Hari esok Untuk Islam
Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi.....
Ketika Siti Hajar Mencari Air Untuk Anaknya
... Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.
Tips berBlog untuk Para Blogger
Perkembangan blog pada hari ini semakin bertambah banyak hari demi hari, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Proses membuat satu blog bergitu mudah berbanding website.....
Jangan Promosi Dosa di Facebook dan Blog
Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak...
29 December 2011
Perkembangan Fesyen Masa Kini : Negatif atau Positif
Thursday, December 29, 2011
Unknown
Kemodenan dalam islam bukan satu penghalang untuk kita maju kehadapan. Kita sebenarnya bukan "ketinggalan zaman" atau "kuno" apabila kita tidak mengikuti trend dedah aurat yang semakin menular masa kita.
Petukaran zaman demi zaman itu sendiri telah menunjukan kita telah berubah demi kemajuan yang lebih baik. Pada zaman Jahiliyah, manusia tidak menutup aurat dan bila datangnya islam. Umat menusia lebih moden dengan perkembangan fesyen ketika itu.
Kita zoom lebih dekat dengan kehidupan kita di Malaysia. Kalau kita lihat ketika zaman 50-an dan 60-an masyarakat ketika itu berpakaian tudung nampak jambul bagi wanita dan lelaki gemar mengenakan seluar pendek. Perubahan zaman masa kini, kita dapat lihat wanita kini lebih berfesyen dengan memakai tudung yang lebih sempurna sifatnya dan bergitu juga fesyen bagi lelaki. Namun dicelah kemodenan itu, ada lagi yang ingin kebelakang seperti zaman 50-an, 60-an dan Zaman Jahiliyah.
Ikuti penjelasan lanjut dalam vedio dibawah :
28 December 2011
Syarat yang Dibenarkan untuk Melakukan Maksiat
Wednesday, December 28, 2011
Unknown
Lumrah kehidupan seorang insan sememangnya dikurniakan nafsu. Persoalannya bangaimana kita menguruskannya dengan baik agar tidak tersasar dari landasan yang sebenar. Saya sendiri tidak lari daripada permasalahan ini. Sebagai renungan kita bersama ayuh kita hayati kisah Ibrahim ibn Adham dan seorang lelaki yang gemar bermaksiat. Moga-moga kita berfikir dua tiga kali sebelum melakukan maksiat.
******
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia
berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong
berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim
berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya,
maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar
bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.
credit to: cahayamukmin.blogspot.com
27 December 2011
21 December 2011
Allah Ketika Solat, Adalah Allah Yang Sama Ketika Ingin Bermaksiat.
Wednesday, December 21, 2011
Unknown
Bukan mudah untuk merasai Allah sentiasa
mengawasi kita 24/7 dalam kehidupan kita. Rasa Allah sentiasa Mengawasi.Dalam
bahasa Arabnya, disebut muraqabatullah.
Tahu Allah Maha Memerhati dan
Maha Mengawasi.
Tahu Allah itu sentiasa ada, tidak pernah mati.
Tahu Allah itu sentiasa ada, tidak pernah mati.
Tetapi, kadang-kadang
tindakan kita selalunya tidak menampakkan seolah-olah kita merasai Allah Maha
Mengawasi.
Mudah merasai pengawasan
Allah bila berada di tengah ramai, tetapi bila seorang diri, Allah baginya
seolah-olah tidak wujud lagi.
Mudah merasai pengawasan
Allah ketika berada dalam terdesak dan kesusahan, tetapi ketika senang dan
lapang, Allah pun ditinggalkan.
Adakah Allah hanya wujud
ketika kita bersama dengan kawan-kawan yang soleh sahaja?
Atau adakah Allah hanya wujud
ketika solat, ketika kita benar-benar terdesak?
Adakah Allah tidak wujud pada
waktu-waktu lain?
AMBILLAH IBRAH DARIPADA
KISAH 3 ORANG BANI ISRAIL YANG DIUJI ALLAH
Kisah yang telah kita biasa
dengari. 3 orang daripada Bani Israil telah diuji Allah dengan
penyakit-penyakit yang menyebabkan masyarakat telah menyisihkan mereka.
Mereka adalah yang biasa kita
dengari dengan Si Sopak, Si Botak dan Si Buta.
Saya tidak akan ceritakan
keseluruhan kisah itu di sini. Kisah ini boleh dirujuk dalam kitab Riyadhus
Solihin karangan Imam Nawawi. Kisah ini diceritakan oleh Rasul s.a.w. dalam
hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.
Mereka ini semuanya telah
didatangi oleh malaikat untuk mendoakan kesembuhan bagi diri mereka. Bahkan,
mereka telah ditawarkan dengan binatang ternakan yang mereka inginkan.
Kesemua mereka mendapat apa
yang mereka inginkan. Setelah sembuh dan binatang ternakan masing-masing
berkembang biak, Allah telah menguji mereka sekali lagi. Allah datangkan
malaikat sekali lagi dalam keadaan menyerupai manusia yang miskin dan susah
untuk menguji mereka.
Setelah berada dalam keadaan
yang senang dan sihat, ternyata mereka telah lupakan Allah. Si Sopak dan Si
Botak telah gagal dalam ujian itu. Ketika susah, mereka berharap penuh kepada
Allah. Setelah Allah anugerahkan kesenangan dan kesihatan kepada mereka, mereka
melupakan Allah.
Si Buta, tetap dalam keadaan
celiknya itu , dalam keadaan beliau yang telah kaya raya itu, masih tetap terus
mengingati Allah dengan membenarkan malaikat yang datang mengujinya untuk
mengambil sebanyak manapun daripada binatang ternakan yang dimilikinya. Dia
tahu yang menilai dirinya semasa dia buta dan semasa dia celik adalah Tuhan
yang sama, iaitu Allah.
YANG MERASA LONGGAR
DENGAN PENGAWASAN ALLAH, INGATLAH YANG ALLAH SENTIASA CEMBURU
Ramai yang tahu Allah Maha
Memerhati. Tetapi berapa ramaikah yang benar-benar merasai dan menjiwai
pengawasan Allah itu 24/7?
Kadang-kadang, bila berada
dalam suasana yang soleh, suasana yang wujudnya peringatan, jiwa kita
seolah-olah terasa begitu dekat dengan Allah. Tetapi, bila pulang ke rumah,
tidak ada suasana-suasana yang mengingatkan, kita pun merasa longgar daripada
ikatan dengan Allah.
Dalam solat, mampu mewujudkan
perasaan Allah Maha Mengawasi. Tetapi, bila keluar daripada solat, perasaan itu
seolah-olah tidak pernah wujud.
