Al-Fateh,
adalah nama yang tidak asing lagi bagi kita. Sejarah pembukaan Kota
Konstantinopel yang sangat hebat di tangan mereka yang Rasulullah s.a.w.
sebutkan sebagai sebaik-baik panglima dan sebaik-baik tentera itu sentiasa
segar dalam ingatan kita.
Nama
Al-Fateh itu biasanya merujuk kepada seorang Sultan Muhammad, tetapi hakikatnya
al-Fateh itu bukanlah seorang, tetapi ia adalah sekumpulan manusia. Merekalah
yang terlibat dalam usaha melahirkan seorang Sultan Muhammad Al-Fateh, iaitu
ayahnya dan guru-gurunya, yang terlibat dalam usaha membebaskan Konstantinopel
iaitu tentera-tenteranya sehinggalah kepada Sultan Muhammad itu sendiri.
Merekalah
Al-Fateh. Sekumpulan manusia yang kuat jiwa dan kuat juga usaha. Mereka adalah
yang sentiasa menjaga kualiti iman mereka.
Lihatlah
bagaimana Allah menundukkan dunia kepada mereka. Konstantinopel yang telah
berkali-kali kebal daripada cubaan-cubaan serangan sebelum zaman mereka,
akhirnya lumpuh di tangan mereka.
Sultan
Muhammad Al-Fateh, berapakah umurnya ketika itu?
Semasa
mula memegang takhta menggantikan ayahnya, beliau berumur 19 tahun. Hanya 2
tahun selepas itu, Konstantinopel telah berjaya ditawan di tangan mereka.
2 tahun,
adalah suatu masa yang singkat. Tetapi, 2 tahun itu diguna dengan penuh
manfaat. Tidak pernah jemu dan kenal erti penat kerana mereka adalah yang
memiliki visi akhirat.
YANG MEMILIKI VISI AKHIRAT ADALAH YANG MENCARI SEBAB UNTUK MENJADI KUAT
Mendengar
kisah begini, nanti ada yang akan berkata:
“Alah,
bolehlah. Mereka tu kan Rasulullah dah janjikan macam tu.”
“Sultan
Muhammad tu anak khalifah. Senanglah nak tawan Konstantinopel sebab dia dah
jadi sultan. Kita ni, dahlah takde apa-apa. Kedudukan pun tak ada, harta pun
cukup-cukup je. Jangan mimpilah.”
Yang
beralasan begitu, tidakkah mereka memerhatikan kesungguhan Sultan Muhammad
Al-Fateh dan tenteranya dalam mengejar janji Rasul s.a.w. itu?
Dan
tidakkah kalian melihat juga bahawa kalau Sultan Muhammad itu cuma berjuang
seorang, tanpa tenteranya di sisi, pastinya tidak akan mampu membuah apa-apa.
Tentera-tenteranya juga adalah Al-Fateh, yang menjadi sendi utama pembukaan
Kota Konstantinopel.
Mereka
bukan sahaja bersungguh-sungguh dalam melaksanakan strategi, tetapi mereka
sangat teliti dalam menjaga hubungan hati mereka dengan Allah. Mereka mencari
sebab untuk menjadi kuat.
Dan,
hubungan dengan Allah itu yang menjadikan mereka benar-benar kuat.
Hari ini,
berapa ramaikah pemimpin yang benar-benar menjaga hubungan mereka dengan Allah?
Tidak
ramai. Hakikatnya, bukan senang bagi seseorang yang sudah memiliki kedudukan
yang tinggi, harta yang banyak untuk menundukkan hatinya dengan sebenar-benar
ketundukan kepada Allah.
Tetapi,
mereka mampu kerana mereka adalah yang benar-benar menggerakkan keimanan.
Lantas itu, Allah menganugerahkan kota itu sebagai tanda kemenangan. Bukan
kemenangan zahir semata-mata, tetapi kemenangan iman.
MEREKA ADALAH YANG MEGGERAKKAN KEIMANAN
Mereka
adalah yang sentiasa menjaga iman mereka. Turun naik sentiasa diperhatikan.
Kalau turun, cepat-cepat mereka berusaha untuk memulihkan. Bila naik,
dipastikannya berterusan.
Takhta
dan kedudukan, bukan itu dahulu yang menjadi rebutan. Apalagi harta kekayaan,
memang tidak pernah mereka harapkan.
Yang
menjadi igauan mereka adalah menembus syurga idaman.
Pada
solat Jumaat yang pertama kali ingin didirikan di Kota Konstantinopel itu,
Sultan Muhammad Al-Fateh bangun untuk memilih imam bagi solat tersebut. Yang
dinilainya bukan siapa yang paling tinggi kedudukan dalam tenteranya. Bukan
jeneral, bukan mejar, bukan leftenan yang dipilihnya.
