Kuala Lumpur

Sebuah sajak nukilan Manan Qayyim

Hari esok Untuk Islam

Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi.....

Ketika Siti Hajar Mencari Air Untuk Anaknya

... Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.

Tips berBlog untuk Para Blogger

Perkembangan blog pada hari ini semakin bertambah banyak hari demi hari, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Proses membuat satu blog bergitu mudah berbanding website.....

Jangan Promosi Dosa di Facebook dan Blog

Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak...

31 January 2011

IsuSemasa: Rakyat Mesir Bangkit

Rakyat mesir mula bangkit menentang pemerintah kuku besi yang sudah lama memerintah dengan mengadakan demotrasi beberapa hari lalu untuk menjatuhkan Presiden Mereka, Hosni Mubarak. Tragedi ini mendapat liputan daripada akhbar tempatan dan beberapa orang yang berpengaruh di negara Malaysia. Saya juga mendapat beberapa SMS daripada teman-teman tentang kejadian ini. Antaranya :
"..... Mahasiswa malaysia tolong buat solat hajat untuk kami pelajar2 Mesir supaya selamat, sekarang undang2 darurat n perintah berkurung  dan Mesir dibawah pemerintahan tentera, tidak boleh keluar rumah. tolong doakan kami selamat...." (dari sahabat Mesir)
selain daripada itu, dalam faecebook Ustaz Zaharuddin semalam juga ada menyatakan :
"Sudah 35 org terbunuh sejak protes di Mesir meletus pada Selasa lalu, termasuk 10 anggota polis. 1,500 penduduk awam dan 1,000 anggota polis cedera. Beberapa bhgian Kaherah kelihatan spt zon perang, dgn sampah sarap bertaburan di jalan raya & asap serta bau gas pemedih mata memenuhi udara. Didoakan negara bersejeraha umat Islam itu mampu dibebas dari tangan regim yg korup".
 Bergitulah bebarapa catatan yang dapat digambarkan apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Saifulislam.com juga turut menerbitkan artikel tentang Hosni Mubarak.

Hosni Yang Tidak Mubarak Lagi - Saifulislam.com

Rusuhan jalanan bukanlah satu pilihan yang mudah.

Rakyat akan hanya mengambil pilihan itu apabila mereka putus asa dengan sistem dan ahli politik. Sesungguhnya apa yang sedang membara di Mesir, merupakan amaran keras kepada pemerintah-pemerintah yang tanpa segan silu mencemar dan merosakkan sistem melalui korupsi yang tebal dan kebal.

Menumpaskan Hosni Mubarak bukan hanya penting untuk memperbaiki Mesir. Malah apa yang besar di sebalik itu adalah untuk meruntuhkan sekatan sempadan di Rafah.
Membuka jalan ke Palestin.

“This is the most important individual for us today in the Middle East arena, and I think the only leader that I know who identifies himself, in a clear way, with the importance of the peace agreements with Israel,” Benjamin Ben-Eliezer, Ahli Parlimen Rejim Zionis bercakap sebagaimana dipetik oleh Businessweek.Com 

Palestin, teruskan perjuangan, doa dan munajatmu.

Lorong-lorong gelap sebuah kemenangan mula disimbah cahaya.

Buat kita di sini, berdoa, bermunajat dan teruskan berbicara untuk membentuk pendapat umum yang memenangkan Islam.

Salam, doa dan tiupan semangat buat saudara seperjuangan di Bumi Kinanah!
************************************
Saya juga telah mencari pelbagai artikel dalam akhbar online untuk mengetahui perkembagan saudara kita disana. Biasalah dalam akhbar ni ada yang bernar dan ada yang tidak. Apa pun kita perlu ambil tahu keadaan mereka di sana.