Di celah-celah kelonggaran
ikatan kita dengan Allah itulah, syaitan sentiasa mengambil peluang untuk
menjauhkan lagi kita daripada Allah. Maka, kita kembali bermaksiat kepada Allah
ketika seorang diri. Kita kembali melazimi diri dengan dosa setelah keluar
daripada solat.
Mampu menjaga Allah ketika
dalam solat, tetapi gagal menjaga Allah pergaulan dan percakapan.
Mampu merasa Allah ada ketika dalam suasana soleh, tetapi gagal merasa Allah ada ketika menonton movie, ketika melayari internet.
Ingatlah yang Allah itu
sentiasa cemburu dengan hamba-Nya. Kehidupan yang Dia anugerahkan, tetapi kita
habiskan majoritinya untuk dosa dan maksiat. Kita jauhkan kehidupan kita
daripada pengawasan Allah.
Allah pun merasa cemburu
terhadap kita. Bagaimana?
Dalam satu hadis Nabi
s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang mafhumnya : ‘Sesungguhnya Allah
Taala itu cemburu dan kecemburuan Allah Taala itu ialah apabila seseorang manusia
mengerjakan apa-apa yang diharamkan oleh Allah ke atasnya.’
[Muttafaq Alaih]
ALLAH ITU SENTIASA ADA
KETIKA KAU INGIN BERMAKSIAT
Ketika ingin bermaksiat,
ingatlah balasan yang akan menimpa dirimu di akhirat nanti. Api neraka dengan
kepanasannya yang menggelegak sentiasa menunggu hidangannya. Buah zaqqum dan
cairan tembaga yang nantinya akan menghancurkan isi perutmu.
Ketika ingin bermaksiat,
segeralah detikkan pada hati yang Allah sedang Memerhati. Jika masih ada rasa
untuk bermaksiat, maka kita memang telah bersedia untuk menanggung seksa kubur,
dibelit ular, disengat kala dan disebat malaikat sehingga terbenam ke dalam
bumi.
Dengan segalanya yang telah
Allah berikan untuk kita layakkah kita membalas Allah dengan dosa-dosa kita
yang mengenepikan Allah di waktu-waktu senang kita?
Lalu fikirkan pula, setelah
kita sentiasa melupakan Allah, maka ketika saat terdesak, ketika tidak ada
siapa yang mampu menolong melainkan hanya Allah, maka apakah layak bagi kita
untuk memohon pertolongan dari-Nya ketika itu?
Ingatlah yang Allah sentiasa
ada, tidak pernah mati. Allah yang kita sembah ketika solat, adalah Allah yang
sama melihat kita ketika ingin bermaksiat.
Allah sentiasa kekal tidak
pernah fana.
Kalau menunggu terdesak, baru
hendak merasa Allah ada, baru hendak kembali kepada Allah, bimbang kita akan
jadi orang yang tidak mempunyai kesempatan untuk kembali seperti Firaun.
Sementara kesempatan masih
ada, maka segeralah perbaiki.
PENUTUP : YANG BERJUANG
MENJAGANYA, AKAN MENDAPAT CINTA ALLAH. ADAKAH YANG LEBIH BESAR DARIPADA ITU?
Yang terus berjuang menjaga
muraqabatullah, Allah akan anugerahkan hadiah untuknya.
Dalam segenap kehidupannya,
dia sentiasa merasa diperhatikan Allah.
Rasa Allah sedang menilai
amal-amalnya. Bila dia merasai Allah sentiasa menilai dirinya, maka dirinya
sentiasa tergerak untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupannya.
Satu ketika, Nabi s.a.w.
bersabda kepada Ibn Abbas :
“Hai anakku,
sesungguhnya saya hendak mengajarkan kepadamu beberapa kalimat iaitu :
Peliharalah perinta Allah nescaya Dia akan memeliharamu (sepanjang masa),
peliharalah larangan Allah, nescaya engkau akan dapati ia selalu di hadapanmu.
Apabila kamu meminta, maka mintalah kepada Allah dan apabila engkau hendak
memohon maka mohonlah pertolongan dari Allah.”
Yang berjuang menjaga Allah
dalam senang dan susahnya, dalam ramai dan seorangnya, Allah juga akan
menjaganya setiap masa dan di mana jua dia berada.
Lihatlah, yang berjuang
menjaga muraqabatullah pastinya akan mendapat cinta Allah.
Maka, ketika Allah ingin
menganugerahkan cinta-Nya kepada kita, adakah yang lebih besar daripada itu?
Pasti. Pastinya tidak ada.
Jadi, apa lagi yang ditunggu?
Segeralah rebut nilaian Allah
!
About the Author
Afdholul Rahman bin Che Ani. Menetap di Pulau Pinang Pulau Mutiara. Menamatkan pengajian peringkat menengah di Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), Tunjung, Beseri. Kini melanjutkan pelajaran dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Islam di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan.
Artikel ini dari Langit Ilahi
20 December 2011
Tujuh Golongan Manusia Yang Akan Diberi Perlindungan Oleh Allah Dalam Naungannya Di Hari Yang Tiada Naungan
Tuesday, December 20, 2011
Unknown
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, Aku takut kepada Allah, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.
Huraian
1. Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Nasib rakyatnya adalah terletak di tangannya. Tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.
2. Manakala pemuda yang kuat beribadah adalah menunjukkan betapa di usia sebegini (muda) seseorang itu terpaka mengharungi berbagai cabaran dan godaan. Oleh itu bagi orang yang berjaya mendidik nafsunya dengan baik dia akan beruntung kerana mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk melakukan kebaikan dan beribadah kepada Allah. Begitulah sebaliknya bagi mereka yang terjerat dengan pujuk rayu syaitan maka seluruh usia mudanya akan dihabiskan untuk melakukan maksiat dan dosa. Beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.
3. Orang yang berjinak dengan masjid pula sudah tentu mendapat jaminan syurga oleh Allah kerana ia telah menjadi tetamu Allah dan mengimarahkan masjid (rumah) Allah dengan amal ibadat dan ini menjadikan hati mereka sentiasa dekat dengan Allah. Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan dikategorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.
4. Sedangkan orang yang berkasih sayang kerana Allah merupakan mereka yang mempunyai nilai-nilai yang dituntut oleh Islam iaitu ikhlas dalam menjalinkan hubungan silaturrahim dan ingat-mengingatkan tentang kebaikan antara satu dengan yang lain. Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.
