Assalamulaikum dan selamat menyambut merdeka raya kepada semua.
Bagaimana hari raya ke-4 ni. Tentu banyak cerita menarik yang anda lalui kan. Jom kongsikan pengalaman raya anda diSINI.Raya kali ni banyak cerita yang best2. Malam semalam saja aku tengok 2 drama filem menarik. Pertama cerita "Penunggu Istana" dan yang kedua drama menyentuh hati "Insya-Allah".
Cerita "Penunggu Istana" pada awal ceritanya boring sikit. Last 2 baru lah rasa seram. Drama "Insya-Allah" memang menyentuh hati. Kisah tiga beradik yang kehilangan ibu dan bapa kerana maut dalam kemalangan. Kemudian dijaga oleh nenek mereka yang tabah melayan karenah anak kedua dan ketiga daripada mereka.
Dan yang paling penting, pada 4 September ini anda cerita syok juga. Tajuk lebih kurang sama, tapi jalan ceritanya berbeza. Apa kata anda layan video ni...