Keratan Akhbar Tempatan berkenaan isu ini

Israel bimbang pergolakan di Mesir(30/01/2011)
BAITULMAQDIS: Israel menyatakan kebimbangannya mengenai pergolakan di negara jirannya, Mesir berikutan perkembangan itu mungkin menjejaskan kestabilan serantau.Perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata semalam, Israel berharap kestabilan dan hubungan baik di antara Tel Aviv dan Kaherah berterusan.Israel memeterai perjanjian damai dengan Mesir lebih 30 tahun lalu dan Kaherah adalah sekutu negara Arabnya yang terbesar... baca lanjut (bharian.com.my)

Langkah Mubarak tidak berguna
KAHERAH 30 Jan. - Aktivis Mesir, Mohamed ElBaradei menyifatkan pelantikan Naib Presiden dan Perdana Menteri baru yang dibuat Presiden Hosni Mubarak sebagai tidak berguna dan tidak menurut apa yang dituntut oleh beribu-ribu rakyat negara ini yang mahu pemimpin itu menamatkan pemerintahan selama 30 tahun... baca lanjut(utusan.com.my)
***************************************
Daripada keratan pertama, jelas menunjukan bahawah Hosni mempunyai hubungan  baik dengan Israel yang selama ini telah menghancurkan Palestine dan membunuh ramai rakyat Palestine. Sebab itu kita lihat negara Arab yang dekat dengan palestine ini pun tidak mampu membantu Palestine dalam menentang musuh Islam ini.

Oleh itu, Rakyat Mesir bangkit bagi menjatuhkan Hosni Mubarak. Lantas Hosni telah melakukan perubahan dalam pentadbiran, namun langkah Hosni tidak berguna bagi rakyat yang mahukan beliau dan rejimnya berundur.

Video di Bawah ini saya dapat dari teman di facebook saya dan saya upload di YouTube.


Mari kita doakan satu perubahan baru untuk negara Mesir dan Dunia Islam... Insya Allah...

28 January 2011

Video: Mungkar Di Bumi Merdeka


Kehidupan di dunia yang sementara ini bukan sesuatu yang mudah untuk diharungi jika tidak dibekalkan dengan pegangan hidup yang kuat. Lebih-lebih lagi kehidupan seorang remaja yang dibelenggu fenomena sosial yang lebih menjurus kepada aktiviti tidak bermoral. Apabila pegangan (akidah) yang rapuh dan tiada bimbingan menjadikan golongan remaja ini mudah terpergaruh. Tidak kurang pada diriku yang kadang2 juga turut dipengaruhi oleh gejala ini. Marilah saksikan bersama video "Mungkar di Bumi Merdeka" semoga kita mendapat pengajaran... Ameen..
Video oleh : KOSUKE

PArt 1

PArt 2

25 January 2011

Coretan: ESQ bukan satu mimpi lagi

Sudah lama aku mengimpikan untuk hadir dan menyertai ESQ. Akhirnya impian itu terkabul juga dengan izin Allah. Pada tanggal 22-23 Jan 2011 bersamaan hari sabtu dan ahad yang lalu aku dan 9 orang lagi perseta diberi kesempatan menyertai ESQ ini dengan sepenuhnya.

ESQ Model ; sumber
Rasanya elok aku cerita sikit pasal ESQ ni. ESQ adalah singkatan daripada Emotional Spritual Quotient. Ini merupakan satu program motivasi dan  pengurusan (HR) yang agak berbeza dengan yang ada pada masa kini. Kita melihat pelbagai program motivasi yang wujud selama ini kebanyakannya hanya mementingkan kehidupan dunia semata ( teori dari barat) untuk berjaya. Dalam program ESQ ini mereka dapat membantu meyakinkan kita terhadap Allah dan menekankan tentang tiga perkara utama iaitu IQ (fizikal), EQ (Emosi), dan SQ (spritual). Gambungan ketiga-tiga ini akan menghasilkan satu kejayaan yang diidamkan oleh setiap insan iaitu BAHAGIA. ESQ dapat membantu kita memahami sifat kehambaan  pada Tuhan kita, ALLAH. Ini merupakan kelebihan program ESQ yang telah mencipta ESQ Model 165  yang mampu mengubah dunia motivasi dan pengurusan yang selama ini banyak kita merujuk pada dunia barat.

