ISU KOD 'E' DALAM RAMUAN MAKANAN DAN MINUMAN
Bahan
campuran makanan yang dikatakan dari lemak babi ber kod ‘E’, pernah
menjadi isu pada tahun 2007 yang lalu dan masih tersebar hingga ke hari
ini..
Ianya bermula dari tersebarnya email yang kononnya
dari Dr. M. Anjad Khan iaitu rakan kepada Syeikh Sahib, seorang pegawai
di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis yang
membuat kajian ke atas bahan campuran makanan ber kod ‘E’ itu.
Senarai
E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak benar.
Pelbagai pihak, pertubuhan dan NGO cuba mencari penulisnya yang kononnya
Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (persoalannya:
yang mana satu? sbb ada banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD.
Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah
PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu sahaja.
CUBA ANDA GOOGLE SEARCH : Dr. M. Amjad Khan Medical Research Institute United State - UNTUK LEBIH JELAS :)
Definasi E -Code ialah : E numbers
are codes for food additives that have been assessed for use within the
European Union (the "E" prefix stands for "Europe").[1] They are
commonly found on food labels throughout the European Union.[2] Safety
assessment and approval are the responsibility of the European Food
Safety Authority.
- sumber :http://en.wikipedia.org/wiki/E_number
Kembali kepada isu yang dibangkitkan oleh Dr. M. Amjad Khan:
Dibawah ini terdapat senarai ‘E-Codes‘ yang dikatakan mempunyai campuran lemak babi.
E100,
E110, E120, E140, E141, E153, E160, E161, E210, E213, E214, E216, E234,
E252, E270, E280, E300, E301, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337,
E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E441, E470, E471,
E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492,
E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904, E920
Kod-kod
E seperti yang disenaraikan, merupakan kod-kod yang digunakan di
Europe. Ia terdiri daripada emulsifier, bahan pengawet, pewarna dan
lain-lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua. Satu kumpulan diketegorikan
sebagai tidak kritikal dan sebahagian dikelompokkan sebagai kritikal.
Bahan-bahan yang tidak kritikal merupakan dari sumber chemical dan
tumbuh-tumbuhan. contonya adalah seperti berikut:
Bahan pewarna E100: merupakan dari sumber tumbuhan.
E110: dari sumber chemical
E120: dari summer serangga
E140: dari sumber tumbuhan
E141: dari sumber tumbuhan Bahan pengawet
E210: benzoic acid dari sumber tumbuhan dan chemical.
E213: calcium benzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E214: Ethyl 4-hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E216: Propyl 4- hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E234: Nisin; dari sumber microbe.
E280: Propionic Acid dari sumber chemical.
Kumpulan
yang kedua merupakan bahan-bahan yang kritikal. ia berkemungkinan dari
sumber yang tidak halal. ia perlu dikaji sumber asalnya. contohnya
adalah seperti berikut:
E153: carbon black(Bahan pewarna).. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan
E422: Lecithin. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E432: polysorbate 20. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E433: polysorbate 80. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E434: polysorbate 40. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E435: polysorbate 60. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E436: polysorbate 65. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E470: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E471: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E472: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E473: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E474: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E475: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E476: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
Bagi
produk-produk yang mendapat pengesahan JAKIM dan badan-badan yang
diiktiraf bahan-bahan kritikal tersebut akan dipastikan mempunyai sijil
halal dan spesifikasi yang menunjukkan sumber hasil bahan tersebut
terlebih dahulu atau dihantar untuk ujian makmal di Jabatan Kimia
Malaysia sebelum disahkan halal.
Jelasnya, tidak semua
senarai E-codes itu diperbuat daripada terbitan lemak haiwan/babi
tetapi tumbuhan juga ada. Sebagai orang Islam, tidak tidak boleh
mengambil apa-apa maklumat bulat-bulat begitu saja tanpa ditentukan
kesahihannya. Kita tidak mahu umat Islam dianggap “bodoh” dan mudah
“dipermainkan” dengan isu sebegini.
Sebagai contoh untuk
additives dengan kod E100 adalah merujuk kepada curcumin, iaitu pewarna
kuning semulajdi yang diambil daripada rizom kunyit (Curcuma longa),
E110 adalah pewarna turuan Sunset Yellow FCF, Orange Yellow S, E120 =
Cochineal, Carminic acid, Carmines, E140 = Chlorophylls and
Chlorophyllins dan banyak lagi yang salah yang tidak ada kena mengena
dengan lemak/minyak, apatah lagi lemak babi. Kesimpulannya, umat Islam
perlulah berilmu agar kita tak mudah diperdaya dan “dipermainkan” oleh
pihak-pihak berkepentingan.
