Kuala Lumpur

Sebuah sajak nukilan Manan Qayyim

Hari esok Untuk Islam

Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi.....

Ketika Siti Hajar Mencari Air Untuk Anaknya

... Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.

Tips berBlog untuk Para Blogger

Perkembangan blog pada hari ini semakin bertambah banyak hari demi hari, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Proses membuat satu blog bergitu mudah berbanding website.....

Jangan Promosi Dosa di Facebook dan Blog

Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak...

23 November 2010

Kamu kena ambil suntikan BOTOX?

Hari ini tibalah masanya aku kena jumpa dokter setelah lebih sebulan lalu aku buat pemereksaan darah dan air kencing. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa masalah aku kan?. dah nak dekat setahun jugak lah aku kena. Aku tak bagi tahu la dekat kawan-kawan semuanya, mungkin segelintir je yang tahu. Tapi kali ini aku memberanikan diri untuk membuat penjelasan berani mati (nampak macam bagus je kan) di alam maya ini untuk aku ceritakan masalah sebenar aku kerana ada kisah ingin aku kongsikan. Selalu juga member2 yang rapat dengan aku bagi tahu, orang selalu tanya pasal aku. Ya la.. mana tak nya aku ambil cuti khas satu semesta.  Jadi kat U tidak kelihatan la muka aku ni.(hihihih) Tak kurang juga yang tanya aku kat Facebook. 

Aku disahkan oleh dokter 4 bulan yang lalu mengalami masalah Writer's Cramp (penyakit berkaitan masalah saraf ). Penyakit ini jarang-jarang orang kena. Ia merupakan satu simptom yang menunjukan seseorang itu sukar untuk membuat sesuatu perkerjaan seperti menulis dan main alat musik. Aku tergolong antara orang yang sukar untuk menulis. Kadang-kadang membuatkan aku rasa kaku apabila hendak menulis. Masalah ini mula terjadi apabila tulisan aku mula berubah dan orang susah nak faham apa yang aku tulis. Aku ingatkan ini merupakan masalah biasa. Ada juga lecturer yang nasihatkan aku supaya jumpa dokter. Tapi aku tak ambil kisah pun, sebab ingatkan masalah biasa. Akhirnya cuti semesta lepas aku buat juga pemereksaan dokter.

Hasil pemereksaan dokter menunjukan aku mengalami writer's cramp peringkat awal. Aku tetap mencuba untuk meneruskan semesta kali ini, tapi aku tidak mampu. Jadi aku mengambil keputusan mengambil cuti khas setelah mendapat nasihat daripada Tim. Pengarah ,koordinator program dan beberapa orang lecturer.Sepanjang aku cuti ni ada juga buat rawatan secara tradisional. Namun tidak menunjukan perubahan yang ketara. Dokter pun tidak menyarankan aku mengambil ubat kerana takut kesan sampingan daripadanya.


Nasibku lebih baik daripada Mereka

Pagi tadi merupakan temu janji aku dengan dokter. Setibanya aku di kaunter aku melihat ramai orang. Aku mengambil nombor dan menunggu giliran. Sementara menunggu giliran berjumpa dokter, bermacam ragam dan kelakuan aku dipertontonkan oleh mereka yang lebih menderita daripadaku. Ada yang datang berkerusi roda, bertongkat, dan lebih menyetuh hati ada perlu dipimpin dan dipapah untuk berjumpa dokter. Di satu sudut kelihatan remaja lelaki yang meragam dan minta di urut oleh ayahnya. Mungkin kerana kesakitan yang dialami. Dari situ aku mula berfikir, aku masih bernasib baik kerana baru sedikit diuji oleh Allah dengan ujian tidak mampu menulis dengan baik. Bagaimana Mereka? Sebelum ini selalu terlintas di hati kecilku " mengapa semua terjadi padaku". Aku hanya insan biasa, kekadang alpa dan lalai tentang nikmat daripada-Nya. "Jika kalian menghitung nikmat Allah, Kalian tidak akan mampu melakukannya" (surah Ibrahim: 34). Begitulah firman Allah, kesihatan dan segala nikmat yang ada datang daripada-Nya. Ku mohon padaMu ya Allah agar engkau dapat memberi nikmat itu kepadaku.
"Dia telah mencurahkan nikmat-Nya kepadamu baik yang terlihat mahupun yang tidak terlihat" (Luqman: 20).

