KAHERAH – Mahkamah memerintahkan pembubaran parti pemimpin bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak dan merampas semua aset mereka, semalam.
Keputusan yang dibuat terhadap Parti Demokratik Kebangsaan (NPD) pemimpin Mubarak menunjukan Pemerintahan Tentera Tertinggi Mesir sedangkan berusaha bertindak dengan lebih cepat untuk memenuhi tuntutan rakyat.
“Ia adalah tuntutan utama rakyat untuk melihat parti yang mendominasi politik Negara dan kerajaan selama puluhan tahun akhirnya tamat,” menurut kenyataan mahkamah.
Keputusan itu diumumkan beberapa hari selepas Mubarak dan kedua anaknya, Alaa dan Gamal diletakakan di bawah tahanan penguat kuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah dan pembunuhan penunjuk perasaan oleh keselamatan kerajaan.
“NDP mendominasi politik Mesir selama bertahun-tahun lamanya dengan mereka mengadakan pemilihan berdasarkan majoriti secara konsisten di Parlimen, terutam undian yang dilakukan terhadap sesama sendiri ketika pilihan raya,” tambahnya lagi. -Sinarharian 18/04/2011
Sumber image : Google