Hari esok Untuk Islam
Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi.....
Ketika Siti Hajar Mencari Air Untuk Anaknya
... Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.
Tips berBlog untuk Para Blogger
Perkembangan blog pada hari ini semakin bertambah banyak hari demi hari, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Proses membuat satu blog bergitu mudah berbanding website.....
Jangan Promosi Dosa di Facebook dan Blog
Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak...
26 October 2011
Wordless Wednesday #4: Aku Ingin Menjadi Tetamu Mu Suatu Hari Nanti
Wednesday, October 26, 2011
Unknown
25 October 2011
Hukum Mengucapkan "Selamat Hari Deepavali" dan Menyambut Deepavali bagi Umat Islam
Tuesday, October 25, 2011
Unknown
Oleh: Ustaz Shauqi
Memandangkan masyarakat Malaysia merupakan masyarakat majmuk, maka ada orang bertanya tentang keharusan umat Islam menyambut Deepavali. Persoalannya ialah adakah umat Islam dibenarkan untuk turut sama merayakan perayaan bukan Islam?. Perayaan yang berbentuk budaya tidaklah menjadi suatu masalah, akan tetapi bagaimanakah pula sambutan perayaan yang berbentuk agama, adakah ia wajar disambut oleh masyarakat Islam? Setiap individu muslim sepatutnya meneliti persoalan ini dengan berhati-hati berlandaskan hukum syara’ agar akidah terpelihara, dan dalam masa yang sama hubungan di antara masyarakat Islam dan bukan Islam tetap menjadi erat.
Perayaan dalam Islam merupakan satu ibadah. Ia bukan merupakan adat dan budaya. Ibadah bermaksud pengabdian diri kepada Allah semata-mata. Ibadah dilakukan sebagai lambang ketaatan kepada Allah. Justeru, Rasulullah saw melarang golongan Ansar merayakan perayaan Jahiliyyah yang sudah sedia diamalkan oleh masyarakat Madinah sebelum kedatangan Islam. Sabda Rasulullah bermaksud:“Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya(hari raya) iaitu hari raya Adha dan hari raya al-Fitri.” (Hadis riwayat Abu Dawud 1134, Nasaei 1556 dan Ahmad 1241).
Hadis nabi ini menegaskan dua perkara iaitu pertamanya; haram menyambut perayaan agama lain. Keduanya; Islam telah memberikan dua perayaan yang jauh lebih baik daripada perayaan Jahiliyyah iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.
Syeikhul Islam Ibnu Taymiyyah dan anak muridnya Ibnu Qayyim bersikap amat tegas dalam persoalan ini iaitu mereka melarang keras umat Islam daripada terlibat dan turut serta dalam sebarang perayaan kaum musyrikin dan ahli kitab. Ibn Taymiyyah juga menegaskan bahawa perayaan adalah satu syariat. Kata Ibn Taimiyyah: “perayaan merupakan sebahagian daripada syariat, manhaj dan ibadah yang disebut oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud: ‘setiap umat Kami jadikan jalan ibadah yang mereka jalani’ (Rujuk Iqtidha’ al-Sirat al-Mustaqim juz 1, hlm. 207 )
Perayaan-perayaan agama bukan aktiviti sosial semata-mata. Perayaan agama merupakan syiar bagi sesebuah agama tersebut. Ia merupakan salah satu ciri istimewa yang ada pada setiap agama. Justeru, Rasulullah menegaskan kepada Saidina Abu Bakar dengan sabda baginda yang bermaksud: “Wahai Abu Bakar! Sesungguhnya bagi setiap kaum itu ada hari perayaan. Dan ini merupakan hari perayaan kita.” (Hadis Bukhari 952 dan Muslim 892).
Muhammad Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli majlis fatwa kerajaan Arab Saudi serta beberapa ulama kerajaan Arab Saudi yang lain pula berpendapat bahawa hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti pada hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam.
Hujah yang dikemukakan oleh mereka ialah hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam diperintahkan agar tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka dia daripada golongan mereka - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).Hujah mereka yang seterusnya ialah berdasarkan satu kaedah di dalam Islam iaitu ‘redha dengan kekufuran adalah kufur’. Justeru, turut serta berhari raya dengan kaum bukan Islam, serta mengucap tahniah dan selamat Hari Raya kepada mereka, adalah antara tanda kerelaan hati terhadap kekufuran seseorang.
