Mengikut kajian orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain merupakan orang yang berjaya dalam hidup. Namun begitu, sedikit sahaja yang mementingkan "bagaimana untuk memberikan sesuatu?" kerana ramai bertanya "bagaimana untuk mendapatkan sesuatu?" (Pahrol, 2010). Inilah yang dikatakan lumrah kehidupan. Kita lebih gembira apabila ada orang lain memberikan kita hadiah, berbanding kita yang memberi.
Erti hidup pada memberi ini sungguh luas. Jangan sempitkan fikiran kita untuk memberi manfaat kepada orang lain. Bermacam-macam aspek boleh kita hadiahkan kepada mereka. Tidak kira daripada segi meterial, harta, ilmu, mahupun sekadar senyuman. Hatta, memberi pertolongan ketika mereka yang dalam kesusahan juga memberi makna yang besar.
Percayalah memberi kepada orang lain samalah seperti memberi kepada diri sendiri. Tangan yang menghulur bunga mawar pasti berbau harum!
Sebenarnya kehidupan pada memberi itu lebih manis jika kita hayati dan renungkan kembali. mana tidaknya, cuba anda banyangkan jika anda memberi sedekah kepada fakir miskin, kemudian dia berdoa akan kebahagian kita dan dimurahkan rezeki. Walau pada zahirnya kita tidak nampak nikmatnya, kalau Allah memakbulkan doa mereka tidakkah ini memberi keuntung pada anda. Ini dari sudut memberi sedekah, bagaimana pula dengan mereka yang berkongsi ilmu? Pernah atau tidak terdetik pada hati anda risau untuk berkongsi ilmu dengan rakan yang lain kerana takut mereka menjadi lebih pandai daripada anda. Beringatlah, ilmu itu milik Allah. Apa yang kita tahu hanyalah sedikit sahaja bagai buih dilautan. Berilah apa sahaja ilmu bermanafaat yang kita miliki, makin banyak kita berkongsi ilmu dengan orang lain, makin bertambah ilmu kita. Ameen.....
Pendek kata jadi orang yang suka memberi, sabda Rasulullah S.A.W. bahawa tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan di atas merujuk pada si pemberi, dan Tangan di bawah merujuk kepada si penerima.