Aku disarankan ambil suntikan BoToX 

Setelah lama menunggu, kini tiba giliran aku. Kali ini aku jumpa dokter yang lain bukan yang dulu. "bagaimana keadan sekarang?" tanya dokter pakar tu kepada aku. Aku tidak mampu memberi jawapan yang pasti kerana tidak banyak perubahan terhadap diriku. Sekian lama sesi kaunseling dijalankan akhirnya dokter tu pergi berbincang dengan dokter pakar yang lain ( Sifu kepada dokter tu kot). Apa tindakan seterusnya padaku. Aku curi2 dengar perbualan mereka dalam bahasa Inggeris. Kemudia sifu dokter tu pula cek aku. Dalam perbualan mereka aku terdengar perkataan "injection" dan "botox" . "Ha.. mereka nak buat botox pada aku ke? oh.. tidak!!!!! " bisik hati kecilku yang gusar. 

Kemudian barulah dokter tu memberi penjelasan padaku. Aku disarankan ambil suntikan botox untuk melembutkan urat sarafku. "Nak tak?'' tanya dokter. Aku yang masih kebimbangan hanya mampu katakan "YA'" walaupun riak wajahku tak pasti. Dokter persis memahamiku, diterangkan ini bukannya botox untuk bagi muka cantik tu, hanya sekadar untuk melembutkan urat seraf yang tegang. Nurse kat situ pon tergelak dan menyokong kata2 dokter. dan akhirnya temu janji seturusnya akan dilakukan setelah suntukan botox diberikan. Untuk suntikan botox ini juga tunggu selepas mereka memberitahu padaku nanti.
*dokter : Cina , Sifu dokter : india , Nurse : Malayu

Namun sempai sekarang aku masih bimbang akan suntikan botox yang bakal diberikan padaku. Boleh atau Tidak dalam ISLAM? untuk pengetahuan suntikan tu namanya "Dysport". Aku masih binggung. Bantulah aku ya Allah.

21 November 2010

Satu Amanah - Hijjaz

play music


Tajuk Nasyid : Satu Amanah
Artis : Hijjaz
Album : Permata Hijjaz 1431

Dengan Bismillah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya

“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”

“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..” 

 lirik dari : Lirik Nasyid

16 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha 2010

Selamat menyambut HaRi RaYa AidilAdha buat muslim dan muslima yang berada diseluruh dunia khusunya kepada mereka yang tengah baca entry kali ini. Kepada mereka yang pulang ke kampung halaman, hati-hati di jalan raya. Maklumlah bila tiba musim perayaan banyak belaku kemalangan.

Kepada mereka yang menjalani ibadah korban esok. Selamat menjalani ibadah korban. Ibadah korban merupakan salah satu ibadah yang dilakukan pada bulan zulhijjah selain menunaikan haji dan berpuasa sunat. Istimewanya mereka yang melakukan korban antaranya ialah haiwan yang dikorbankan itu akan menjadi binatang tunggangan tuan yang melakukan korban pada hari kiamat kelak. Insyallah emak dan ayah saya akan menjalankan ibadah korban esok.
Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)
Sebuah hadis menyebut  :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan ) 
dipetik dari blog ustaz zaharuddin

 

11 November 2010

Gunung Merapi Amaran Allah

Merapi Masih berbahaya. Walaupun Gunung Merapi telah meletus dengan dahsyat pada 5 November lalu lalu dan merupakan letusan terbesar dalam abad ini, gunung berapi itu diramalkan masih menyimpan tenaga yang besar.
Pengarah Jabatan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, R Sukhyar berkata, andaian itu dibuat berdasarkan letusan gunung berkenaan berlaku tanpa henti sejak 3 November lalu.

“Sejak 3 November lalu sampai sekarang Merapi telah meletus tanpa henti, itu bererti tenaga yang tersimpan masih besar,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, tenaga yang dilepaskan oleh Gunung Merapi sejak letusan dari 3 hingga 7 November lalu masih berterusan hingga sekarang bahkan lebih besar berbanding letusan pertama pada 26 Oktober.

“Kami tidak dapat menjangka bila tenaga itu akan habis, sehinggalah Gunung Merapi tidak lagi meletus,” katanya.

Namun, kata Sukhyar, zon keselamatan di lingkungan Gunung Merapi masih ditetapkan sekitar 20 kilometer dari puncak gunung.

Penetapan radius keselamatan itu, kata beliau, dibuat berdasarkan data-data sejarah letusan Gunung Merapi, khususnya jarak luncur awan panas.

“Berdasarkan fakta sejarah, jarak luncur awan panas Merapi tidak pernah lebih daripada 15 kilometer, iaitu hanya sekitar antara 12 hingga 13 kilometer, " katanya.

Kawah berdiameter 400 meter yang telah terbentuk di puncak gunung ini lebih terbuka ke selatan atau mengarah ke hulu Kali Gendol, sehingga awan panas yang diluncur Merapi akan mengarah ke sungai tersebut.
Sementara itu, awal pagi ini dilaporkan Merapi terus meletus dan membentuk awan panas setinggi kira-kira 5,000 meter.