5. Menolak daripada melakukan maksiat apalagi zina merupakan tanda kekuatan iman seseorang yang berjihad melawan nafsunya dan bisikan syaitan yang menggoda. Oleh itu mereka yang berjaya melakukannya adalah orang yang teguh imannya, tidak mudah goyah untuk melakukan sebarang kejahatan. Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.
6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakuknnya itu.
7. Orang yang mencintai Allah S.W.T dengan hati yang ikhlas semestinya akan merasa keagungan dan kebesaran Allah. Oleh itu di saat ia bertafakur kepada Allah akan keluarlah air mata kerinduan dan keinsafan dari dalam dirinya. Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.
1. Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Nasib rakyatnya adalah terletak di tangannya. Tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.
2. Manakala pemuda yang kuat beribadah adalah menunjukkan betapa di usia sebegini (muda) seseorang itu terpaka mengharungi berbagai cabaran dan godaan. Oleh itu bagi orang yang berjaya mendidik nafsunya dengan baik dia akan beruntung kerana mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk melakukan kebaikan dan beribadah kepada Allah. Begitulah sebaliknya bagi mereka yang terjerat dengan pujuk rayu syaitan maka seluruh usia mudanya akan dihabiskan untuk melakukan maksiat dan dosa. Beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.
3. Orang yang berjinak dengan masjid pula sudah tentu mendapat jaminan syurga oleh Allah kerana ia telah menjadi tetamu Allah dan mengimarahkan masjid (rumah) Allah dengan amal ibadat dan ini menjadikan hati mereka sentiasa dekat dengan Allah. Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan dikategorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.
4. Sedangkan orang yang berkasih sayang kerana Allah merupakan mereka yang mempunyai nilai-nilai yang dituntut oleh Islam iaitu ikhlas dalam menjalinkan hubungan silaturrahim dan ingat-mengingatkan tentang kebaikan antara satu dengan yang lain. Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.
5. Menolak daripada melakukan maksiat apalagi zina merupakan tanda kekuatan iman seseorang yang berjihad melawan nafsunya dan bisikan syaitan yang menggoda. Oleh itu mereka yang berjaya melakukannya adalah orang yang teguh imannya, tidak mudah goyah untuk melakukan sebarang kejahatan. Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.
6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakuknnya itu.
7. Orang yang mencintai Allah S.W.T dengan hati yang ikhlas semestinya akan merasa keagungan dan kebesaran Allah. Oleh itu di saat ia bertafakur kepada Allah akan keluarlah air mata kerinduan dan keinsafan dari dalam dirinya. Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.
________
Credit to :zoolhelmi.blogspot.com & facebook.com
19 December 2011
ASALKAN HATINYA BAIK?
Monday, December 19, 2011
Unknown
Anak muda di hadapan saya terus mengasak
saya dengan hujah-hujah logiknya. Senang melihat anak muda yang berani
dan berterus-terang begitu. Hujahnya tajam dan menikam.
“Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik, “ tegasnya.
“Saya kenal beberapa orang wanita yang
menutup aurat… perangai mereka ada yang lebih buruk berbanding wanita
yang tidak menutup aurat,” tambahnya lagi.
Saya diam melihat dia berhujah dengan
akal dan pengalaman. Namun pengalamannya agak terbatas. Berapa ramai
wanita yang dikenalinya dalam usia semuda itu? Dan akalnya juga terbatas
– aqal perlu dirujuk kepada naqal. Mesti memahami prinsip ilmu wahyu
terlebih dahulu, kemudian barulah kita bebas menggunakan fikiran dan
pengalaman tanpa terbabas.
“Sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan?” tanya saya lembut.
“Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat.”
“Justeru, wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?” jolok saya melayan pola logiknya berfikir.
“Er, er, bukan begitu. Maksud saya, baik
atau buruknya perangai seseorang wanita tidak bergantung pada
pakaiannya, samada dia menutup aurat atau tidak.”
“Apa ukuran awak tentang nilai kebaikan seorang wanita?” kilas saya tiba-tiba.
“Jujur, terus-terang, pemurah, lemah-lembut…”
“Itu sahaja?”
“Ya. Pada ustaz pula apa ukurannya?”
“Kita hanya manusia. Akal kita terbatas.
Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika diserahkan kepada
manusia mentafsir apa itu kebaikan, akan celaru dibuatnya.”
“Mengapa?”
“Kerana setiap manusia ada jalan
berfikirnya sendiri. Saya bimbang nilai kebaikan akan menjadi suatu yang
relatif dan subjektif, padahal kebaikan itu juga seperti kebenaran… ia
suatu yang objektif dan mutlak, ” akui saya terus-terang.
“Habis, untuk apa kita diberi akal? Kita harus rasional dan logik!”
Saya cuba senyum lantas berkata,” akal
perlu tunduk kepada penciptanya, Allah. Fikiran mesti merujuk kepada Al
Quran dan Hadis. Itu kan lebih tepat… Ilmu kita terbatas, ilmu Allah
Maha Luas.”
“Jadi akal kita untuk apa?” desaknya lagi.
“Untuk memikirkan apa hikmah kebaikan yang telah ditentukan Allah dan bagaimana melaksanakannya dalam kehidupan.”
“Ertinya akal kita terikat?”
“Akal kita bebas, tetapi dalam lingkungan
syariat. Sama seperti bumi yang sedang ligat berpusing ini… tetapi
tetap pada paksinya.”
“Bukankah agama ini untuk orang yang berakal?”
“Betul. Tetapi tidak semua perkara dapat
dicapai oleh akal. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang ghaib, tidak
akan terjangkau oleh akal. Syurga, Neraka, Titian Sirat, Mahsyar
misalnya, wajib dipercayai dan diyakini tanpa perlu dilogik-logikkan
lagi. Itulah iman.”
“Ah, jauh kita menyimpang. Bukankah tadi
kita berbincang tentang wanita yang baik? Saya ulangi, wanita yang baik
tidak semestinya menutup aurat, betulkan?”
“Separuh betul,” jawab saya.
”Kalau dia wanita yang jujur,
terus-terang, pemurah dan lemah lembut… ya dia ‘baik’ di sudut itu.
Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah
di sudut yang lain. Dia ‘tidak baik’ di sudut berpakaian, kerana hukum
menutup aurat telah termaktub dalam Al Quran.”
Anak muda di hadapan saya muram. Nampaknya dia belum berpuas hati.
“Tetapi dia jujur, amanah…”
“Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan manusia. Menutup aurat perintah Allah.”
Anak muda di hadapan saya masih tidak
puas hati. Perlahan-lahan saya tusuk dengan hujah yang memujuk, “namun
percayalah jika benar-benar hatinya baik, insyaAllah lambat laun dia
akan menutup aurat juga.”
“Apa hujah ustaz? Pengalaman? Fikiran atau telahan?”
