05 January 2011

Isu Semasa: Benarkah Inflasi bukan isu Utama tahun ini?

inflasi : sumber image
"Dalam ekonomi, inflasi bermaksud peningkatan yang berterusan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan. Inflasi juga boleh merujuk kepada peningkatan harga untuk barangan atau perkhidmatan tertentu seperti kenaikan harga makanan tanpa kenaikan gaji. Kejatuhan nilai mata wang juga boleh dianggap sebagai inflasi. Oleh kerana terdapat pelbagai barangan dan perkhidmatan dalam satu masa, tingkat harga umum ini diukur dengan menggunakan indeks harga pengguna. Dengan kata lain, kadar inflasi diukur dengan perubahan dalam indeks harga pengguna."[1]

Diharapkan takrif inflasi di atas dapat membantu kita memahami "apa itu inflasi?". Semalam aku belik surat khabar terdapat beberapa isu menarik perhatian aku. Termasuklah isu Inflasi ini. Benarkah ini bukan isu utama tahun ini? Sedangkan Inflasi di Indonesia naik ke paras 7%, dalam masa yang sama akhbar Utusan dan Berita Harian tulis Inflasi bukan jadi isu utama tahun ini. Betul atau tidak?

Hari ini pula, terpapar di akhbar Utusan lagi RON97, minyak tanah naik 10 sen seliter tengah malam ini, isu minyak masak, kelapa , santan, dan semalam juga ada juga berita tentang Harga bawang naik dua kali ganda.

Semoga keadaan ini tidak akan berpanjangan.

Inflasi bukan jadi isu utama tahun ini-Utusan

KUALA LUMPUR 3 Jan. - Inflasi dijangka tidak menjadi isu utama tahun ini memandangkan penarikan subsidi yang perlahan dan prospek ringgit akan kekal kukuh, kata pakar ekonomi kanan dengan AmResearch Sdn. Bhd.

Bagaimanapun Manokaran Mottain berkata, kenaikan harga bahan api baru-baru ini mungkin menolak kadar inflasi kepada 2.5 peratus tahun ini daripada hanya dua peratus tahun lepas.

"Tinjauan masa depan inflasi dan keadaan permintaan lemah memberi lebih banyak ruang untuk tindakan dasar kewangan.

Inflasi di Indonesia naik ke paras 7%-Utusan

JAKARTA 3 Jan. - Bank pusat Indonesia hari ini menghadapi tekanan baru untuk meningkatkan kadar faedah selepas data menunjukkan inflasi 2010 meningkat ke paras kira-kira tujuh peratus ekoran peningkatan harga makanan.

Bagaimanapun, penganalisis berkata, bank berkenaan mungkin meningkatkan kos pinjaman dalam tempoh beberapa bulan akan datang bagi mengawal kadar asas inflasi yang tidak termasuk kos makanan.

RON97, minyak tanah naik 10 sen seliter tengah malam ini-Utusan

KUALA LUMPUR, 4 Jan. - Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Hashim yang dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini.

Harga bawang naik dua kali ganda - Utusan


KUALA KANGSAR 3 Jan. - Harga beberapa barangan keperluan harian terutamanya bawang di pasar dan kedai runcit di sini didapati melambung sehingga melebihi dua kali ganda berbanding harga asal menjelang sambutan Tahun Baru Cina, Februari ini. 

*apa pun kenyatan dalam akhbar kita boleh ambil sebagai pengetahuan. Percaya jangan 100%. Terpulang pada anda menilainya.

[1] Wikipedia