Setiap perkara ibadah tidak boleh dikongsi dengan bukan Islam
Setiap perkara ibadah tidak boleh dikongsi dengan bukan Islam. Ini ditegaskan oleh firman Allah dalam surah al-Kafirun yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad). Wahai orang kafir! Aku tidak beribadah (mengabdikan diri) pada apa yang kamu abdikan diri. Dan kamu juga tidak menjadi pengabdi (melakukan ibadah)pada apa yang aku abdikan diri. Dan aku bukanlah pengabdi (pelaku ibadah) pada apa yang kamu abdikan diri Dan kamu juga tidak menjadi pengabdi (melakukan ibadah)pada apa yang aku abdikan diri. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.”
Manakala Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi pula, ketika membahaskan perkara ini telah menyatakan bahawa tidaklah menjadi suatu kesalahan memberikan ucapan selamat hari raya kepada rakan dan jiran yang musyrikin, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini. Keharusan ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Mumtahanah ayat 8 yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil”. Namun, al-Qaradawi melarang keras daripada turut serta dalam perayaan yang berasaskan upacara keagamaan kerana ia melibatkan akidah dan kepercayaan.
Prof Dr Abd al-Sattar Fathullah Said, seorang pensyarah Tafsir dan ‘Ulum Quran di Universiti Azhar pula berpendapat bahawa mengucapkan tahniah dan selamat hari raya pada perayaan bukan Islam adalah harus selagi tidak bercanggah dengan hukum syara’. Akan tetapi sekiranya ucapan tahniah dan selamat hari raya itu diungkapkan dalam bentuk doa seperti ‘moga Allah berkati pada keluarga dan hartamu’, ianya adalah haram dan dilarang sama sekali. Begitu juga menurut beliau harus memberi hadiah sebagai ucapan tahniah kepada bukan Islam pada hari perayaan mereka, tetapi hadiah tersebut mestilah bukan sesuatu yang diharamkan seperti arak, potret lucah dan sebagainya.
Syeikh Dr. Mustafa Zarqa pula ketika membincangkan persoalan ini telah menyatakan bahawa mengucapkan tahniah atau ucapan selamat hari raya kepada kenalan bukan Islam adalah termasuk dalam bab kesopanan (mujamalah) dan keelokan dalam pergaulan. Namun, sesiapa yang keliru, contohnya dengan mengatakan bahawa sambutan hari kelahiran Isa adalah perayaan mereka (seperti Aidilfitri dan Aidil Adha), maka ia adalah haram, kerana ianya mempunyai kaitan dengan aqidah Kristian tentang ketuhanan Isa.
Hujah yang dikemukakan oleh beliau antara lain ialah peristiwa yang berlaku pada zaman nabi s.a.w. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. berdiri tatkala satu jenazah Yahudi melalui kawasan yang diduduki oleh Rasulullah dan para sahabat. Berdirinya Rasulullah itu adalah penjelasan tentang betapa hebat dan agungnya kematian itu, tidak ada kaitan dengan aqidah jenazah tersebut (iaitu bukan kerana hendak menghormati aqidah jenazah tersebut).
Namun, perlu juga diberi perhatian bahawa, mengucapkan selamat hari raya kepada kawan-kawan non-muslim atas alasan menjaga persahabatan dan perhubungan (bukan atas dasar aqidah) adalah harus, tetapi merayakannya dengan pengisian-pengisian mungkar di dalamnya, itu adalah haram.
Justeru, apakah tidak merayakan perayaan agama selain Islam menafikan toleransi di antara kaum? Toleransi tetap wujud dengan bukan Islam, tapi bukan dalam perkara ibadah dan yang melibatkan perayaan agama. Toleransi kaum boleh dipupuk pada setiap hari dalam pergaulan harian. Toleransi di antara kaum juga boleh dipupuk ketika menyambut ulang tahun hari kemerdekaan negara dan sambutan lain yang bersifat patriotik. Sehubungan dengan itu, pupuklah toleransi di antara kaum dengan tanpa menggugat akidah Islam!.
20 October 2011
Virus Ukhwah dalam Bersahabat.
Thursday, October 20, 2011
Unknown
Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya ketika ini.
Pengenalan.
