Pernahkah anda mendengar tentang kewujudan Kopi Tahi Musang ini? Pernah Minum? atau anda sendiri telah merasai kenikmatan kopi ini? Ayuh.... Kongsikan pengalaman anda disini !!!
Mesti Sedap ni!!!! hihihih |
Untuk pengetahuan anda, aku juga merupakan seorang pengemar kopi. Entah, macam mana tah. Tiba2 aku minat minum kopi ni. Macam-macam kopi dah aku try. Kopi untuk kuat, Kopi yang kaw-kaw, Mai Secawan, dan bermacam kopi lagi aku dah cuba termasuklah kopi termahal bagi aku (nasib baik ada orang belanja).
Baru-baru ni. Akak aku lah yang cerita pasal sejenis kopi ni. yang termahal didunia. Tapi yang peliknya kopi ni merupakan najis buangan daripada binatang yang dikenali sebagai Luwak (Musang kelapa). Haa... daripada Tahi? Sanggupkah anda minum? Apa pun perasaan anda ketika ini sama ada teringin nak minum atau tidak. Mari kita kaji serba sedikit tantang Kopi Tahi Musang | Kopi Luwak | Cat-poo Coffee ini.
Kopi Tahi Musang | Kopi Luwak | Cat-poo Coffee
Kopi Luwak adalah sejenis kopi menggunakan biji kopi yang diambil dari sisa kotoran luwak/musang kelapa. Biji kopi ini diyakini memiliki rasa yang berbeza setelah dimakan dan melewati saluran pencernaan luwak. Kemasyhuran kopi ini di kawasan Asia Tenggara telah lama diketahui, namun baru menjadi terkenal luas di peminat kopi gourmet setelah pablisiti pada tahun 1980-an.
Kopi Luwak ini adalah antara kopi termahal di dunia dari Indonesia, telah difatwakan halal oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) dengan syarat biji kopi berkenaan telah dibersihkan daripada kotoran.
Menurut Ketua Suruhanjaya Fatwa MUI Ma'ruf Amin "Kopi Luwak dihukumkan mutanajis, ertinya terkena najis. Kopi Luwak dinyatakan halal setelah melalui proses pembersihan. Meminum Kopi Luwak dihalalkan, kemudian mengeluar, menjual beli, meminum Kopi Luwak, hukumnya boleh,".
Kopi Luwak adalah sejenis kopi yang diproses dengan fermentasi secara semula jadi dalam pencernaan haiwan luwak, binatang yang sejenis dengan musang yang tinggal di pepohonan. Biji kopi yang masih berkulit, ditelan kemudian sisanya yang berupa biji kopi dengan kulit dalam kopi, keluar bersama kotorannya. Sebelum diolah, biji kopi yang telah keluar tadi dipisahkan dari kotoran luwak secara manual.
Sementara itu, setiausaha Suruhanjaya Fatwa MUI, Aminuddin Yakub berkata, MUI telah melakukan kajian dan mendapati haiwan luwak hanya makan kulit luar buah kopi dan menyisakan kulit dalam buah tersebut. "Dan kalau ditanam, biji kopi itu boleh tumbuh. Dengan demikian, itu bukan najis, melainkan mutanajis," katanya.
Mutanajis berbeza dengan najis kerana ia suatu benda yang dilarang untuk dimakan oleh umat Islam, seperti daging babi, namun mutanajis adalah keadaan apabila sesuatu benda terkena najis, ia dapat dikatakan halal jika najis itu dibersihkan. Kopi Luwak sangat masyhur di kalangan penggemar kopi di Indonesia serta di peringkat antarabangsa kerana memiliki cita rasa unik, hasil daripada proses pembuatan yang "aneh".
Harganya yang mahal juga turut menjadi penarik kepada para penikmat kopi. Di Amerika Syarikat, Kopi Luwak dikenal sebagai kopi kotoran kucing atau "cat-poo coffee".
Saksikan Dokumentasi ini.
Rujukan :
- Utusan Malaysia Online
- wikipedia.org
- YouTube
- Image : Google