01 November 2011

"Mohon Share" bila Nak Cakap Bab Agama Tapi Tak Arif ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca sekalian.

Sebenarnya saya nak publish post ni minggu lepas lagi. cuma tak sempat nak edit. Ini sekadar perkongsian sahaja. Jika ada mana-mana pihak terasa. Saya dahulukan dengan ucapan "Ribuan Kemaafan".
***********
Tersentap seketika apabila membaca "tweet" seorang blogger berkenaan budaya "Mohon Share".

Antaranya :
#MohonShare bila nak Plagiat entry org

#MohonShare bila ada status yg menarik

.
.
.

#MohonShare bila Nak Cakap Bab  Agama Tapi Tak Arif (Ini yang membuatkan saya tersentap seketika)

Sekadar penerangan rengkas, "MohonShare" selalu kita akan lihat apabila seseorang ingin mengunakan maklumat yang kita sampaikan sama ada dalam blog atau media sosial lain (facebook, Twitter) dan dikongsikan bersama orang lain.

Faham ke? (buat2 faham je la...)

Salah ke cara sebergini?
********
Kebetulan jumaat lepas, saya berkesempatan mengikuti sesi Bedah Buku (Surat untuk Carolynn) bersama Tuan Zahiruddin Zabidi di Ekspo Buku Islam bertempat di KL Senteral. Pelbagai info dikongsikan bersama pengunjung bukan sekadar buku yang ditulis sahaja. Diceritakan juga pengalaman dan kisah dia bermula dalam bidang penulisan ini. 

Tiba, sesi soal jawab. Tiada siapa yang bertanyakan soalan. Jadi aku mengambil kesempatan yang ada ini untuk bertanyakan dua soalan.

Soalan 1 : (berkenaan buku yang telah dibentangkan.)
Soalan 2 : Apakah pendapat tuan tentang budaya perkongsian mengunakan bahan atau artikel orang lain (plagiat) di blog, facebook dan sebagainya. Dengan niat untuk berkongsi sesuatu. Seperti dalam bidang agama. [lebih kurang macam ni la soalan saya]

Jawapan Tuan Zahiruddin Zabidi :
Kalau mengikut undang-undang hak cipta salah apabila kita mengambil artikel atau penulisan orang lain dan kita kata kan itu penulisan kita. Contoh, buku yang ditulis oleh Orang lain, kita taip balik dan kita letak nama penulis, nama kita. SALAH.

Tapi kalau kita berkongsi sebahagia daripada buku tersebut yang menarik minat kita. Kemudian dibawah artikel tersebut, letakan nama penulis sebenar. Ini tidak salah. (begitulah ulasan yang telah saya rengkas daripada jawapan beliau)

Manan Qayyim :
Bagi saya tidak salah kita nak berkongsikan ilmu Allah yang luas ini. Lebih-lebih lagi ilmu agama. Tapi kalau artikel itu anda ambil sepenuhnya, jangan lupa letakan lah nama penulisnya sekali.

Begitu juga kalau artikel itu anda jadikan rujukan, dan anda ambil sebahagian daripadanya, Jangan lupa letakan rujukanya sekali.

Sekian, Wassalam.

Abdul Manan bin Abdullah
www.mananqayyim.com
27 - 31 Oktober 2011