Sihat Tanpa Maksiat {Solusi Isu No. 35}
Gaya Hidup Sihat Tanpa Maksiat
Pen dicipta untuk menulis. selagi mana digunakan untuk menulis, insya-Allah pen akan berada dalam keadaan yang baik. Mengapa? Ini kerana pen memang dicipta untuk menulis.
Sebaliknya, kalau pen itu digunakan mencucuk, dibaling atau mengetuk sesuatu, sudah tentu pen itu akan rosak. Kenapa? Ya, kerana bukan diciptakan untuk itu.
Maka bergitulah manusia. Manusia akan “rosak” sekiranya tidak melaksanakan tujuan hidupnya sepertimana yang telah ditentukan oleh pencipta (Allah). Tujuan manusia diciptakan adalah untuk beribadah. Sekiranya dia menyimpang dari tugas itu, dirinya akan rosak, kesihatan terjejas, sama ada kesihatan mental, spiritual, emosi mahupun fizikalnya. Ketika itu dia akan merosakan dirinya sendiri. Itulah sebab maksiat.
Maksiat akan merosakkan hati; “raja” dalam kerajaan diri yang menentukan baik atau buruknya anggota lain. Iman akan terjejas. Ketika itu lahirlah sifat sombong, hasad dengki, marah dan lain-lain sifat mazmumah. Daripada hati yang rosak, lahirlah fikiran yang buruk seperti penuh perasangka, kacau, jahat dan kotor. Lahirnya juga idea-idea liar, lahirlah juga emosi-emosi yang kacau seperti bimbang, takut, iri hati dan sebagainya.
Keroskan itu akhirnya melahirkan tindakan yang jahat. Itulah maksiat. Seluruh pacaindera; telinga; mata; mulut; kaki; tangan; kemaluan; hidung; dan lain-lain akan melakukan kejahatan demi kejahatan yang akhirnya menimbulkan bencana terhadap empunya diri. Ketika itulah kesihatan akan turut terjejas kerana maksiat bukan sahaja merosakan hati, emosi dan pemikiran tetapi juga meroskan sistem fisiologi dan biologi.
Cuba perhatika orang yang sedang marah. Hati, emosi, dan fikiranna menjadi tidak stabil. Pernafasannya menjadi cepat, matanya berubah menjadi merah menyala, bibirnya dan giginya mengetap, suhu badannya meningkat, berpeluh dan suaranya terketar-ketar. Akhirnya jika marahnya tidak dikawal, lahirlah tindakan-tindakan yang destruktif.
Sebaliknya apabila hati bersih, fikiran akan jernih. Emosi akan menjadi tenang dan ini menghasilkan tindakan-tindakan yang baik. Inilah ibadah. Ibadah itu akan memberi kebaikan kepada empunya diri dan orang lain. Apabila hati ceria, fikiran stabil, emosi tenang, badan pun sihat.
Orang yang bergini bukan sahaja baik, alah suka melihat kebaikan orang lain. Tidak ada hasad dengki dan kebencian dalam hatinya. Dia akan sentiasa melihat keindahan, ketenagan dan kebaikan dalam kehidupan. - Pahrol Mohamad Juoi (ketua editor Majalah Solusi)
Mari menghayati lebihlanjut dengan mendapatka majalah solusi isu 35 ini. Hanya dengan membeli secara atas talian denga KLIK DISINI. (paparan yang terbaik untuk melayari e-Shop ini dengan mengunakan Internet Explorer 8)