04 May 2011

3 Mei 1481M | Perginya Seorang Tokoh Penakluk Kota Konstantinopel

Sultan al-Fatih. image: Google
Hari ini merupakan tanggal 3 Mei 2011,menandakan sudah berkurun lama seorang pemuda yang telah berjaya menakluk Kota Konstantinople yang meninggal dunia pada 3 Mei 1481M. Kegemilangannya telah tercatat dalam hadis Rasulullah SAW yang telah direkodkan oleh Imam Ahmad :
"Konstantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya sewaktu itu sebaik-baik raja yang ada. Tenteranya juga sebaik-baik tentera."
Tahukah anda siapa Raja itu? Dialah Almarhum Sultan Muhammad al-Fateh bin Sultan Murad. 

Nak tahu cerita tentang beliau. Mari aku cerita sikit tentang Sultan Muhammad al-Fatih yang berjaya menakluk Konstantinople.

Sultan Muhammad al-Fateh bin Sultan Murad.

Konstantinople yang kini dikenali sebagai Istanbul, dibina Maharaja Konstantine Agung sebagai ibu kota Byzantine pada tahun 330 Masihi. Konstantine berfungsi sebagai ibu negara dan pusat Empayar Byzantine iaitu Rom Timur lebih 10 abad lamanya.

********
Lebih 800 tahun usaha menakluki Kota Konstantinople. Ia bermula dengan Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan pada 668 Masihi, yang mengorbankan sahabat Rasulullah iaitu Abu Ayyub al-Anshari. Seterusnya generasi kepimpinan khalifah yang seterusnya baik daripada Bani Umayah dan Bani Abassiyah sehingga pemerintah Uthmaniah di bawah Khalifah Murad II. Semuanya gagal menguasai Byzentium sehingga akhirnya, sebagaimana yang dikatakan Rasulullah, akhirnya muncul putera Islam gemilang. Iaitu Sultan Muhammad Al-fateh, yang mempunyai kepakaran dalam bidang strategi politik, kejuruteraan militari, sains matematik, dan pengurusan ekonomi. Inilah sultan yang menguasai enam bahasa, pada usia 21 tahun.

Dengan munculnyaal-Fateh, berakhirlah kesombongan dan kesesatan empayar Byzentium serta kotanya Konstantinopel. Seterusnya membuka laluan pintu Edirne sebagai memulakan perkembagan Islam keseluruh Eropah dan dunia.

********
Begitulah secara ringkas dapat dikesahkan dalam blog ini tentang Sultan Muhammad Al-Fateh dengan berbandukan Buku rujukan aku iaitu Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh nukilan ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman serata kata tokoh2 tertentu dalam bukunya.

Nak tahu lebih lanjut. silalah baca buku tu ya..... 

Oleh itu, Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Almarhum..