Kedai GUNTING RAMBUT. Post aku kali ni nak di kisahkan pasal si tukang gunting rambut. Kebiasaan kita lihat dimana-mana, tidak kisah dicorak mana, kawasan bandar atau kampung di Melaysia, terutamanya kawasan semenanjung tukang gunting rambut selalunya orang India, tak pon orang Cina. Jarang-jarang aku tengok orang melayu. Tapi ada la juga kan. Bak kata seniman P.Ramli "jarang-jarang, kadang-kadang"
Senario di Kedah pula, kira-kira dalam kawasan Merbok,Sungai Petani kebanyakan kedai gunting ni milik orang Cina tak pun orang India. Ada jugak la kedai Melayu, sebab aku selalu gunting kat brother ni. Kalau tak silap kedai nama kedai dia KEDAI GUNTING AZIM. Smart la dia gunting , aku suka cara dia. Aku bukan nak beza-bezakan sangat pasal kaum ni nanti tibul krisis kaum pula. Fenomena ni menunjukan orang Melayu kurang ceburi jenis perniagaan macam ni. Ini kan merupakan satu fardu kifayah.
Lebih menyedihkan aku lagi apabila ada kedai gunting milik orang Cina ni berani buat kempen dan promosi dengan mengistilahkan kedai mereka "Kedai Gunting Muslimah". Mungkin ini satu strategi perniagaan. Aku cuba tengok2 dari luar kedai mereka ni. Kebanyakan pekeja dia orang Cina. Jadi macam mana yang dikatakan "MUSLIMAH". Kan orang perempuan dengan orang bukan islam sama aurat mereka ketika bertemu dengan lelaki islam (tutup semua kecuali Muka dan Tapak Tangan) walau orang bukan islam itu perempuan. Inikah yang dinamakan MUSLIMAH?
Sebenarnya aku bukan nak citer pajang lebar pasal tukang gunting ni. yang membuatkan aku tertarik nak tulis pasal tukang Gunting sebab aku tertarik dengan seorang tukang Gunting muslim ni. nak tahu kenapa?
Tukang Gunting bersama Bismillahnya.
Kalau aku balik Selangor, kebiasaannya kalau aku nak gunting rambut selalunya dekat India kat belakang umah aku atau pun kat Cina belakang rumah aku ni. Tapi satu hari ni, aku cita la dekat abang ipar aku, yang aku suka gunting rambut dekat KEDAI GUNTING AZIM (Kedah) tu. Lepas tu dia pulak citer yang ade kedai Melayu dekat area rumah aku tu. Aku terperanjat jugak, ade ke ? sebelum ni tak penah tahu pun. Menariknya, si tukang gunting ni salalu mulakan dengan Bismillah apabila dia nak mula gunting rambut pelangan. Abg Ipar aku penah gunting kat sini, watuk dia sampai Si Tukang Gunting ni baru lepas selesai solat. Ni yang membuatkan aku tertarik. Macam tak percaya pun ada jugak. Aku nak test, sama ada betul atau tidak.
Alhamdulillah, semalam aku berkesempatan gunting rambut dekat tepat yang diceritakan tadi. Sampai-sampai je.. wah, ramai gila orang!!!. tapi situasi ini tak mematahkan semangat aku. Aku tetap menunggu. Ada juga lebih kurang 5 orang termasuk aku. Sorang tengah gunting rambut yang lain duduk menunggu. Si Tukang Gunting ni sorang je, maklumlah kedai kecik. Tunggu punya tunggu, tiba-tiba jumpa kawan lama aku masa sekolah rendah. Seingat aku lama juga tak jumpa dia. Lebih 6 tahun. Dia pun nak gunting rambut.
Nak dekat satu jam jugak menunggu. Sapai giliran brother sebelum aku. Dia tanya si Tukang Gunting ni " Abang muka nampak penat je, tak rehat ke?". Jawab si Tukang Gunting " tak la, belum makan je lagi sebab lepas solat tadi terus gunting rambut". "Kesiannya dia" , bisik hati kecilku (lebih kurang macam tu la perbulan mereka)......baik sungguh budi perketi dia, sanggup tak makan demi hati menjaga pelanggan dan mencari rezeki. Cuba bayangkan untung tak untung dia nih. waktu malam tu je ada lebih kurang 7 orang gunting kat kedai dia. Seorang RM 8. 7 Orang barape? kira la sendiri.
Kini tiba giliran aku pula, si Tukang Guntung tanya " nak gunting macam mana". Pastu aku bagi tahu la macam mana yang aku nak. "Bismillah .......... " kudengar suara keluar dari mulut si Tikang Gunting ni. tak la kuat pun tapi aku masih bisa dengar bisikan bismillah dia tu. Selesai gunting rambut, aku rasa puas sangat. Alhamdulillah, aku suka potongan si Tukang Gunting rambut ni.
Kesimpulan
Lihat la bertapa hebatnya kuasa bismillah. Apabila kita baca bismillah automatik niat kita akan set kerana allah kan? Tatkala kita sering ingat pada Allah dia pasti ada disisi kita, membantu kita apabila kita memohan daripada-Nya ketika susah atau pun senang. Rezeki pun bertambah-tambah.
Dulu pun mesti anda pernah dengar kisah pasangan suami isteri, yang isterinya selalu baca bismillah. Ini menunjukan betapa hebatnya bismillah.
"the Power of Bismillah"