Sahabat itulah istilah yang bermakna dalam kita bergaul sesama manusia. Kita mampu mencari beribu kawan dan teman. Tapi belum tentu mampu mencari seorang sahabat. Ketika gembira dia berada disisi, ketika gundah-gulana dia pengubat luka yang parah.
Membina ukhwah yang kukuh dan teguh akan melahirkan jalinan ikatan antara sahabat sejati. Ia mungkin boleh diistilahkan sebagai Anti-Virus kepada hubungan yang terbina. Jika tidak dipelihara mungkin juga menjadi Virus dalam hubungan tersebut.
Pertama sekali, saya ingin memohon maaf jika anda antara sahabat saya
dan saya tidak mampu menjadi sahabat terbaik untuk anda. Insya-Allah,
saya berusaha untuk kearah itu. Saya juga mohon teguran daripada anda, andai saya ada melakukan kesilapan. - Sahabat Ingatkan Aku Andai Aku Lupa.
Virus dalam Kita Bersahabat
Berdasarkan pemerhatian saya dalam melayari kehidupan sebagai insan yang bergelar sahabat. Pelbagai adegan atau dalam istilah kasar sedikit "karenah" dalam memahami sahabat.
Sebagai contoh dalam memberi pendapat ketika berbicara. Mungkin bagi kita itu, yang terbaik. Tetapi bagi dia tidak. Masing-masing ada pendapat sendiri. (Berbincanglah, temukan persamaan pendapat anda dan berdoalah pada-Nya)
Sebagai contoh yang lain, dalam berorganisasi. Kita inginkan semua ahli didalamnya menjadi sahabat yang memahami antara satu sama lain. Ini penting, agar apa yang dirancang dalam organisasi tersebut dapat dicapai. Tapi, agak sukar untuk melakukannya.
Pelbagai lagi "karenah" dalam bersahabat ini. Saya menyatakan "karenah" ini bukannya tidak suka bersahabat. Sekadar ingin membawa sahabat-sahabat saya yang lain berfikir apa yang berlegar difikiran saya ketika ini.
Virus-virus Ukhwah
Virus-virus ukhwah menurut Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah :
1. TAMAK AKAN KENIKMATAN DUNIA2. LALAI MENJALANKAN IBADAH DAN MELANGGAR TUNTUNAN AGAMA3. TIDAK SANTUN DALAM BERBICARAContoh Gaya Bicara yang tidak santun
- Berbicara dengan Nada Suara yang Tinggi atau Menggunakan Kata-Kata yang Kasar
- Tidak Mendengar cadangannya, Enggan Menatapnya ketika Berbicara atau Memberi salam, tidak Menghargai Keberadaannya
- Bergurau Secara Berlebihan
- Sering berdebat dan Membantah
- Kritikan Keras yang Melukai Perasaan
4. SIKAP ACUH5. MENGADAKAN PEMBICARAAN RAHASIA6. KERAS KEPALA, ENGGAN MENERIMA NASIHAT DAN SARAN7. SERING MEMBANTAH, BERBEZA SIKAP DAN HOBI, BERSIKAP SOMBONG DAN KASAR8. MEMBERI TEGURAN DI DEPAN ORANG LAIN9. SERING MENEGUR, TIDAK TOLERAN, CENDERUNG NEGATIVE THINKING, ENGGANMEMAAFKAN10. MUDAH PERCAYA TERHADAP HASUTAN ORANG ORANG YANG MENGADU DOMBADAN MEMENDAM DENGKI11. MEMBUKA RAHASIA12. MENGIKUTI PRASANGKA13. MENCAMPURI MASALAH PERIBADI14. EGOIS. TIDAK BEREMPATI DENGAN PENDERITAAN SAUDARA, DAN TIDAKMEMPERHATIKAN MASALAH SERTA KEPERLUAN-KEPERLUANNYA15. MENUTUP DIRI, BERLEBIHAN, MEMBEBANI, DAN MENG-HITUNG-HITUNG KEBAIKANNYA KEPADAMU16. ENGGAN MENGUNGKAPKAN PERASAAN CINTA, MENUNJUKKAN INDIKASI ATAU HAL-HAL YANG DAPAT MENYUBURKANNYA, DAN ENGGAN MEMBELA SAHABAT KETIKA DISEBUT AIBNYA17. MELUPAKANNYA KERANA SIBUK MENGURUSI ORANG LAIN DAN KURANG SETIA18. SUKA MENONJOLKAN KELEBIHAN PRIBADI, MENCARI MUKA DI DEPAN OBJEK DAKWAH [MAD'U], DAN INGIN MENGUASAI MADU’ DENGAN CARA MENUNGGANGI SAHABAT19. MENGINGKARI JANJI DAN KESEPAKATAN TANPA ALASAN YANG KUAT20. SELALU MENCERITAKAN PERKARA YANG MEMBANG-KITKAN KESEDIHANNYA DAN SUKA MENYAMPAIKAN BERITA YANG MEMBUAT RESAH21. TERLALU CINTA
Cuba renungkan andai ada virus ini dalam diri kita. Jangan salahkan orang lain. Lakukan perubahan dalam diri kita dahulu dan fahamilah sahabat kita.
