Assalamualaikum.
Saban tahun umat islam menyambut tarikh keramat ini. Iaitu kelahiran seorang insan yang membawa rahmat kepada seluruh pelusuk bumi. Tanggal 12 Rabiulawal kelander Hijrah, laungan salawat pasti akan kedengaran. Tahun ini jatuh pada hari Ahad yang lalu bersamaan 5 Feb 2012.
Inisiatif Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM kedah bersama pihak pengurusan telah berjayakan melaksanakan perarakan sempena Maulidur Rasul pada hari ini 7 Feb 2012. Semoga dengan usaha ini dapat membangkitkan semarak CINTA mahasiswa dan warga UiTM Kedah kepada baginda Rasulullah S.A.W. Tahniah, diucapakan kepada para pemenang !!!
kalah atau menang bukan menjadi ukuran. Tetapi yang sebenarnya, adakah kita sebagai umat Islam, khasnya Umat Nabi Muhammad S.A.W. menghayati sejarah kehidupan Baginda? Berapa banyak kita bersalawat kepada Rasulullah dalam kehidupan seharian kita? Janganlah kita menjadi orang yang sombong, sedangkan Allah dan para Malaikat juga berselawat keatas Nabi. Hal ini dijelaskan dalam surah al-Ahzab, ayat 56 yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah Swt dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi SAW. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”
Catatan ini menjadi peringatan buat saya juga teman-teman yang membaca.
Semoga kita terus berselawat memperingati junjungan mulia S.A.W , moga-moga kita akan mendapat syafaat daripada Baginda di Akhirat kelak. Jangan kita hentikan alunan itu, apabila berakhiran perarakan ini.
Tarikh 12 Rabiulawal ini tidak bermakna jika tidak diselitkan dengan memori dan teladan didalamnya.
Wassalam.