Bukan
juga yang dipilihnya yang paling kaya di kalangan tenteranya. Bukan juga yang
paling sedap bacaannya dipilihnya untuk mengimami solat itu.
Tetapi,
penilaiannya adalah pada solat. Soalan pertama yang ditanya pada tenteranya
adalah solat fardhu. Bila ditanya, ternyata tidak ada yang pernah
meninggalkannya sejak baligh.
Soalan
kedua berkaitan solat sunat rawatib. Duduk sebahagian tenteranya menandakan
mereka pernah meninggalkannya.
Hinggalah
kepada soalan ketiga iaitu solat sunat tahajjud. Maka duduk habislah kesemua
tenteranya kecuali beliau. Maka, ternyata beliau adalah yang tidak pernah
meninggalkan ketiga-tiganya sejak baligh hinggalah saat itu.
Memang
benarlah hadis Rasul s.a.w. bahawa beliau adalah sebaik-baik panglima. Beliau
tidak pernah meninggalkan bekalan-bekalan kekuatannya meskipun sibuk dengan
tugasan sebagai seorang khalifah. Bahkan, tentera-tenteranya juga sangat
menjaga ibadah mereka.
Itulah
yang membentuk kekuatan jiwa mereka. Lantas itu, mereka tidak pernah ada rasa
mengalah walaupun telah berhari-hari menyerang Kota Konstantinopel sehingga
seolah-olah tidak nampak ada tanda-tanda untuk menang pun.
Himmah
mereka yang jauh lebih tinggi menyebabkan rasa mengalah itu telah kalah untuk
mengikuti jiwa-jiwa mereka.
MEREKA TIDAK TINGGALKAN SEKADAR MERANCANG
Mereka
menjadi hebat kerana mereka membumikan segala perancangan dalam kehidupan.
Mereka tidak tinggalkan hanya sekadar merancang.
Ada orang
bila merancang, begitu gah dan hebat sekali. Tetapi, bila tiba masa
merealisasikan, perancangan hanya tinggal sekadar perancangan.
Ada orang
merancang, tetapi perancangannya tidak mampu dicapai kerana tidak realistik.
Tetapi
lihatlah pada generasi Al-Fateh. Perancangan itu telah bermula sejak berabad
lamanya sehinggalah ke zaman Sultan Muhammad II. Perancangan itu bermula
daripada ayahnya lagi. Lihatlah bagaimana ayahnya, Sultan Murad II sangat
menekankan pendidikan yang syumul (menyeluruh) kepada beliau.
Tidak
hanya diberi kemahiran-kemahiran dunia, tetapi diajar juga seni-seni akhirat
sana.
Kesannya,
Sultan Muhammad membesar dengan cita-cita yang besar. Beliau telah menjadi
orang yang merealisasikan sabda Rasul s.a.w.
Beliau
membesar dalam keadaan menjaga hak dunia dan akhiratnya. Bahkan,
tentera-tenteranya juga adalah yang menjaga dunia dan akhirat mereka.
Beliau
dengan pelbagai perancangan dan strategi telah berjaya menembusi Kota
Konstantinopel. Usaha-usaha mereka itu luar biasa sekali. Mana mungkin orang
pernah terfikir untuk mengangkat kapal merentasi bukit hanya dalam satu malam
semata-mata untuk menempuh selat yang tekah dihalang dengan rantai besi itu.
Tetapi, itulah kedahsyatan iman Sultan Muhammad dan tentera-tenteranya.
PENUTUP : ANJAKLAH DIRI SETINGGI MEREKA
Kalau
Sultan Muhammad yang kecilnya dahulu adalah anak yang degil, tetapi mampu
membesar menjadi seorang pemimpin yang hebat, kita kenapa tidak?
Cuma yang
tinggal pada sekarang kita hanyalah usaha.
Usaha
membaiki diri.
Usaha
menambah kemahiran-kemahiran pada diri.
Usaha
untuk disiplin dalam menjaga kualiti ibadah.
Usaha
untuk memelihara hubungan dengan Allah.
Kita
tahu, tetapi belum menterjemahkan semua yang kita TAHU itu kepada MAHU.
Yang
mahukan syurga adalah yang benar-benar berusaha. Bagaimana berusaha, maka
lihatlah pada generasi Al-Fateh itu.
Bukan
disuruh mengangkat kapal merentasi bukit. Tidak. Bukan itu yang perlu kita
lakukan.
Bukan
juga disuruh pergi menawan satu lagi kota. Tidak. Bukan itu juga.
Tetapi,
berusahalah sehingga tahap kesungguhan yang begitu. Barulah mampu untuk kita
menjadi seperti mereka.
Anjaklah diri menjadi setinggi mereka, barulah
layak bermimpikan syurga!
Sumber: Langitilahi.com
Sumber: Langitilahi.com