Abdul Manan bin Abdullah
20 Oktober 2011
Image from Google
Image from Google
13 October 2011
(4) Empat Golongan Sasaran Murtad
Thursday, October 13, 2011
Unknown
Bicara tentang murtad bukan lah suatu perkara baru dalam isu pemesongan Akidah umat Islam. Sejak zaman Rasulullah dan para sahabat juga terdapat gerakan memesong akidah ini, terutamanya ketika zaman Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
1. Mari kita menyelami sedikit kisah bagaimana Saidina Abu Bakar mengatasi gejala Murtad ini. Saidina Abu Bakar telah meneruskan tindakan Rasulullah SAW sebelum
kewafatannya menghantar tentera yang dipimpin oleh Usamah keluar
berperang walaupun tidak dipersetujui oleh para sahabat kerana perlunya
tindakan untuk mengatasi gejala murtad selepas kewafatan Nabi SAW
kerana terdapat orang Islam yang tidak ingin membayar zakat atau
membayar dengan tidak sempurna. Khalifah Abu Bakar telah melantik
Khalid Aw-Walid untuk mengetuai kumpulan memerangi orang-orang yang
murtad ini.
2. Saidina Umar juga pernah berkata " Suatu malam dan satu hari saidina
Abu Bakr lebih baik daripada Umar dan keluarganya". Satu malam semasa
Hijrah bersama Nabi s.a.w manakala satu hari adalah di hari kewafatan
Rasulullah s.a.w diaman saidina Abu Bakr dengan tenang tetapi tegas
mengahadapi saat getir itu, ditambah dengan gejala murtad yang melandai
sebahagian umat Islam pada masa itu. Beliau berkata " Wahai kaum
muslimin, barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati,
Tetapi barang siapa menyembah Allah,maka Allah selama-lamanya hidup
tidak mati" seraya menyambung lagi dengan ayat Al-Quran, surah Ali-Imran
:144
3. EMPAT SASARAN MURTAD, bergitulah tajuk muka hadapan akhbar tempatan hari ini. Empat golongan dipercayai menjadi sasaran utama kumpulan pendakwah Kristian untuk memurtadkan orang islam dinegara ini ialah Orang Miskin, Anak Muda, Pesakit Kronik dan Golongan Intelek. "Inilah sasaran utama, mulanya dengan cara membantu namun lama-kelamaan mereka mula mempengaruhi dan memesongkan akidah individu terbabit." -Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.
4. Menurut beliau lagi, mereka menjalani penerapan fahaman Kristian mengunakan pelbagai taktik dan strategi, termasuklah menerusi pendekatan Islamik dengan cara yang sangat halus.
5. Berhati-hatilah jika anda antara sasaran mereke dalam cabaran kristianisasi yang merupakan agenda utama untuk memurtadkan umat Islam.
Kukuhkan Akidah, dalami Islam.....
Insya-Allah esok saya akan mengikuti Seminar Perbandingan Agama. Moga bertambah ilmu di dada. Nantikan perkongsian seminar ini pada artikel akan datang.
Wassalam...
Abdul Manan bin Abdullah,
Penulis MananQayyim{dot}com
Oktober 13, 2011
________________________________
Rujukan :
Saidina Abu Bakar
As-Siddiq. (2011, February 06). Retrieved October 13, 2011, from
One-Ummah.net:
http://one-ummah.net/sirah/sahabat/407-saidina-abu-bakar-as-siddiq.html
Azie Yahaya (2011,October 13). Empat Golong Sasaran Murtad. Shah Alam: Sinar
Harian.