Kursus ini berlangsung di UiTM Penang selama dua hari. Kami yang hadir disponsor oleh pihak UiTM sendiri, syukur Alhamdulillah. Aku mengharapkan untuk mendapat sesuatu di sini agar kehadiran aku ini tidak menjadi sia-sia. Pada awal pagi lagi kami bertolak dari Kedah ke tempat kursus. Tiba sahaja di Dewan UiTM Penang kami terus membuat pendaftaran. Selesai sesi pendaftaran kami disambut masuk kedalam Dewan dengan pernuh mesra dan terhormat. 

Aktiviti pertama adalah sesi takruf antara peserta, seterusnya bermula kursus dengan agenda penuh menyentuh hati dan jiwa. Sukar untuk digambarkan keadaan ketika itu. Kepada siapa yang berkesempatan untuk menyertai ESQ, pergilah dan rasakan sendiri. Trainer ESQ dapat membawa perasaan anda untuk merasakan kebergantungan manusia kepada Allah (Fitrah) dan yakin akan kewujudannya dengan berlandaskan Al-Quran, Hadis dan dikaitkan dengan kajian saintifik pada zaman ini.

Sekian disini sahaja sedikit pengalaman yang dapat aku kongsikan. Kalau ikutkan hati, banyak lagi ingin kucoretkan. Tapi kekangan masa yang membuatkan aku tak mampu coret panjang lebar. Dibawah ini terdapat beberapa keping gambar ketika aku dalam kursus ESQ ini. 

aku pertama dari kanan ketika menjalani program
Rasydan kiri, ketika sesi takruf
Peserta Perempuan
Peserta Lelaki

Trainer bersama ATS
Sesiapa yang pernah join ESQ ni, Jom la kongsi sikit pengalaman anda !!!

21 January 2011

Motivasi: Disebalik suatu Pemberian

Mengikut kajian orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain merupakan orang yang berjaya dalam hidup. Namun begitu, sedikit sahaja yang mementingkan "bagaimana untuk memberikan sesuatu?" kerana ramai bertanya "bagaimana untuk mendapatkan sesuatu?" (Pahrol, 2010). Inilah yang dikatakan lumrah kehidupan. Kita lebih gembira apabila ada orang lain memberikan kita hadiah, berbanding kita yang memberi. 

Erti hidup pada memberi ini sungguh luas. Jangan sempitkan fikiran kita untuk memberi manfaat kepada orang lain. Bermacam-macam aspek boleh kita hadiahkan kepada mereka. Tidak kira daripada segi meterial, harta, ilmu, mahupun sekadar senyuman. Hatta, memberi pertolongan ketika mereka yang dalam kesusahan juga memberi makna yang besar.

Percayalah memberi kepada orang lain samalah seperti memberi kepada diri sendiri. Tangan yang menghulur bunga mawar pasti berbau harum!

Sebenarnya kehidupan pada memberi itu lebih manis jika kita hayati dan renungkan kembali. mana tidaknya, cuba anda banyangkan jika anda memberi sedekah kepada fakir miskin, kemudian dia berdoa akan kebahagian kita dan dimurahkan rezeki. Walau pada zahirnya kita tidak nampak nikmatnya, kalau Allah memakbulkan doa mereka tidakkah ini memberi keuntung pada anda. Ini dari sudut memberi sedekah, bagaimana pula dengan mereka yang berkongsi ilmu? Pernah atau tidak terdetik pada hati anda risau untuk berkongsi ilmu dengan rakan yang lain kerana takut mereka menjadi lebih pandai daripada anda. Beringatlah, ilmu itu milik Allah. Apa yang kita tahu hanyalah sedikit sahaja bagai  buih dilautan.  Berilah apa sahaja ilmu bermanafaat yang kita miliki, makin banyak kita berkongsi ilmu dengan orang lain, makin bertambah ilmu kita. Ameen.....

Pendek kata jadi orang yang suka memberi, sabda Rasulullah S.A.W. bahawa tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan di atas merujuk pada si pemberi, dan Tangan di bawah merujuk kepada si penerima.

