MUMBAI - Studio Sony Pictures tidak akan menayangkan filem
blockbuster, The Girl with The Dragon Tattoo di India selepas badan tapisan
filem tempatan mahu beberapa adegan menampakkan punggung dalam filem berkenaan
dikaburkan.
Filem Hollywood itu mengisahkan usaha seorang wartawan,
lakonan Daniel Craig, mencari seorang wanita yang hilang selama 40 tahun. Ia
dijadual ditayangkan di India pada 10 Februari ini tetapi berdepan halangan
Lembaga Pusat Persijilan Filem India (CBFC).
"Babak dedah punggung dan payu dara tidak dibenarkan di
India," kata pegawai CBFC," J.P. Singh.
"Kami tidak bersetuju dengan beberapa adegan dalam
filem The Girl with The Dragon Tattoo dan mahu adegan terbabit
dikaburkan," tambahnya.
Sony Pictures di India dalam satu kenyataan yang dihantar
kepada agensi berita AFP semalam menyatakan, pihaknya tidak akan bertolak ansur
berhubung kandungan filem itu yang setakat ini memperoleh kutipan tiket AS$185
juta (RM565 juta) di seluruh dunia.
"Badan penapisan ini mendapati filem berkenaan tidak
sesuai untuk ditayangkan kepada umum dalam bentuk asalnya," kata CBFC
dalam satu kenyataannya.
Filem berkenaan diarahkan oleh David Fincher, pengarah
Hollywood yang pernah mengarahkan beberapa filem pecah panggung seperti Fight
Club dan The Social Network. Ia diadaptasi daripada siri buku po pular nukilan
penulis Sweden, mendiang Stieg Larsson.
Lebih 1,700 filem asing ditayangkan di India setiap tahun
selepas mendapat kelulusan badan penapisan negara itu. - AFP
Dari Maja Manan Qayyim (MQ) : Kita dapat melihat usaha Kerajaan India untuk menapis filem yang dibawa masuk ke negara mereka. MQ mengharap suatu hari nanti Kerajaan kita juga akan mengambil tindakan yang lebih serius, walaupun pada ketika ini filem yang dibawa masuk telah ditapis, Namun terdapat lagi babak2 tidak senonoh dalam filem tersebut.