12 October 2011
Wordless Wednesday #3: Sahabat Ingatkan Aku Andai Aku Lupa.
Wednesday, October 12, 2011
Unknown
Wordless Wednesday : bermaksud meletakan gambar tanpa perlu mengulas panjang . Biarlah pembaca mentafsirkan apa yang mereka lihat dan dapat difahami. Selalunya akan di postkan pada hari rabu.
Image credit to : BroHamzah
11 October 2011
Kenapa nak Boikot McDonald's?
Tuesday, October 11, 2011
Unknown
Ajaklah (pujuklah) keluarga dan teman-teman jangan menjamu selera di McD lagi.
McD adalah rakan korporat 'Jewish United Funds' dan 'Jewish Federation'. Melalui Israel Commison, Jewish United Fund berkerja untuk memastikan sokongan Amerika kepada Israel dari sudut ketenteraan, politik, media dan ekonomi.
Ceritakan pada anak-anak kenapa kita tak boleh makan di McD...
Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif
Kita mudah sensetif bila palestine atau umat islam ditindas.
Tapi sejauh mana kita prihatin terhadap mereka?
Apabila hari ini palestine diserang,
Esok hebah sekampung, semangat berkempen " kita boikot produk Y@huDi !!!"
Sedih melihat anak-anak diseksa, wanita dirogol, Ayah mereka dibuhuh di depan mata...
Tapi.....
Selama mana kita bertahan?
Hari demi hari berlalu, minggu bertukar minggu, bulan pun sudah berganti....
Hari ini pasar raya yang kita boikot dulu, sudah kembali sesak,
Barang laris dijual....
Lihat siapa yang paling ramai di situ....
Kalau bukan orang Melayu, ISLAM......
Ingat Teman,
Mereka mengumpul dana untuk memusnahkan umat ISLAM,
bukan sehari dua....
Abdul Manan
5.31 pm 11/10/11
www.mananqayyim.com
06 October 2011
Lelayang Merah | Karya
Thursday, October 06, 2011
Unknown
SAJAK : Lelayang Merah
18hb. Januari,1970
Angin petang melambai-lambai
bersama daun, bersama burung
riangria bersyair
riangria bersiul.
Atas padang rumput di pinggir sawah
seorang anak lelaki
melepas lelayang merah manari
mengikut gendang angin
mereka usik mengusik
di dewan udara
hingga terungkai benang pengikat dirinya.
Bersama angin yang 'asyik
lelayang merah terus terbang
jauh, jauh...... hingga
ke kaki senja yang berdarah
Esoknya
ia terdampar di pinggir sawah
dalam kelesuan
lelayang merah, wajahnya tiada indah.
Datang anak lelaki
bersama sebuah lelayang putih
padanya, ia tiada menoleh
Lelayang merah
di pinggir sawah menangis sendiri.
Nor Aini Muhammad.
Kuala Terengganu18hb. Januari,1970
*********************
ULASAN
.......... Membaca sajak Nor Aini Muhammad ini, terasa ia membawa persoalan yang ringan dan sangat mudah difahami. Tetapi sajak ini sebenarnya sebuah sajak simbolik. Dari satu tanggapan dapat dirasakan maksud lambang dan persoalannya begini :
Lelayang merah itu dimaksudkan kepada seorang yang cantik, katakanlah seorang gadis. Ianya sangat disukai oleh banyak lelaki, yang dalam sajak itu melambangkan seorang anak lelaki dan angin. Dalam keadaaan disuka dan menyukai itu, jika si gadis itu terlalu asyik serta lupa diri sehingga terungkai iman yang mengikat dirinya, maka dia akan dihanyutkan ke lembah kehinaan.
Apabila ia sudah terjerumus ke lembah kehinaan, kecantikannya tidak mempunyai nilai lagi, dan banyaklah orang mengutuk serta tidak memperdulikannya lagi, sekalipun sebelumnya orang-orang itu sangat menyukainya, umpamanya, tunangnya yang jujur. Tunangnya akan segera memilih gadis lain yang mungkin tidak begitu cantik tetapi tinggi budi dan suci.............
