yang disasarkan ke atas kawasan di Abad Abad, Pakistan,” kata Obama lagi.

“Selepas kejadian tembak-menembak, mereka membunuh Osama dan memperoleh jenazahnya,” katanya.
Osama mendahului senarai teratas orang dikehendaki oleh Washington sejak lebih satu dekad lalu.

Dalam pada itu laporan Reuters pula menyebut, menurut pegawai-pegawai Amerika Syarikat hari ini jenazah Osama telah dikesan oleh pihak berkuasa negara itu.

Laporan itu juga menyebut ia dilihat satu pencapaian besar bagi pentadbiran Obama dan pasukan keselamatan kebangsaannya.

Bekas Presiden George W. Bush telah berulang kali tertekad untuk membawa Osama, yang dilabel sebagai dalang peristiwa 11 September, sebelum tamat tempoh perkhidmatannya pada Januari 2009.

Obama menggantikan Bush pada awal 2009.

Osama, kelahiran Arab Saudi, berjaya membolosi buruan askar Amerika Syarikat dan militia Afghanistan di kawasan pergunungan Tora Bora sejak 2001.

Usaha mengesan Osama menjadi ‘dingin’ selepas beliau dikatakan hilang dan banyak maklumat risikan rasmi percaya beliau berselindung di Pakistan.

Sejak itu, Osama mencemuh Barat dan menyebarkan pandangan Islam militannya menerusi rakaman video.

Selain serangan 11 September, Osama juga dipertanggungjawabkan sebagai dalang serangan bom ke atas Kedutaan Amerika di Kenya dan Tanzania pada 1998 dan ke atas kapal perang USS Cole di Yemen dua tahun kemudian.

*Andai kata ini satu kebenaran, ia merupakan satu kesedihan kepada mereka yang kepada sayangkan Osama sebagai saudara seIslam. Atau ini satu muslihat Amereka?