Kisah ini merupakan kisah teladan menceritakan seorang lelaki separuh umur kelihatan sedang tertawa seorang diri sambil memandang kulit pisang yang terbuang di tengah jalan. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Dan kemudian tertawa lagi. Begitulah, kelihatannya berulang-ulang kali.
Perbuatannya itu diperhatikan oleh seorang remaja dari jauh. Untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dan dia terus bertanya, " Pakcik kenapa pakcik ketawa dari tadi?"
"Pakcik ketawa tengok kulit pisang tu nak....",jawab Pakcik itu dalam nada ketawa riang.
Adakah Pakcik ni gila atau diserang penyakit sawan?, bisik hatinya. bertanya lagi remaja itu, " Apa yang peliknya dengan kulit pisang tu pakcik..?"
Pakcik itu terus ketawa dan berkata: "Begini. Sejak tadi pakcik perhatikan telah lima orang jatuh tergelincir kerana terpijak kulit pisang itu. Tapi tidak ada seorang pun yang mengutip dan membuangkannya ke tepi, agar orang lain tidak tergelincir lagi."
Remaja itu turut sama-sama ketawa.
Namun tidak lama kemudian dia bangun dan mengutip kulit pisang yang dimaksudkan dan membuangnya dari tengah jalan itu.
"Ei... nak, kenapa kamu buang?"
"Saya tidak mahu terus ketawa melihat orang lain jatuh!" jawab remaja itu.
Kali ini Pakcik itu pula termenung. Ketawanya hilang tiba-tiba.
Pengajaran dari cerita ini : Sering berlaku kita ingin orang lain "terkena" setelah kita kena. Pada hal kita seharusnya "memindahkan" pengalaman pahit yang kita alami sebagai peringatan untuk orang lain, agar tidak terjebak sama.
kisah ini diadabtasi daripada Majalah Solusi Isu 8, dapatkan Majalah Solusi terbaru di SINI.
image : Google Search