Di Penjuru Matamu,1975
Image from : Google
05 October 2011
Coklat Minda, khasiat penyubur minda | Advertorial
Wednesday, October 05, 2011
Unknown
Harga Runcit
SM : RM49
S&S: RM52
Harga Pakej (6 unit)
SM : RM39
S&S: RM42
SM : RM49
S&S: RM52
Harga Pakej (6 unit)
SM : RM39
S&S: RM42
Cara Penggunaan:
Untuk dewasa dan kanak-kanak 2 biji sekali makan.
Untuk dewasa dan kanak-kanak 2 biji sekali makan.
COKLAT MINDA jenama Hijrah adalah satu produk pemakanan yang unik dan berinovasi. Ianya dihasilkan melalui adunan pemakanan yang mempunyai nilai khasiat semulajadi, halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Pemakanan. Sangat berkhasiat serta memenuhi keperluan diet seorang pelajar. Dalam bentuk tablet, mempunyai rasa yang enak/sedap, senang dibawa kemana-mana, pengambilan (kunyah ianya lembut) dan penyimpanan yang mudah.
Khasiat Dan Kebaikan
- Meningkat dan Menguatkan
Anda seorang pelajar dan sentiasa memerlukan daya konsentrasi yang baik, tetapi anda cepat lupa maklumat yang telah dibaca atau tidak fokus apa yang diajar oleh guru. - Mengatasi rasa gugup
Anda juga mengalami fobia dan sentiasa di dalam tekanan. Semasa peperiksaan anda sering rasa gugup, masih berdebar-debar dan ‘blank’ walaupun telah membuat persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan. - Memulihkan
Fikiran terasa begitu lembab/kosong, kurang daya kreativiti dan berfikiran negatif, tidak ceria (pemarah/pemalu/rendah diri) kerana kurang berinteraksi. - Mengekang
Rasa ‘give up’ walaupun perkara yang mudah, senang tetapi terasa begitu susah dan cepat mengaku kalah
Impak Awal Semasa Pengambilan Produk
- Fikiran terasa segar dan mampu berfikir dengan lebih tenang.
- Mudah mengimbas kembali maklumat yang dibaca.
- Keupayaan belajar akan lebih bertenaga, mampu mengekalkan konsentrasi untuk jangka waktu yang lebih lama.
- Pemulihan ‘mood’ kepada lebih ceria dan positif. Rasa lebih bersemangat dan yakin boleh.
Bahan Asas Coklat Minda
Koko
Selain daripada mempunyai perbagai
khasiat yang diperlukan oleh tubuh manusia, koko/coklat juga begitu
sinonim dengan ungkapan positif emosi seperti sayang, rasa cinta dan
keceriaan. Secara perbandingan, koko/coklat mengandungi lebih kandungan
protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji
oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama. Kajian
telah membuktikan bahawa koko/coklat mengandungi khasiat makanan yang
seimbang.
(Sumber: Chocolate: Facts On Health and Nutrition For Educators and Health Professionals, Chocolate Manufacturers Association of the USA).
(Sumber: Chocolate: Facts On Health and Nutrition For Educators and Health Professionals, Chocolate Manufacturers Association of the USA).
Gotu Kola (Pegaga)
Pemakanan yang menjana
tenaga yang disimpan oleh badan, dan secara khusus sangat berguna
membantu sistem saraf (nervous system). Gotu Kola ada kala
digelar food for the brain. Di negara
barat ianya sangat popular sebagai ‘nerve tonic’ untuk megurangkan
ketegangan dan menguatkan daya ingatan. Gotu Kola
membantu mengatasi ‘stress’, memulihkan ‘reflexes’ dan meningkatkan
kecerdasan mental dan tenaga fizikal. Triterpenes yang
terdapat pada Gotu Kola bertindak melegakan ketegangan dan kerunsingan
(antidepressant activity).
(Petikan kajian oleh Zhong Yao Cai. 2003 Dec;26(12):870-3).
(Petikan kajian oleh Zhong Yao Cai. 2003 Dec;26(12):870-3).
Kacang Soya
Kacang soya menawarkan complete
protein profile dan mengandungi semua essential amino acids yang diperlukan oleh diet seseorang. Kacang
soya bukanlah sejenis pemakanan ajaib, tetapi ianya adalah contoh di
antara jenis pemakanan yang mempunyai nilai diet lengkap serta
mempunyai kesan positif kepada kesihatan.
