18 January 2012

Kembara Mencari Tuhan Yang Hilang | Coretan

Assalamulakum dan salam sejahtera semua.
Coretan kali ini, saya cuba untuk berkongsi sedikit apa yang saya lalui beberapa hari ini. Sekadar untuk catatan perjalanan hidup, memotivasikan diri , dan pengajaran untuk semua.
**Kata ganti nama "aku" digunakan agar penceritaan nampak lebih santai. 
Kembara Mencari Tuhan

Rencah Kehidupan : Sedih, Putus Harap, Gembira dan Kembali bersemangat

Aku melalui tahun baru 2012 dengan penuh harapan agar kehidupan yang lebih baik dapat dirasai.

Tersentak seketika apabila dugaan demi dugaan tiba. Aku mencari sahabat untuk mengadu. Sudah berjumpa, tidak terkata dek mulut. Melihat dia juga dalam "bermasalah".

"Kepada siapa hendak aku ceritakan ni", bisik hati kecilku.

Mungkin ini jawapanya : 
"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan." (Al-Fatihah : Ayat 5)
*****
Hati kembali gembira apabila dapat bertemu dengan adik-adik usrah (keluarga) yang sentiasa dihati. Pelbagai cerita dan ilmu dikongsikan bersama. Rasa kesedihan hilang seketika, segala duga yang menimpa dilupakan. Kepada adik-adik semua, semoga kita terus bersama, mengukuhkan ukhwan antara kita semua.

*****
17.01.12 - Malam ini aku perlu bergegas pulang ke Selangor. Esok pagi-pagi ada temu janji bersama Dokter. Jam menunjukan pukul 8.++ malam. Tak pasti sempat atau tak aku balik hari ini. Tiket kereta api tak beli lagi ni. Tak sempat nak beli awal, tugasan masih banyak tak selesai. Dengan bantun sahabat serumah aku, kami terus ke station kereta api. 

Jam menunjukan lebih kurang 8.50 mlm. selalunya waktu macam ni tiket dah habis, tinggal tunggu nak naik kereta api je. 

Di Kaunter jual tiket terpapar perkatan "Close" . Namun, dengan hati yang pasrah dan penuh berharap, aku bertanya di kaunter tiket "Bang, tiket ke KL Senteral ada lagi tak?".

Syukur Alhamdulillah.... ada lagi. Tu pun yang tiket Kelas 2 (bawah) tinggal 1 je lagi. dan saya dimaklumkan perjalanan malam itu ditunda sehingga jam 9.25 mlm.Itulah ketentuan Allah.
*****
Dalam perjalanan aku berasa gembira sangat. Allah ketemukan aku dengan orang istimewa bagiku.
Pertama : Pak cik yang aku tak kenal pun. Jumpa di Cafe dalam kereta api. Disapa dan diajak berborak. Katanya, hendak ke Bali, Indonesia. Ada urusan kerja. Perbualan kami menjadi rancak apabila beliau menceritakan sedikit pengalaman hidupnya. Wajahnya mirip seperti ayahku. 

Di akhir perbualan, kami temui titik persamaan antara kami. Rupanya dia ni keturunan "Minang Kabau" juga, seperti ayah dan mak aku. Lebih mengembirakan lagi, dia memberi tawaran kepada aku kalau dah habis belajar nanti, kerja dengan dia. Nak tahu siapa dia sebenarnya?

Dia adalah pengerusi Koperasi Gunung Jati Kedah Berhad. Semoga dapat berjumpa pakcik Azis ni lagi.

Kedua : Senior sekolah aku dulu... lama dah tak jumpa. Dikenali dengan pangilan Maghfur (maaf sebut nama). Gembira jupa dia. Sekarang dia belajar dekat UPSI, Perak. Perbualan rengkas, tapi bermakna. :)

*****
18.01.12 - Seperti yang telah dirancang, pagi ini aku kena pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Ada temu janji bersama dokter untuk melakukan suntikan Botox. Aku disarankan ambil suntikan Botox untuk mengatasi masalah kesihatan aku. 

Sesi kaunseling dijalankan, Dr. Ooi meceritakan kesan sampingan pengambilan ubat ni. Takut juga aku dengar. Sebelum ini aku pernah disarankan untuk mengambilnya. Tapi aku tak nak.

Kali ini, aku rasakan... aku perlu ambil. Moga dengan dengan izin Allah, aku akan sembuh.
Sebagaimana firman Allah SWT:
وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ


Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku; (80)
[As-Syu'ara':80]
*Sampai sekarang Dokter pun tak dapat kenal pasti punca penyakit aku. Aku pun sebenarnya tak menyangkakan aku akan alami masalah ini. Mana tidaknya, aku sebenarnya seorang yang mementingkan kesihatan. Bila dikurniakan penyakit ini, mungkin Dia sedang mengujiku atas dosa-dosaku yang lalu (Muhasabah diri kembali).

Begitulah Kisah perjalanan hidupku minggu ini, Dialah mengatur segala-galanya. SEDIH, gembira, SUKA, duka itulah rencah kehidupan.
"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)." (Al-An'am: 44)


Wassalam...

Abdul Manan Bin Abdullah
www.mananqayyim.com
18 Januari 2012