“Masih merujuk kepada Al Hadis.”
“Hadis yang mana?”
“Hadis riwayat Bukhari mengisahkan
seorang wanita pelacur berbangsa Yahudi yang telah memberi minum seekor
anjing yang kehausan. Atas sebab sifat belas kasihannya itu dia mendapat
hidayah lalu menjadi wanita yang solehah.”
“Apa kaitan cerita itu dengan subjek yang kita bincangkan ini?”
“Secara tidak langsung itu menunjukkan
bagaimana jika hati seseorang mempunyai sifat-sifat baik seperti kasih
sayang, belas kasihan dan pemurah, sekalipun kepada anjing, itu boleh
menjadi sebab Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman seterusnya
menjadi wanita solehah.”
“Maksud ustaz?”
“Jika seorang wanita itu benar-benar baik
hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup aurat walaupun
sebelumnya tidak menutup aurat.”
“Oh, begitu. Kenapa ya?”
“Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik, lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi baik.”
“Apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi akhlak dan perangainya buruk?”
“Bab aurat dia telah selamat.
Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa yang
tinggal… dia perlu membaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus
berusaha.”
“Jika ada berpura-pura? Menutup aurat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar tuntutan fesyen dan trend?”
“Hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak
tahu hati wanita yang menutup aurat tu jahat atau tidak, samalah
seperti kita tidak tahu samada hati wanita yang tidak menutup aurat itu
baik atau tidak. Soal hati hak Allah…”
“Tetapi katalah hati wanita yang menutup aurat itu benar-benar jahat…”
“Jika hatinya benar-benar jahat… lambat laun dia akan mendedahkan auratnya semula.”
“Mengapa?”
“Menutup aurat adalah pakaian wanita yang solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah.”
“Patutlah saya lihat ada wanita yang
dulunya memakai tudung labuh, tapi kemudiannya tudungnya semakin
singkat, lama kelamaan mula memakai seluar ketat, kemudian berubah
kepada memakai baju T sendat… lama-kelamaan bertudung ala kadar sahaja.”
“Perubahan luaran gambaran perubahan
hati. Yang tidak menutup aurat… akhirnya perlahan-lahan meningkat untuk
menutup aurat kerana hatinya beransur jadi baik. Sebaliknya, yang
menutup aurat… secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika
kualiti hatinya semakin merosot.”
“Siapa wanita yang paling baik?”
tiba-tiba anak muda di hadapan saya bertanya sambil merenung muka saya.
Serius dan tajam renungannya.
“Tentulah isteri-isteri dan anak-anak nabi Muhammad s.a.w.” jawab saya pasti.
“Bagaimana pakaian mereka?”
“Tentu sahaja mereka menutup aurat. Dan mereka juga pasti memiliki hati yang baik. ”
Kali ini dia pula terdiam. Melihatnya
begitu saya terus mengasak, “kalaulah hati yang baik sahaja jadi
pernilaian Allah, tentulah isteri-isteri dan anak-anak perempuan
Rasulullah tidak perlu menutup aurat. Hati mereka sudah baik. Namun
tidak begitu, hati yang baik bukan alasan untuk mendedahkan aurat.”
“Wanita yang baik mesti menutup aurat?”
“Ya.”
“”Wanita yang jahat mesti mendedah aurat?”
“Tidak semestinya, kerana ada wanita yang
berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana mungkin dia sedang
berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya untuk
menutup aurat.”
“Apa yang boleh kita katakan kepada wanita begitu?”
“Dia sedang berusaha menjadi wanita yang baik.”
“Bagaimana pula dengan wanita yang
menutup aurat tetapi buruk perangainya? Wajarkah mereka mendedahkan
aurat supaya tidak hipokrit.”
“Perangai yang buruk bukan alasan
mendedahkan aurat. Bagi mereka ini, tuntutan menutup aurat sudah
ditegakkan, alhamdulilah. Tinggal satu lagi, tuntutan memperbaiki
akhlak… itu sahaja yang perlu dilaksanakan. Satu selesai, tinggal lagi
satu. Namun bayangkan jika disamping perangai buruk, mereka juga turut
mendedahkan aurat … Itu lebih buruk lagi. Dua perkara tak selesai, bab
aurat dan bab perangai!”
“Jadi apa kita nak kata tentang wanita
yang menutup aurat tetapi buruk perangai ni?” Sekali lagi dia mengajukan
soalan yang sama.
“Wallahua’lam. Boleh jadi mereka juga
sedang berusaha mengatasi halangan dalaman dan luarannya untuk
memperbaiki perangainya. Dan nauzubillah, boleh jadi juga iman mereka
sedang merosot sehingga menjejaskan akhlak mereka… yang lama kelamaan
jika tidak diatasi akan menyebabkan mereka kembali mendedahkan aurat!”
Dia senyum. Alhamdulillah.
“Saya tahu apa yang saya akan lakukan sekarang…”
“Kenapa? Mengapa? Punya kekasih tidak
bertudung tetapi baik hatinya? Atau dikecewakan oleh wanita bertudung
tetapi buruk perangainya?”
Soalan akhir itu tidak terluahkan oleh
saya. Saya simpan sahaja di dalam hati. Biarlah anak muda ini belajar
dari pengalamannya… insyaAllah esok apabila dia mengalaminya sendiri,
dia akan ingat satu persatu apa yang didengarnya pada hari ini!
_____Penulis______
Ustaz Pahrol Mohd Juoi merupakan seorang penulis buku,
artikel, lirik nasyid dan juga skrip. Salah satu buku karangan beliau
adalah 'Tentang Cinta.' Penulis kelahiran Ipoh, Perak ini merupakan
seorang master trainer untuk syarikat Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. dan
juga ketua editor majalah Solusi terbitan syarikat Telaga Biru Sdn.
Bhd. Blog beliau adalah www.genta-rasa.com.
15 December 2011
Peminat Muzik Punk Rock Ditangkap, Dibotakan dan Diarahkan Bersolat
Thursday, December 15, 2011
Unknown
Polis Aceh botakkan kepala 60 peminat muzik punk
BANDA ACEH, Indonesia - Polis memulihkan akhlak lebih 60 peminat muzik punk rock yang terdiri daripada golongan belia di wilayah Aceh, Sumatera dengan alasan mereka mencemarkan imej wilayah berkenaan.
Sejak ditangkap pada satu konsert di sini pada malam Sabtu lepas,
seramai 59 peminat punk rock lelaki dan lima peminat perempuan dipaksa
memotong rambut, menukar pakaian dan bersolat.