(Petikan kata: Christine Lewis, Acting Director of the Center for Food Safety and Applied Nutrition's Office of Nutritional Products, Labeling and Dietary Supplements USA).
(Petikan kata: Christine Lewis, Acting Director of the Center for Food Safety and Applied Nutrition's Office of Nutritional Products, Labeling and Dietary Supplements USA).
Susu Kuda
Alternatif
kepada mereka yang alah kepada susu lembu (lactose intolerance) kerana
gumpalan lemak susu kuda lebih halus dan hampir menyamai susu ibu
manusia. Terdapat banyak kajian oleh saintis pemakanan telah melaporkan
komposisi protein dan lemak susu kuda adalah yang paling hampir dengan
susu ibu manusia. Komposisi lemak dan pecahan protein,
menyatakan susu kuda lebih menyamai susu manusia berbanding dengan susu
lembu.
(Kajian Godovac Zimmermann et al., 1987; Businco et al., 2000; Horrobin, 2000).
(Kajian Godovac Zimmermann et al., 1987; Businco et al., 2000; Horrobin, 2000).
Berminat Untuk Mendapatkan Produk ini?
Hubungi :
013 – 5088 607
Penghantaran Sekitar Merbok
dan Sungai Petani PERCUMA
03 October 2011
SKOR A dalam peperiksaan Hidup dan Semoga Berjaya Adik2 yang menghadapi PMR | Motivasi
Monday, October 03, 2011
Unknown
Hidup kita ada peperiksaan. Peperiksaan ni bukan kertas subjektif
atau objektif – ia datang dalam bentuk dugaan, kesusahan, permasalahan
dan kepayahan.
Untuk apa kita diberikan peperiksaan hidup?
Andai kata gagal, cemana?
Leh repeat ke? YA.
Repeat sampai lulus!
Apabila Anda teliti kehidupan Anda dari dulu sampai sekarang, dugaan-dugaan hidup dimunculkan untuk membuat Anda berubah.
Tak ada dugaan, kita tak akan terfikir untuk berubah.
Tak ada kesusahan, kita tak akan ada gesaan untuk berusaha.
Tak ada kepayahan, selamanyalah kita kekal dalam kemalasan.
Peperiksaan hidup muncul dalam pelbagai bentuk – dugaan emosi, dugaan fizikal atau dugaan kewangan.
Usah ditanya kenapa kita diuji tapi tanyalah diri kita sendiri cemana
kita nak mengharungi peperiksaan hidup ni dengan jayanya. Tanyalah diri
kita sendiri cemana kita leh SKOR A dalam peperiksaan hidup.
Orang yang cemerlang, dia akan sentiasa bersedia mental dan fizikal
untuk menghadapi peperiksaan hidup. Orang yang tak mahu cemerlang, dia
akan mengeluh sebab diberikan peperiksaan hidup.
Kita mengeluh sekali, kesannya kita akan terbiasa mengeluh banyak kali.
Peperiksaan hidup berjalan sepanjang masa, jadi Anda kena bersedia menghadapinya.
Tak ada peperiksaan, kita takkan tahu bila masa yang sesuai untuk
kita berubah. Kita takkan tahu betapa pentingnya kita kena berubah.
Sekadar sedutan dari laman www.imotivasi.net
Renung2 kan
credit to : www.kujie2.com |
Kepada adik2 ku yang mengambil PMR bermula esok selamat maju jaya. Terutamanya dari SMKA Pekan Gurun. Ingan pesan abang dulu.Dan kepada kawan2 yang ada EXAM esok. last paper... Good Luck .... All the best... Kita jumpa lagi semesta depan... insya-Allah....
Seminar Perbandingan Agama, Memperkasa Agama Menguatkan Ummah
Monday, October 03, 2011
Unknown
design by : Artwork.MananQayyim.com |
Assalamualaikum.
Kepada kawan-kawan UiTM Kedah sekalian.
Saya ingin menjemput anda semua ke seminar ini.
Maklumat seperti di atas.
Bayaran RM 15. PERCUMA 100 terawal.
Pada saya hanya tinggal dalam 15 kuata PERCUMA lagi.
Berminat...?
emailkan kepada saya maklumat berikut
Nama
No IC
No Matrik
No Tel
ke
Cepat... Jangan terlambat..
Sebarang pertanyaan, tinggalkan komen dibawah....