29 April 2011

Mencuba Rawatan Terapi Ozon | Moga Membantu Penyembuhan

Assalamulaikum dan salam mesra. Sebelum ni aku disuruh oleh dokter "Kamu kena ambil suntikan BOTOX". Tapi aku masih dapat diselamatkan daripada mengambil suntikan itu. Apa pun, kalau tengok keadaan aku sekarang terpaksalah kena ambil. Sekarang tengah tunggu giliran. Sebab ubat tu susah nak dapat.

Alhamdulillah sebelum nak kena suntik, petang tadi selepas solat Jumaat aku diizinkan mencuba satu rawatan yang dikenali sebagai Terapi Ozon (Ozone Therapy).

Terima kasih kepada semua staf  Ozone Medical & Rejuvenation Specialist Centre cawangan Bandar Baru Bangi kerana membantu memberi rawatan kepada aku. Terutamanya Dr. Nik Baizura yang banyak beri nasihat dan Nurses Zarina and the geng.

Nak tahu apa itu Ozone Therapy ? Meh aku citer sikit.....

KEHIDUPAN DAN KESIHATAN | Terapi Ozon (Ozone Therapy)

Terapi Ozon merupakan satu pilihan untuk kita, dimana bersama dengan terapi medik lain akan saling melengkapi dan mengisi untuk mencapai tahap kesihatan yang diperlukan.

Bayangkan dalam kehidupan kita, kereta yang kita gunakan kita servis, baik baru atau lama. Bagaimana dengan kita?... sudah digunakan tapi tidak di servis. Tentu banyak sistem kita yang mulai menurun fungsinya. Semakin berumur, semakin terasa tidak seperti dahulu lagi.
ini bukan aku.. tadi tak ada kamera nak ambil gambar

Sementara satu atom tunggal (O) adalah 'oxydizer' berenergi tinggi yang dapat merangsang penghasilan antioksidan (berfungsi melawan radikal bebas), sehingga akan membakar kotoran, toksin, bahan pencemaran dan mikroorganisme yang merupakan penyebab penyakit dalam tubuh.

Kaedah yang digunakan adalah kaedah EBOO (Extracorparel Blood Oxygenation and Ozonation) dan SAFE (Simple Access Fluid Extraction). Proses ini akan dijalankan selama 1 jam. Darah yang di cuci 1,800ml, lebih kurang 1/3 dari keseluruhan jumlah darah.

Jantung perlu Oksigen, otak perlu oksigen, buah pinggang juga perlu, semua organ sistem badan kita perlukan Oksigen. Apakah cukup dengan kita menghirup Oksigen dari persekitaran yang dikatakan penuh pencemaran ini???
 
Ozon akan menghasilkan ozon medikal yang bereaksi dengan darah membentuk kadar oksigen yang banyak. Oksigen ini diserap dalam darah dan di bawa ke seluruh badan kita. Proses ini akan membentukan seseorang itu akan lebih bertenaga, sehingga proses penyembuhan penyakit akan terjadi lebih cepat. 
yang merah peka tu darah yang kotor, yang satu lagi selepas dicuci.