"Kami khuatir undang-undang syariah yang dilaksanakan di wilayah ini
akan tercemar akibat aktiviti mereka," kata Timbalan Datuk Bandar Banda
Aceh, Illiza Sa'aduddin Djamal semalam.
"Kami harap dengan menghantar mereka ke program pemulihan akhlak, mereka akhirnya akan bertaubat," tambahnya.
Beratus-ratus peminat punk rock Indonesia tiba di Aceh untuk menonton konsert itu bagi mengumpul derma anak yatim.
Polis kemudian menyerbu tempat konsert tersebut dan menangkap
sejumlah peminat yang menyimpan gaya rambut mohawks dan bertatu, memakai
seluar jeans ketat serta rantai.
Mereka dibawa ke sebuah kem berdekatan kelmarin bagi menjalani
program pemulihan akhlak selama 10 hari yang dikendalikan oleh pihak
polis.
Koresponden agensi berita AFP memberitahu, seorang gadis
menangis apabila beberapa wanita bertudung memotong pendek rambutnya
manakala beberapa lelaki mengeluh semasa kepala mereka dibotakkan.
"Kenapa mereka menangkap kami? Mereka tidak memberikan sebarang alasan," kata seorang pemuda, Fauzal, 20.
"Kami tidak mencuri, kami tidak mengganggu sesiapa. Kami berhak untuk menonton konsert," tambahnya.
Seorang lelaki berusia 22 tahun dari Medan yang ditahan di kem
berkenaan berkata, dia bimbang akan kelilangan pekerjaannya selepas
ditahan selama 10 hari.
"Saya baru mula bekerja di sebuah bank di Medan. Saya tidak tahu apa
yang perlu dikatakan kepada mereka (polis) kerana saya tidak tahu
mengapa kami ditangkap," katanya.
Polis sebaliknya menyatakan, penangkapan tersebut dibuat bagi mengelakkan golongan belia daripada berkelakuan menyimpang agama.
"Mereka tidak pernah mandi, mereka tinggal di jalanan, tidak pernah solat," kata Ketua Polis Aceh, Iskandar Hasan.
"Kami perlu memulihkan mereka supaya mereka berkelakuan baik dan
berakhlak. Mereka perlukan layanan keras bagi memulihkan mental mereka,"
tambahnya.
Dalam perkembangan berkaitan seorang aktivis hak asasi manusia
Indonesia, Evi Narti Zain berkata, penangkapan anak-anak muda itu
melanggar hak asasi manusia. - AFP
____________________
sumber : kosmo.com.my
Moga Polis Malaysia dapat mengambil inesiatif seperti ini
MQ melihat tindakan pihak Polis Indonesia, perlu dicontohi oleh Polis di Malaysia. Walaupun ada pihak yang tidak bersetuju dengan pendapat ini.
Jika di Malaysia, remaja lebih bebas dan tidak ada kawalan terhadap mereka. Pernah satu ketika, MQ berjalan sekitar Bukit Bintang, KL, terdapat dua pasangan remaja (Melayu) berpelukan di tepi jalan. Agenda ini dilihat dan tegur oleh seorang uncle (Cina). Apabila ditegur, gelabah dan tak tentu arah mereka. Tahu pun takut. Ingatlah apa yang kita buat, kalau manusia tak nampak. Allah tetap melihat.
Bayangkan kalau tindakan Polis Malaysia seperti di Aceh, Indonesia. Rasanya remaja atau siapa pun takut nak berkelakuan buruk di khalayak ramai.
14 December 2011
Anjaklah Diri Kamu Setinggi Al-Fateh !
Wednesday, December 14, 2011
Unknown
Al-Fateh,
adalah nama yang tidak asing lagi bagi kita. Sejarah pembukaan Kota
Konstantinopel yang sangat hebat di tangan mereka yang Rasulullah s.a.w.
sebutkan sebagai sebaik-baik panglima dan sebaik-baik tentera itu sentiasa
segar dalam ingatan kita.
Nama
Al-Fateh itu biasanya merujuk kepada seorang Sultan Muhammad, tetapi hakikatnya
al-Fateh itu bukanlah seorang, tetapi ia adalah sekumpulan manusia. Merekalah
yang terlibat dalam usaha melahirkan seorang Sultan Muhammad Al-Fateh, iaitu
ayahnya dan guru-gurunya, yang terlibat dalam usaha membebaskan Konstantinopel
iaitu tentera-tenteranya sehinggalah kepada Sultan Muhammad itu sendiri.
Merekalah
Al-Fateh. Sekumpulan manusia yang kuat jiwa dan kuat juga usaha. Mereka adalah
yang sentiasa menjaga kualiti iman mereka.
Lihatlah
bagaimana Allah menundukkan dunia kepada mereka. Konstantinopel yang telah
berkali-kali kebal daripada cubaan-cubaan serangan sebelum zaman mereka,
akhirnya lumpuh di tangan mereka.
Sultan
Muhammad Al-Fateh, berapakah umurnya ketika itu?
Semasa
mula memegang takhta menggantikan ayahnya, beliau berumur 19 tahun. Hanya 2
tahun selepas itu, Konstantinopel telah berjaya ditawan di tangan mereka.
2 tahun,
adalah suatu masa yang singkat. Tetapi, 2 tahun itu diguna dengan penuh
manfaat. Tidak pernah jemu dan kenal erti penat kerana mereka adalah yang
memiliki visi akhirat.
YANG MEMILIKI VISI AKHIRAT ADALAH YANG MENCARI SEBAB UNTUK MENJADI KUAT
Mendengar
kisah begini, nanti ada yang akan berkata:
“Alah,
bolehlah. Mereka tu kan Rasulullah dah janjikan macam tu.”
“Sultan
Muhammad tu anak khalifah. Senanglah nak tawan Konstantinopel sebab dia dah
jadi sultan. Kita ni, dahlah takde apa-apa. Kedudukan pun tak ada, harta pun
cukup-cukup je. Jangan mimpilah.”
Yang
beralasan begitu, tidakkah mereka memerhatikan kesungguhan Sultan Muhammad
Al-Fateh dan tenteranya dalam mengejar janji Rasul s.a.w. itu?
Dan
tidakkah kalian melihat juga bahawa kalau Sultan Muhammad itu cuma berjuang
seorang, tanpa tenteranya di sisi, pastinya tidak akan mampu membuah apa-apa.
Tentera-tenteranya juga adalah Al-Fateh, yang menjadi sendi utama pembukaan
Kota Konstantinopel.
Mereka
bukan sahaja bersungguh-sungguh dalam melaksanakan strategi, tetapi mereka
sangat teliti dalam menjaga hubungan hati mereka dengan Allah. Mereka mencari
sebab untuk menjadi kuat.