05 January 2011

Isu Semasa: Benarkah Inflasi bukan isu Utama tahun ini?

inflasi : sumber image
"Dalam ekonomi, inflasi bermaksud peningkatan yang berterusan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan. Inflasi juga boleh merujuk kepada peningkatan harga untuk barangan atau perkhidmatan tertentu seperti kenaikan harga makanan tanpa kenaikan gaji. Kejatuhan nilai mata wang juga boleh dianggap sebagai inflasi. Oleh kerana terdapat pelbagai barangan dan perkhidmatan dalam satu masa, tingkat harga umum ini diukur dengan menggunakan indeks harga pengguna. Dengan kata lain, kadar inflasi diukur dengan perubahan dalam indeks harga pengguna."[1]

Diharapkan takrif inflasi di atas dapat membantu kita memahami "apa itu inflasi?". Semalam aku belik surat khabar terdapat beberapa isu menarik perhatian aku. Termasuklah isu Inflasi ini. Benarkah ini bukan isu utama tahun ini? Sedangkan Inflasi di Indonesia naik ke paras 7%, dalam masa yang sama akhbar Utusan dan Berita Harian tulis Inflasi bukan jadi isu utama tahun ini. Betul atau tidak?

Hari ini pula, terpapar di akhbar Utusan lagi RON97, minyak tanah naik 10 sen seliter tengah malam ini, isu minyak masak, kelapa , santan, dan semalam juga ada juga berita tentang Harga bawang naik dua kali ganda.

Semoga keadaan ini tidak akan berpanjangan.

Inflasi bukan jadi isu utama tahun ini-Utusan

KUALA LUMPUR 3 Jan. - Inflasi dijangka tidak menjadi isu utama tahun ini memandangkan penarikan subsidi yang perlahan dan prospek ringgit akan kekal kukuh, kata pakar ekonomi kanan dengan AmResearch Sdn. Bhd.

Bagaimanapun Manokaran Mottain berkata, kenaikan harga bahan api baru-baru ini mungkin menolak kadar inflasi kepada 2.5 peratus tahun ini daripada hanya dua peratus tahun lepas.

"Tinjauan masa depan inflasi dan keadaan permintaan lemah memberi lebih banyak ruang untuk tindakan dasar kewangan.

Inflasi di Indonesia naik ke paras 7%-Utusan

JAKARTA 3 Jan. - Bank pusat Indonesia hari ini menghadapi tekanan baru untuk meningkatkan kadar faedah selepas data menunjukkan inflasi 2010 meningkat ke paras kira-kira tujuh peratus ekoran peningkatan harga makanan.

Bagaimanapun, penganalisis berkata, bank berkenaan mungkin meningkatkan kos pinjaman dalam tempoh beberapa bulan akan datang bagi mengawal kadar asas inflasi yang tidak termasuk kos makanan.

RON97, minyak tanah naik 10 sen seliter tengah malam ini-Utusan

KUALA LUMPUR, 4 Jan. - Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Hashim yang dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini.

Harga bawang naik dua kali ganda - Utusan


KUALA KANGSAR 3 Jan. - Harga beberapa barangan keperluan harian terutamanya bawang di pasar dan kedai runcit di sini didapati melambung sehingga melebihi dua kali ganda berbanding harga asal menjelang sambutan Tahun Baru Cina, Februari ini. 

*apa pun kenyatan dalam akhbar kita boleh ambil sebagai pengetahuan. Percaya jangan 100%. Terpulang pada anda menilainya.