Bahan
ramuan yang menjadi kerisauan pengguna Islam ialah bahan tambah dalam
kategori pengemulsi (emulsifiers) dengan kod E400-E499. Sistem makanan
(termasuk ubat-ubatan) lazimnya terdiri daripada bahan yang larut air
(hidrofilik = suka air) dan larut lemak (lipofilik = suka lemak).
Kedua-dua
bahan/ramuan ini tidak boleh terlarut campur; seperti yang kita tahu
minyak dan air tak bercampur. Agar kedua-duanya boleh bercampur, maka
pengemulsi ditambahkan. Ingat semasa membuat kek, kita mencampurkan
kuning telur ke dalam adunan tepung/marjerin.
Kenapa?
Kuning telur mengandungi pengemulsi semulajadi dipanggil lecithin. Dalam
industri makanan, ahli sains telah mensintesis (membuat) pengemulsi
sintetik dengan menggabungkan bahan hidrofilik (gula, gliserol) dengan
lipofilik (lemak, minyak, asid lemak). Maka terhasillah produk seperti
monoasilgliserol (monoacylglycerols, MAG), diasilgliserol
(diacylglycerol, DAG) dan terbitan keduanya; ester gula-asid lemak dan
ester poligliserol-asid lemak. gliserol dan asid lemak diperolehi
daripada pemecahan (hidrolisis) lemak dan minyak.
Lemak
dan minyak pula boleh bersumberkan sumber haiwan (lemak babi – lard,
lemak lembu – beef tallow, minyak ikan) dan tumbuhan (minyak sayuran
seperti sawit, soya, jagung, bunga matahari, kelapa, koko dsb).
Kerisauan tentang halal/haram timbul sekiranya lemak haiwan digunakan.
Walau bagaimanapun, pilihan sama ada menggunakan minyak/lemak daripada
sumber haiwan atau tumbuhan adalah berdasarkan kepada pertimbangan
ekonomi dan kebolehdapatan sesuatu sumber tersebut di kawasan tertentu.
Di Malaysia, sudah tentulah sumber lemak/minyak itu daripada sawit,
ditempat lain mungkin minyak zaitun, soya, lemak lembu atau lemak babi.
Kita
janganlah cepat panik apabila dikemukakan berita sedemikian. Umum tahu
bahawa haiwan ternakan/buruan digunakan untuk makanan (daging, susu).
Tetapi hasil daripada kemajuan sains dan teknologi, bahan buangan
seperti lemak serta kolagen (collagen) daripada kulit dan tulang telah
digunakan sebagai bahan mula untuk menghasilkan bahan berfungsi seperti
pengemulsi (emulsifiers) daripada lemak dan pemekat/penstabil daripada
kolagen. Hormon dan enzim dari kelenjar endokrina dan penghadzaman juga
boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan teknologi makanan.
Manfaat
ini TIDAK TERHAD kepada babi sahaja, haiwan ternakan lain seperti
lembu, kambing, ayam-itik (poultry) dan ikan juga boleh digunakan. Di
Malaysia sudah semestinyalah lemak itu diperolehi daripada minyak sawit.
Perlu diingat bahawa bahan buangan (lemak, kolagen) tidak digunakan
dalam bentuk asalnya tetapi perlu melalui proses pengubahsuaian
(modification). Dalam kes ini kolagen dihurai/hidrolisis separa untuk
menjadi gelatin; manakala lemak dipecahkan menjadi asid lemak (fatty
acids) dan gliserol (glycerol).
Sekali lagi dijelaskan :
Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak
benar. Pelbagai pihak pertubuhan dan NGO cuba mencari penulisnya yang
kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute (yang mana
satu? sbb ada banyak MRI di USA), dan ternyata beliau TIDAK WUJUD.
Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah PALSU,
lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu untuk menakut dan
memperbodohkan orang Islam.
Untuk menentukan sumber apa,
kita perlu menyemak dan mendapatkan kepastian/deklarasi daripada
pengeluar/pengilang. Yang paling penting Pastikan Ada Logo Halal
Jakim/JAIN... Semak Direktori halal atau minta sijil halal dari
pengeluar/pengedar.
Waallahu'alam
Sumber : Facebook Sahabat Halal Jakim