Dan,
hubungan dengan Allah itu yang menjadikan mereka benar-benar kuat.
Hari ini,
berapa ramaikah pemimpin yang benar-benar menjaga hubungan mereka dengan Allah?
Tidak
ramai. Hakikatnya, bukan senang bagi seseorang yang sudah memiliki kedudukan
yang tinggi, harta yang banyak untuk menundukkan hatinya dengan sebenar-benar
ketundukan kepada Allah.
Tetapi,
mereka mampu kerana mereka adalah yang benar-benar menggerakkan keimanan.
Lantas itu, Allah menganugerahkan kota itu sebagai tanda kemenangan. Bukan
kemenangan zahir semata-mata, tetapi kemenangan iman.
MEREKA ADALAH YANG MEGGERAKKAN KEIMANAN
Mereka
adalah yang sentiasa menjaga iman mereka. Turun naik sentiasa diperhatikan.
Kalau turun, cepat-cepat mereka berusaha untuk memulihkan. Bila naik,
dipastikannya berterusan.
Takhta
dan kedudukan, bukan itu dahulu yang menjadi rebutan. Apalagi harta kekayaan,
memang tidak pernah mereka harapkan.
Yang
menjadi igauan mereka adalah menembus syurga idaman.
Pada
solat Jumaat yang pertama kali ingin didirikan di Kota Konstantinopel itu,
Sultan Muhammad Al-Fateh bangun untuk memilih imam bagi solat tersebut. Yang
dinilainya bukan siapa yang paling tinggi kedudukan dalam tenteranya. Bukan
jeneral, bukan mejar, bukan leftenan yang dipilihnya.
Bukan
juga yang dipilihnya yang paling kaya di kalangan tenteranya. Bukan juga yang
paling sedap bacaannya dipilihnya untuk mengimami solat itu.
Tetapi,
penilaiannya adalah pada solat. Soalan pertama yang ditanya pada tenteranya
adalah solat fardhu. Bila ditanya, ternyata tidak ada yang pernah
meninggalkannya sejak baligh.
Soalan
kedua berkaitan solat sunat rawatib. Duduk sebahagian tenteranya menandakan
mereka pernah meninggalkannya.
Hinggalah
kepada soalan ketiga iaitu solat sunat tahajjud. Maka duduk habislah kesemua
tenteranya kecuali beliau. Maka, ternyata beliau adalah yang tidak pernah
meninggalkan ketiga-tiganya sejak baligh hinggalah saat itu.
Memang
benarlah hadis Rasul s.a.w. bahawa beliau adalah sebaik-baik panglima. Beliau
tidak pernah meninggalkan bekalan-bekalan kekuatannya meskipun sibuk dengan
tugasan sebagai seorang khalifah. Bahkan, tentera-tenteranya juga sangat
menjaga ibadah mereka.
Itulah
yang membentuk kekuatan jiwa mereka. Lantas itu, mereka tidak pernah ada rasa
mengalah walaupun telah berhari-hari menyerang Kota Konstantinopel sehingga
seolah-olah tidak nampak ada tanda-tanda untuk menang pun.
Himmah
mereka yang jauh lebih tinggi menyebabkan rasa mengalah itu telah kalah untuk
mengikuti jiwa-jiwa mereka.
MEREKA TIDAK TINGGALKAN SEKADAR MERANCANG
Mereka
menjadi hebat kerana mereka membumikan segala perancangan dalam kehidupan.
Mereka tidak tinggalkan hanya sekadar merancang.
Ada orang
bila merancang, begitu gah dan hebat sekali. Tetapi, bila tiba masa
merealisasikan, perancangan hanya tinggal sekadar perancangan.
Ada orang
merancang, tetapi perancangannya tidak mampu dicapai kerana tidak realistik.
Tetapi
lihatlah pada generasi Al-Fateh. Perancangan itu telah bermula sejak berabad
lamanya sehinggalah ke zaman Sultan Muhammad II. Perancangan itu bermula
daripada ayahnya lagi. Lihatlah bagaimana ayahnya, Sultan Murad II sangat
menekankan pendidikan yang syumul (menyeluruh) kepada beliau.
Tidak
hanya diberi kemahiran-kemahiran dunia, tetapi diajar juga seni-seni akhirat
sana.
Kesannya,
Sultan Muhammad membesar dengan cita-cita yang besar. Beliau telah menjadi
orang yang merealisasikan sabda Rasul s.a.w.
Beliau
membesar dalam keadaan menjaga hak dunia dan akhiratnya. Bahkan,
tentera-tenteranya juga adalah yang menjaga dunia dan akhirat mereka.
Beliau
dengan pelbagai perancangan dan strategi telah berjaya menembusi Kota
Konstantinopel. Usaha-usaha mereka itu luar biasa sekali. Mana mungkin orang
pernah terfikir untuk mengangkat kapal merentasi bukit hanya dalam satu malam
semata-mata untuk menempuh selat yang tekah dihalang dengan rantai besi itu.
Tetapi, itulah kedahsyatan iman Sultan Muhammad dan tentera-tenteranya.
PENUTUP : ANJAKLAH DIRI SETINGGI MEREKA
Kalau
Sultan Muhammad yang kecilnya dahulu adalah anak yang degil, tetapi mampu
membesar menjadi seorang pemimpin yang hebat, kita kenapa tidak?
Cuma yang
tinggal pada sekarang kita hanyalah usaha.
Usaha
membaiki diri.
Usaha
menambah kemahiran-kemahiran pada diri.
Usaha
untuk disiplin dalam menjaga kualiti ibadah.
Usaha
untuk memelihara hubungan dengan Allah.
Kita
tahu, tetapi belum menterjemahkan semua yang kita TAHU itu kepada MAHU.
Yang
mahukan syurga adalah yang benar-benar berusaha. Bagaimana berusaha, maka
lihatlah pada generasi Al-Fateh itu.
Bukan
disuruh mengangkat kapal merentasi bukit. Tidak. Bukan itu yang perlu kita
lakukan.
Bukan
juga disuruh pergi menawan satu lagi kota. Tidak. Bukan itu juga.
Tetapi,
berusahalah sehingga tahap kesungguhan yang begitu. Barulah mampu untuk kita
menjadi seperti mereka.
Anjaklah diri menjadi setinggi mereka, barulah
layak bermimpikan syurga!