[1] Wikipedia

04 January 2011

Coretan : Aku Kembali ke Kampus

Takut dan Malu - Sumber Image
Hari kedua aku mula studi kembali di UiTM. Maklumlah dah berbulan cuti. Pelbagai perasaan aku rasa bila nak masuk balik. Takut, malu, semangat dan macam2 lagi lah aku rasa. Rasa takut apabila aku bermonolong sendirian, bertanya pada diri " Mampukah aku lakukan semuanya untuk semesta ini? " aku berharap semuanya akan dipermudahkan dan boleh tulis dengan elok kembali. Mungkin ada tak tahu apa problem aku kan? boleh la baca post ni. klik . Itu pun kalau sudi. =)

Malu !!! malu nak masuk kelas. Ya lah, patutnya sem ni aku semesta 4, tapi aku cuti satu sem dan masih di semesta 3. Jumpa kawan2 baru , agak malu juga. Mula masuk kelas, rasa macam budak baru pertama kali masuk Universiti. Bila dah kenal kawan2 baru ni, best juga lah sebab mereka ni ramah. Taklah rasa terasing. Terima kasih semua, kerana sudi terima aku.

Rasa semangat bila dapat sambung belajar balik. Sahabat2 dan Kawan2 aku banyak beri semangat dan motivasi pada aku. Tanpa mereka sukar juga melalui kehidupan agak berbeza dari dulu. Tak perlulah rasanya nak aku sebutkan satu-satu siapa mereka ni, biarlah aku seorang sahaja ukirkan dalam hati ini. Banyak lagi yang mereka yang memberi inspirasi pada aku, terutamanya mak ayah, abang kakak, lecturer, kaunselor, ustaz , dan ramai lagi. Tiada kata yang mampu kuungkapkan, hanyalah ucapan TERIMA KASIH moga Allah merahmati kalian.

Senyum untuk Semua :Sumber Image

01 January 2011

Coretan : Permulaan Baru 01/01/2011

Selamat tahun baru kepada semua. Rasanya tak terlambat untuk aku ucapakan selamat memulakan hari baru pada tahun yang baru, Moga ia menjadi lebih baik daripada semalam (tahun lepas la). Boleh dikatakan di merata-rata tempat tidak kira dimana pelusuk dunia meraikan tahun baru dalam suasana meriah dan berwarna-warni dengan percikan bunga api. Aku sempat juga tengok bunga api dalam bas semalam. Maklum la nak balik kedah mulakan semesta baru. Bas aku semalam pukul 11.59 malam dari Kuala Lumpur Bas gerak jer keliling aku berperkikan bunga api, kiri kanan , depan pun ada, belakang aku tak tengok pula. Meriah, memang meriah.

Dalam bas , apa lagi tak tahu nak buat apa. Tidur la. Sampai sahaja di Sungai Pertani, aku lepak jap kat Restoren Pelita. Kelihatan beberapa kumpulan remaja (macam budak sekolah) duduk lepak kat situ juga. Nampak macam baru balik sambut tahun baru. Perbagai gelagat aku tengok.

Nak sambut tahun baru , tak salah . tapi kena la jaga batas pergaulan dan had-had limit yang ditetapkan agama kita.

Ketibaan 2011 disambut meriah - Kosmo.com.my

ORANG ramai teruja melihat pertunjukan bunga api sempena sambutan tahun baru 2011 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

KEHADIRAN tahun 2011 disambut penuh meriah oleh ribuan rakyat di seluruh tanah air malam tadi yang diserikan dengan pelbagai persembahan menarik serta pertunjukan bunga api.

Seperti lazimnya, kebanyakan mereka berkumpul beramai-ramai untuk menanti detik 12 malam sebagai tanda bermulanya tahun baru 2011.

Keseronokan sambutan menyambut tahun baru semakin meriah dengan sorakan orang ramai sebaik sahaja pertunjukan bunga api bermula.

Di ibu negara, antara tempat yang menjadi tumpuan ramai adalah Dataran Merdeka, Subang Jaya, Bukit Bintang dan Petaling Jaya selain beberapa tempat lain di seluruh negara.

Mula penghijrahan baru bersama Azam baru

Sudah 26 hari kita telah melalui tahun baru islam (Hijrah), dan hari pertama untuk tahun baru Masihi. Bagi mereka yang belum set azam baru, masih belum terlambat untuk anda mula satu penghijrahan untuk diri anda. Lakukan lah walaupun sedikit penghijrahan, agar kita tidak tergolong orang yang rugi.

Selamat Tahun Baru 2011!!!


Sumber image : link1 + link2