Cinta adalah satu fitrah manusia. Percinta yang suci apabila kita meletakan nilai cinta yang teragung pada yang Esa, tuhan semesta alam dan rasul kekasih-Nya, kemudian barulah cinta sesama manusia. Retorik kalimah cinta ini, sungguh memikat apabila diungkapkan kepada mereka yang kita sayangi.
Bagaimanakan plan tidakan perlu kita ikuti bagi menuju ke gerbang yang pernuh indah ini?
Persedian bagaimana yang perlu ada pada kita?
Alhamdulillah pada 8 dan 9 April yang lalu aku berkesempatan menyertai Kursus Pra-perkahwinan ajuran Pusat Islam Ashabul Kahfi dan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) bertempat di UiTM Kedah. Walau pun tiada calon lagi, aku memberanikan diri untuk turut hadir program ini. Mana tahu terjumapa jodoh. Mana tidaknya untuk kursus ini bilangan perserta wanita berlipat kali ganda berbanding perserta lelaki. Tidak hairanlah pada zaman sekarang lelaki menjadi rebutan......ahahaha..
Bertemakan "TRAVELOG REMAJA : KETIKA CINTA BERTASBIH" mereka yang menyertai kursus ini mejoriti adalah mahasiswa UiTM Kedah. Perseta yang mengikuti segala modul yang disusun akan dianugerahkan Sijil Kursus Pra-Perkahwinan yang valid seumur hidup. Maknanya lepas ni, bolehlah terus kahwin...Opss... belum boleh lagi. sebab calan pengantin perempuan tak ada lagi.
Memasuki Gerbang Perkahwinan : EDISI KEDUA |
Kami yang hadir telah dibekalkan satu buku berjudul "Memasuki Gerbang Perkahwinan" keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Di dalamnya terkandung semua modul yang telah kami lalui sepanjang kursus ini. Antaranya ;
- Komunikasi Suami Isteri
- Pengurusan kewangan dan masa
- Ibadah
- Pembubaran Perkahwinan
- Perkahwinan dan Prosedur
- dan bermacam lagi.....
Semoga ilmu yang telah digarap oleh semua peserta dapat diamalkan dalam kehidupan berkeluarga kelak.
sumber gamabar : whitevincci.blogspot.com
** Tiada gambar semasa program dapat aku pertontonkan, Bagi sesiapa yang ada bolehlah share bersamaku. TeRiMa Kasih...