25 January 2011

Coretan: ESQ bukan satu mimpi lagi

Sudah lama aku mengimpikan untuk hadir dan menyertai ESQ. Akhirnya impian itu terkabul juga dengan izin Allah. Pada tanggal 22-23 Jan 2011 bersamaan hari sabtu dan ahad yang lalu aku dan 9 orang lagi perseta diberi kesempatan menyertai ESQ ini dengan sepenuhnya.

ESQ Model ; sumber
Rasanya elok aku cerita sikit pasal ESQ ni. ESQ adalah singkatan daripada Emotional Spritual Quotient. Ini merupakan satu program motivasi dan  pengurusan (HR) yang agak berbeza dengan yang ada pada masa kini. Kita melihat pelbagai program motivasi yang wujud selama ini kebanyakannya hanya mementingkan kehidupan dunia semata ( teori dari barat) untuk berjaya. Dalam program ESQ ini mereka dapat membantu meyakinkan kita terhadap Allah dan menekankan tentang tiga perkara utama iaitu IQ (fizikal), EQ (Emosi), dan SQ (spritual). Gambungan ketiga-tiga ini akan menghasilkan satu kejayaan yang diidamkan oleh setiap insan iaitu BAHAGIA. ESQ dapat membantu kita memahami sifat kehambaan  pada Tuhan kita, ALLAH. Ini merupakan kelebihan program ESQ yang telah mencipta ESQ Model 165  yang mampu mengubah dunia motivasi dan pengurusan yang selama ini banyak kita merujuk pada dunia barat.

Kursus ini berlangsung di UiTM Penang selama dua hari. Kami yang hadir disponsor oleh pihak UiTM sendiri, syukur Alhamdulillah. Aku mengharapkan untuk mendapat sesuatu di sini agar kehadiran aku ini tidak menjadi sia-sia. Pada awal pagi lagi kami bertolak dari Kedah ke tempat kursus. Tiba sahaja di Dewan UiTM Penang kami terus membuat pendaftaran. Selesai sesi pendaftaran kami disambut masuk kedalam Dewan dengan pernuh mesra dan terhormat. 

Aktiviti pertama adalah sesi takruf antara peserta, seterusnya bermula kursus dengan agenda penuh menyentuh hati dan jiwa. Sukar untuk digambarkan keadaan ketika itu. Kepada siapa yang berkesempatan untuk menyertai ESQ, pergilah dan rasakan sendiri. Trainer ESQ dapat membawa perasaan anda untuk merasakan kebergantungan manusia kepada Allah (Fitrah) dan yakin akan kewujudannya dengan berlandaskan Al-Quran, Hadis dan dikaitkan dengan kajian saintifik pada zaman ini.

Sekian disini sahaja sedikit pengalaman yang dapat aku kongsikan. Kalau ikutkan hati, banyak lagi ingin kucoretkan. Tapi kekangan masa yang membuatkan aku tak mampu coret panjang lebar. Dibawah ini terdapat beberapa keping gambar ketika aku dalam kursus ESQ ini. 

aku pertama dari kanan ketika menjalani program
Rasydan kiri, ketika sesi takruf
Peserta Perempuan
Peserta Lelaki

Trainer bersama ATS
Sesiapa yang pernah join ESQ ni, Jom la kongsi sikit pengalaman anda !!!