Sumber: Langitilahi.com
Sumber: Langitilahi.com
13 December 2011
Meratib Janji | Sajak
Tuesday, December 13, 2011
Unknown
Getar bibir dijentik rusuhberakar dari hati yang terturisoleh belati beracun keinsafandan carikan noda bercemperamenghambat kelekaan; keasyikan lalu.Detik masa memimpin janjitiada lagi ruang kelalaiandi celah-celah keberahianlalu beratur alunan penyesalandari gua mulut ke gapura hatibersama meruntun kasih Ilahi.Ratib pun menjadi saksiseleret janji yang menyempadanisebuah perjanjian dan persefahamanantara insan –– Tuhan.
Khalil Zaini
Pantai Dalam, KL
Tunas Cipta,
Oktober 2011.
09 December 2011
Kini Kembali Bersama
Friday, December 09, 2011
Unknown
Assalamulaikum dan Selamat pagi jumaat semua.
Sudah agak lama tidak saya coretkan idea dan pandangan di laman ini (Lebih kurang 3 minggu). Kesebokan urusan di alam nyata lebih daripada memperuntukan masa di alam maya. Kadang kala hanya seketika dapat bersama disini.
Isya-Allah saya akan cuba sebaik mungkin akan terus menyampaikan curahan idea dan coretan madah yang bermanfaat kepada anda semua.
Abdul Manan bin Abdullah,
www.mananqayyim.com
Sudah agak lama tidak saya coretkan idea dan pandangan di laman ini (Lebih kurang 3 minggu). Kesebokan urusan di alam nyata lebih daripada memperuntukan masa di alam maya. Kadang kala hanya seketika dapat bersama disini.
Isya-Allah saya akan cuba sebaik mungkin akan terus menyampaikan curahan idea dan coretan madah yang bermanfaat kepada anda semua.
Abdul Manan bin Abdullah,
www.mananqayyim.com
17 November 2011
Selamat Datang Kepada Mahasiswa Baru
Thursday, November 17, 2011
Unknown
Semalam merupaka kemasukan pelajar baru ke UiTM. Daripada MananQayyim.com ingin mengucapkan selamat datang kepada mereka yang berjaya melayakan diri untuk menyambung pengajian mereka di UiTM, terutamanya UiTM kedah.
Mengikut maklumat yang MQ merolehi, seramai 1100++ lebih pelajar yang telah mendaftar di UiTM Kedah untuk sesi kali ini. Banyak kan? Sampaikan Pembantu Mahasiswa (PM) tak cukup tangan. Mengikut maklumat awal tidak samapi 1000 orang yang akan mendaftar, dalam lingkungan ratus-ratus macam tu je. tapi sekarang telah melebihi angaran mereka.
Kepada adikku yang baru, ingatlah pesanan dan harapan Mak Ayah adik dan jangan hampakan harapan mereka.
Akhir kata, Jom kita dengar lagu ni....
Mengikut maklumat yang MQ merolehi, seramai 1100++ lebih pelajar yang telah mendaftar di UiTM Kedah untuk sesi kali ini. Banyak kan? Sampaikan Pembantu Mahasiswa (PM) tak cukup tangan. Mengikut maklumat awal tidak samapi 1000 orang yang akan mendaftar, dalam lingkungan ratus-ratus macam tu je. tapi sekarang telah melebihi angaran mereka.
Kepada adikku yang baru, ingatlah pesanan dan harapan Mak Ayah adik dan jangan hampakan harapan mereka.
Akhir kata, Jom kita dengar lagu ni....
Wasalam.
ManaQayyim.com
11 November 2011
Tarikh 11/11/11 dan Misteri disebaliknya.
Friday, November 11, 2011
Unknown
Assalamulaikum dan apa khabar semua yang sedangan membaca coretan saya kali ini.
Berbalik kepeda tajuk diatas. Mungkin ada yang menyoalkan apakah misteri 11/11/11 ni? Bagi saya yang kurang arif ini, tidak ada yang misteri tarikh ini melainkan ia jatuh pada hari jumaat.
Mengikut maklumat daripada seorang sahabat blogger, ramai orang sangat taksub dengan tarikh ini. Ada yang melakukan majlis perkahwinan, pertunangan dan sebagainya.(merujuk pada blog beliau). Tidak kurang juga ada yang membuat kenyataan konspirasi. Sama ada betul atau tidak, hanya Allah yang lebih mengetahui.
Akhirnya, saya ingin berkongsi sedikit, apa yang saya dapat daripada blog seorang motivator iaitu sepotong hadis yang boleh membuat kita muhasabah kembali apakah misteri pada hari ini. Hadis di ambil dari Sunan Abi Daud, jilid pertama (hadith ke 1046) buat tatapan kita semua.
Wassalam.
Rujukan hadis dari : www.zainalrashid.com
Untuk pengetahuan semua, saya dalam proses untuk menyusun atur kembali blog ini. Supaya kelihatan teratur dan mudah untuk di layari. Oleh itu saya ingin memohon kemaafan andai ada link2 (URL) dalam blog ini tidak berfungsi terutamanya di Tab Menu Utama (atas ni).
Berbalik kepeda tajuk diatas. Mungkin ada yang menyoalkan apakah misteri 11/11/11 ni? Bagi saya yang kurang arif ini, tidak ada yang misteri tarikh ini melainkan ia jatuh pada hari jumaat.
Mengikut maklumat daripada seorang sahabat blogger, ramai orang sangat taksub dengan tarikh ini. Ada yang melakukan majlis perkahwinan, pertunangan dan sebagainya.(merujuk pada blog beliau). Tidak kurang juga ada yang membuat kenyataan konspirasi. Sama ada betul atau tidak, hanya Allah yang lebih mengetahui.
Akhirnya, saya ingin berkongsi sedikit, apa yang saya dapat daripada blog seorang motivator iaitu sepotong hadis yang boleh membuat kita muhasabah kembali apakah misteri pada hari ini. Hadis di ambil dari Sunan Abi Daud, jilid pertama (hadith ke 1046) buat tatapan kita semua.
Tiada yang lebih misteri pada hari ini melainkan hari JUMAAT itu sendiri. Ayuh, kawan2 kita banyakan amalan sunat pada hari ini.Maksud: Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu baginda diturunkan ke bumi, dan pada hari itu taubatnya diterima, dan pada hari itu baginda mati. Dan pada hari itu pula terjadinya hari Kiamat. Tiada satu pun haiwan melata kecuali menunggu hari Kiamat pada setiap hari Jumaat, semenjak pagi sehingga terbenam matahari, kerana takut pada hari Kiamat, kecuali jin dan manusia. (Disahkan oleh al-Albani)
Wassalam.
