23 November 2010

Kamu kena ambil suntikan BOTOX?

Hari ini tibalah masanya aku kena jumpa dokter setelah lebih sebulan lalu aku buat pemereksaan darah dan air kencing. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa masalah aku kan?. dah nak dekat setahun jugak lah aku kena. Aku tak bagi tahu la dekat kawan-kawan semuanya, mungkin segelintir je yang tahu. Tapi kali ini aku memberanikan diri untuk membuat penjelasan berani mati (nampak macam bagus je kan) di alam maya ini untuk aku ceritakan masalah sebenar aku kerana ada kisah ingin aku kongsikan. Selalu juga member2 yang rapat dengan aku bagi tahu, orang selalu tanya pasal aku. Ya la.. mana tak nya aku ambil cuti khas satu semesta.  Jadi kat U tidak kelihatan la muka aku ni.(hihihih) Tak kurang juga yang tanya aku kat Facebook. 

Aku disahkan oleh dokter 4 bulan yang lalu mengalami masalah Writer's Cramp (penyakit berkaitan masalah saraf ). Penyakit ini jarang-jarang orang kena. Ia merupakan satu simptom yang menunjukan seseorang itu sukar untuk membuat sesuatu perkerjaan seperti menulis dan main alat musik. Aku tergolong antara orang yang sukar untuk menulis. Kadang-kadang membuatkan aku rasa kaku apabila hendak menulis. Masalah ini mula terjadi apabila tulisan aku mula berubah dan orang susah nak faham apa yang aku tulis. Aku ingatkan ini merupakan masalah biasa. Ada juga lecturer yang nasihatkan aku supaya jumpa dokter. Tapi aku tak ambil kisah pun, sebab ingatkan masalah biasa. Akhirnya cuti semesta lepas aku buat juga pemereksaan dokter.

Hasil pemereksaan dokter menunjukan aku mengalami writer's cramp peringkat awal. Aku tetap mencuba untuk meneruskan semesta kali ini, tapi aku tidak mampu. Jadi aku mengambil keputusan mengambil cuti khas setelah mendapat nasihat daripada Tim. Pengarah ,koordinator program dan beberapa orang lecturer.Sepanjang aku cuti ni ada juga buat rawatan secara tradisional. Namun tidak menunjukan perubahan yang ketara. Dokter pun tidak menyarankan aku mengambil ubat kerana takut kesan sampingan daripadanya.


Nasibku lebih baik daripada Mereka

Pagi tadi merupakan temu janji aku dengan dokter. Setibanya aku di kaunter aku melihat ramai orang. Aku mengambil nombor dan menunggu giliran. Sementara menunggu giliran berjumpa dokter, bermacam ragam dan kelakuan aku dipertontonkan oleh mereka yang lebih menderita daripadaku. Ada yang datang berkerusi roda, bertongkat, dan lebih menyetuh hati ada perlu dipimpin dan dipapah untuk berjumpa dokter. Di satu sudut kelihatan remaja lelaki yang meragam dan minta di urut oleh ayahnya. Mungkin kerana kesakitan yang dialami. Dari situ aku mula berfikir, aku masih bernasib baik kerana baru sedikit diuji oleh Allah dengan ujian tidak mampu menulis dengan baik. Bagaimana Mereka? Sebelum ini selalu terlintas di hati kecilku " mengapa semua terjadi padaku". Aku hanya insan biasa, kekadang alpa dan lalai tentang nikmat daripada-Nya. "Jika kalian menghitung nikmat Allah, Kalian tidak akan mampu melakukannya" (surah Ibrahim: 34). Begitulah firman Allah, kesihatan dan segala nikmat yang ada datang daripada-Nya. Ku mohon padaMu ya Allah agar engkau dapat memberi nikmat itu kepadaku.
"Dia telah mencurahkan nikmat-Nya kepadamu baik yang terlihat mahupun yang tidak terlihat" (Luqman: 20).

Aku disarankan ambil suntikan BoToX 

Setelah lama menunggu, kini tiba giliran aku. Kali ini aku jumpa dokter yang lain bukan yang dulu. "bagaimana keadan sekarang?" tanya dokter pakar tu kepada aku. Aku tidak mampu memberi jawapan yang pasti kerana tidak banyak perubahan terhadap diriku. Sekian lama sesi kaunseling dijalankan akhirnya dokter tu pergi berbincang dengan dokter pakar yang lain ( Sifu kepada dokter tu kot). Apa tindakan seterusnya padaku. Aku curi2 dengar perbualan mereka dalam bahasa Inggeris. Kemudia sifu dokter tu pula cek aku. Dalam perbualan mereka aku terdengar perkataan "injection" dan "botox" . "Ha.. mereka nak buat botox pada aku ke? oh.. tidak!!!!! " bisik hati kecilku yang gusar. 

Kemudian barulah dokter tu memberi penjelasan padaku. Aku disarankan ambil suntikan botox untuk melembutkan urat sarafku. "Nak tak?'' tanya dokter. Aku yang masih kebimbangan hanya mampu katakan "YA'" walaupun riak wajahku tak pasti. Dokter persis memahamiku, diterangkan ini bukannya botox untuk bagi muka cantik tu, hanya sekadar untuk melembutkan urat seraf yang tegang. Nurse kat situ pon tergelak dan menyokong kata2 dokter. dan akhirnya temu janji seturusnya akan dilakukan setelah suntukan botox diberikan. Untuk suntikan botox ini juga tunggu selepas mereka memberitahu padaku nanti.
*dokter : Cina , Sifu dokter : india , Nurse : Malayu

Namun sempai sekarang aku masih bimbang akan suntikan botox yang bakal diberikan padaku. Boleh atau Tidak dalam ISLAM? untuk pengetahuan suntikan tu namanya "Dysport". Aku masih binggung. Bantulah aku ya Allah.