Petugas pemantau gunung berkenaan melaporkan bunyi menggelegak dari perut Merapi masih kedengaran.
Setakat ini 135 orang telah terkorban sejak Merapi meletus pada 26 Oktober lalu dan jumlah itu akan terus meningkat kerana masih banyak mayat yang tidak dapat dibawa keluar kerana letusan berterusan.
Dilaporkan dua anggota sukarelawan masih hilang dalam letusan Jumaat lalu.

Jumlah penduduk yang dipindah ke pusat-pusat pemindahan kini mencecah hampir 300,000 orang.
Selepas letusan kuat Jumaat lalu ramai penduduk mulai meninggalkan kediaman mereka di sekitar Gunung Merapi dan televisyen tempatan turut menayangkan anggota komando dikerah ke kampung-kampung terbabit bagi memaksa penduduk yang masih berdegil supaya berpindah.

Merapi telah memuntahkan kira-kira 100 juta meter padu material. – Utusan

Daripada BORHAN ABU SAMAH
borhan.samah@utusan.com.my



 









** marilah kita muhasabah kembali akan segala kejadian yang berlaku. Sebagai pedoman hidup kita dalam meniti perjalanan yang semakin singkat. Ingat!! hari demi hari usia kita semakin tua. Begitu jugalah usia bumi ini. Kalau zaman rasulullah dan para sahabat usia bumi digambarkan seperti nenek tua yang sudah bongkong. Bagaimanakah sekarang? Fikir-fikirkanlah

original post : http://www.utusan.com.my
photo collection from my sister

09 November 2010

Al-Kisah si Penggunting Rambut

Kedai GUNTING RAMBUT. Post aku kali ni nak di kisahkan pasal si tukang gunting rambut. Kebiasaan kita lihat dimana-mana, tidak kisah dicorak mana, kawasan bandar atau kampung di Melaysia, terutamanya kawasan semenanjung tukang gunting rambut selalunya  orang India, tak pon orang Cina. Jarang-jarang aku tengok orang melayu. Tapi ada la juga kan. Bak kata seniman  P.Ramli "jarang-jarang, kadang-kadang"

Senario di Kedah pula, kira-kira dalam kawasan Merbok,Sungai Petani  kebanyakan kedai gunting ni milik orang Cina tak pun orang India. Ada jugak la kedai Melayu, sebab aku selalu gunting kat brother ni. Kalau tak silap kedai nama kedai dia KEDAI GUNTING AZIM. Smart la dia gunting , aku suka cara dia. Aku bukan nak beza-bezakan sangat pasal kaum ni nanti tibul krisis kaum pula. Fenomena ni menunjukan orang Melayu kurang ceburi jenis perniagaan macam ni. Ini kan merupakan satu fardu kifayah.

Lebih  menyedihkan aku lagi apabila ada kedai gunting milik orang Cina ni berani buat kempen dan promosi dengan mengistilahkan kedai mereka "Kedai Gunting Muslimah". Mungkin ini satu strategi perniagaan. Aku cuba tengok2 dari luar kedai mereka ni. Kebanyakan pekeja dia orang Cina. Jadi macam mana yang dikatakan "MUSLIMAH". Kan orang perempuan dengan orang bukan islam sama aurat mereka ketika bertemu dengan lelaki islam (tutup semua kecuali Muka dan Tapak Tangan) walau orang bukan islam itu perempuan. Inikah yang dinamakan MUSLIMAH?

Sebenarnya aku bukan nak citer pajang lebar pasal tukang gunting ni. yang membuatkan aku tertarik nak tulis pasal tukang Gunting sebab aku tertarik dengan seorang tukang Gunting muslim ni. nak tahu kenapa?


Tukang Gunting bersama Bismillahnya.

Kalau aku balik Selangor, kebiasaannya kalau aku nak gunting rambut selalunya dekat India kat belakang umah aku atau pun kat Cina belakang rumah aku ni. Tapi satu hari ni, aku cita la dekat abang ipar aku, yang aku suka gunting rambut dekat KEDAI GUNTING AZIM (Kedah) tu. Lepas tu dia pulak citer yang ade kedai Melayu dekat area rumah aku tu. Aku terperanjat jugak, ade ke ?  sebelum ni tak penah tahu pun. Menariknya, si tukang gunting ni salalu mulakan dengan Bismillah apabila dia nak mula gunting rambut pelangan. Abg Ipar aku penah gunting kat sini, watuk dia sampai Si Tukang Gunting ni baru lepas selesai solat. Ni yang membuatkan aku tertarik. Macam tak percaya pun ada jugak. Aku nak test, sama ada betul atau tidak.