Rujukan hadis dari : www.zainalrashid.com
09 November 2011
Redha Dengan Qadar | Imam Shafie
Wednesday, November 09, 2011
Unknown
Biarkan masa melakukan apa yang ia mahutenang dan redhalah apabila qadha’ itu berlakuJanganlah bersedih dengan musibah yang berlakutiada musibah dunia yang kekalJadilah dalam menghadapi malapetaka lelaki yang cekaldan akhlakmu adalah berlapang dada dan kesetiaanRezekimu tidak akan kurang kerana kesabarandan tidak bertambah kerana kesedihanSesiapa yang kematian turun di halamannyamaka tidak ada bumi atau langit yang dapat melindunginyaBumi Allah adalah luas, tetapiapabila turun qadha’, ruangnya menjadi sempit sekaliBiarkanlah masa mengkhianati segala kebaikantiada ubat yang dapat menghalang kematian
MQ : Karya Imam al-Shafie ini menyingkap makna disebalik "Qadar" . Siapalah saya, insan biasa ingin mengulas panjang karya Imam tersohor ini.-Imam al-Shafie
Cuma sekadar peringatan daripada saya untuk teman-teman dan sahabat sekalian serta untuk diri saya sendiri. Sebelum ini saya ada terbaca di Facebook rakan saya yang menghadapi dugaan. Sehinggakan kalimah sabar sukar untuk dihadamkan dalam dirinya. Walau mudah diungkapkan. Tidak kurang juga ada yang meluahkannya kepada saya sendiri. Saya hanya mampu memberi motivasi dan kadang-kala hanya berdiam diri.
Untuk itu teman, hanyatila puisi ini. Agar setitis embun sabar membasahi dirimu dan secuit api pedoman dapat membangkitkan semangatmu untuk terus berjuang.
Wassalam.
Abdul Manan bin Abdullah
www.mananqayyim.com
06 November 2011
Kisah Pengorbanan Siti Hajar Ketika Mencari Air Di Padang Pasir
Sunday, November 06, 2011
Unknown
NABI Ibrahim dan Siti Sarah sudah lama berumah tangga, namun tidak dikurniakan zuriat. Siti Sarah mencadangkan supaya Nabi Ibrahim berkahwin seorang lagi dan merestui Siti Hajar menjadi madunya.
Pada mulanya, Nabi Ibrahim keberatan kerana cintanya terhadap Siti Sarah tidak luntur. Namun, Siti Sarah berkeras dan akhirnya, Nabi Ibrahim bersetuju memperisterikan Siti Hajar.
Apabila Siti Hajar hamil, Nabi Ibrahim amat gembira dan mengharapkan Siti Sarah turut berasa gembira. Namun, berita kehamilan Siti Hajar itu membuatkan madunya cemburu.
Kian hari, rasa cemburunya kian menebal, terutama selepas kelahiran Ismail hingga Siti Sarah mendesak suaminya membawa Siti Hajar dan anaknya jauh dari tempat itu.
Nabi Ibrahim dan Siti Hajar serta anak mereka lantas menuju ke Baitul Haram.
Siti Hajar adalah lambang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah. Segala kesukaran, kepahitan, keresahan yang ditempuh Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.
Inilah iktibar kisah daripada al-Quran yang menggambarkan seorang isteri contoh yang menjadi lambang kewanitaan sejati. Kalau wanita Islam hari ini bersemangat kental seperti Siti Hajar, tentulah mereka akan sentiasa bahagia dan tidak akan mengenakan sekatan tertentu terhadap suami.
Contoh yang ditunjukkan oleh Siti Hajar, yang sanggup menempuh pelbagai kesusahan hidup semata-mata kerana taatkan perintah Allah dan suaminya, tidak syak lagi suatu contoh cukup baik untuk diteladani.
Kisah ketabahan Siti Hajar, turut mempunyai kaitan dan falsafah penting ketika umat Islam menunaikan ibadat haji sekarang. Sebab itulah bagi jemaah yang berada di tanah suci, sama ada ketika mengerjakan umrah atau haji, mereka difardu atau dirukunkan selepas tawaf di Batitullah al-Haram, menunaikan sai iaitu berulang alik dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh kali. Ia bertujuan mengingati kembali falsafah penderitaan yang ditanggung Siti Hajar itu.
Berikut adalah sebahagian kisah pengorbanan Siti Hajar.
Dalam bahang terik mata hari di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim, menunggang unta bersama Siti Hajar. Perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.
Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Selepas kira-kira enam bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah.
Nabi Ibrahim memilih sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.
Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikit pun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara memberitahu isterinya mengenai perintah Allah itu. Sepanjang perjalanan lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.
Selepas Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim bersiap sedia untuk pergi. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas-gegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu:
“Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?”
Tanpa memandang wajah isterinya, Nabi Ibrahim hanya mampu menganggukkan kepala. “Oh… kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tidak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini.”
Nabi Ibrahim menjawab: “Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu…”
Siti Hajar bertanya lagi: “Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini… Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?”
Kepiluan dan kesedihan Nabi Ibrahim, hanya Allah yang tahu. Katanya: “Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku… ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah.”
Apabila disebut perintah Allah, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintah Allah, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ.
Siti Hajar sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Namun hatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu? Ketika gelodak hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatu masa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah.
Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan Allah, dengan menegakkan agama-Nya, perlukan pengorbanan. Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata kepada suaminya: “Jika benar ia adalah perintah Allah, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda ditinggalkan.” Suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya.
Ditabahkan hatinya dengan berkata: “Mengenai keselamatan kami, serahkanlah urusan itu kepada Allah. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini.”
Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta reda di atas segala perbuatannya selama mereka bersama. “Doakanlah agar datang pembelaan Allah kepada kami,” kata Siti Hajar.
Nabi Ibrahim terharu dan bersyukur. Isterinya, Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa: “Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu.”
Menitis air matanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami mana yang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulan perjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan padu pada janji Allah, ditunaikan juga perintah Allah walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar.
Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim terus meninggalkan tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah. Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku.
Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga kering sama sekali.
Anaknya Ismail menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu?
Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari ke arah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana.
Namun Siti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain, dia ternampak seolah-olah di tempat di mana anaknya diletakkan memancar sumber mata air.
Dia pun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah fatamorgana. Tanpa disedari dia berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa dan Marwa untuk mencari sumber air.
Tubuhnya keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Sedangkan anak yang kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Tiba-tiba dengan rahmat Allah, sedang Siti Hajar mencari-cari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail.
Pada waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, “Zami, zami, zami..” yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, “Berkumpullah untuk anakku.”
Selepas peristiwa itu, kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Makkah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Makkah menjadi tumpuan manusia.
Credit to : Halaqah.net
Credit to : Halaqah.net