Alhamdulillah, semalam aku berkesempatan gunting rambut dekat tepat yang diceritakan tadi. Sampai-sampai je.. wah, ramai gila orang!!!. tapi situasi ini tak mematahkan semangat aku. Aku tetap menunggu. Ada juga lebih kurang 5 orang termasuk aku. Sorang tengah gunting rambut yang lain duduk menunggu. Si Tukang Gunting ni sorang je, maklumlah kedai kecik. Tunggu punya tunggu, tiba-tiba jumpa kawan lama aku masa sekolah rendah. Seingat aku lama juga tak jumpa dia. Lebih 6 tahun. Dia pun nak gunting rambut.

Nak dekat satu jam jugak menunggu. Sapai giliran brother sebelum aku. Dia tanya si Tukang Gunting ni " Abang muka nampak penat je, tak rehat ke?". Jawab si Tukang Gunting " tak la, belum makan je lagi sebab lepas solat tadi terus gunting rambut". "Kesiannya dia" , bisik hati kecilku (lebih kurang macam tu la perbulan mereka)......baik sungguh budi perketi dia, sanggup tak makan demi hati menjaga pelanggan dan mencari rezeki. Cuba bayangkan untung tak untung dia nih. waktu malam tu je ada lebih kurang 7 orang gunting kat kedai dia. Seorang RM 8. 7 Orang barape? kira la sendiri.

Kini tiba giliran aku pula, si Tukang Guntung tanya " nak gunting macam mana". Pastu aku bagi tahu la macam mana yang aku nak. "Bismillah .......... " kudengar suara keluar dari mulut si Tikang Gunting ni. tak la kuat pun tapi aku masih bisa dengar bisikan bismillah dia tu. Selesai gunting rambut, aku rasa puas sangat. Alhamdulillah, aku suka potongan si Tukang Gunting rambut ni.

Kesimpulan

Lihat la bertapa hebatnya kuasa bismillah. Apabila kita baca bismillah automatik niat kita akan set kerana allah kan? Tatkala kita sering ingat pada Allah dia pasti ada disisi kita, membantu kita apabila kita memohan daripada-Nya ketika susah atau pun senang. Rezeki pun bertambah-tambah.

Dulu pun mesti anda pernah dengar kisah pasangan suami isteri, yang isterinya selalu baca bismillah. Ini menunjukan betapa hebatnya bismillah.

"the Power of Bismillah"

Abdul Manan
www.mananqayyim.com
09 Oktober 2010

05 November 2010

RAHSIA ALAM

Tajuk : RAHSIA ALAM
Nukilan Sahabat : Ben Panglima

Indahnya suasana aman sentosa,
Berkicauan burung menghiasi pawana,
Berdesiran angin membawa khabar berita,
Seolah – olah menentu hari muka,

Sayunya hatiku memikir oh apalah,
Bisikan alam tersirat seribu makna,
Tiap ketika cuba merungkai segala,
Rahsia di sebalik alam ciptaan-Nya,

**Kini ku sedari akan kehebatan-Nya,
Juga ku rasai akan kewujudan-Nya,
Bila ku singkap kembali segala yang tercipta,
Betapa diriku kerdil tidak terdaya,

Menghina, mencaci, mencela menjadi amalan,
Nikmat yang Kau beri tidak aku sungguh pergunakan,
Menzalimi diri, menjahil tidak menginsafi,
Dengan kesenangan, kurnia yang Kau beri,

Jika dapat ku rasakan dakapan kasih-Mu,
Betapa syukur ku menjadi milik-Mu,
Andai keampunan tidak lagi ada buatku,
Tersungkur hati kerna hina menghadap-Mu,
Ya Allah…

Ulang **

Benarlah segala apa yang diciptakan,
Punyai tujuan juga tugas sendiri,
Membicarakan akan setiap suruhan,
Allahurabbuna ya Rabbul ‘izzati,

Rahsia alam ini jelas membenarkan,
Membuktikan…Kebenaran… 



Lirik lagu ini dicipta khas untuk kumpulan VOV

01 November 2010

Doa Ketika Wuduk : antara setiap pergerakan

Kebetulah pagi tadi aku pegi surau dekat the Mall. Dapat la doa nie. Nak share la dengan sapa2 yang nak. dula ada dengar juga pasal doa ni. tapi dengar camtu je la. Akhir aku jumpa jaga kembali  doa ni. Alhamdulillah. Marilah kita beramal bersama-sama.....

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
" Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka. berniatlah kamu dengan,
" Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan. berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

4.Ketika membasuh tangan kiri. berniatlah kamu dengan
" Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.

5. Ketika membasuh kepala. berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu"
Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejenkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga. berniatlah kamu dengan,
" Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Perjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah , lagu2 berunsur maksiat.

7. Ketika membasuh kaki kanan. berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintas titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri. berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Moga-moga dapatlah kita beramal bersama-sama doa ini. Insyallah..

Sumber : Ariket di surau The Mall, KL