Sejak kebelakangan ini sedang hangat Isu Negeri Kedah yang melarang pusat-pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.
Berdasarkan reaksi pelbagai pihak, ada yang menyokong dan tidak kurang yang membantah. Tidak hairan lah kalau orang bukan islam kurang bersetuju, tapi peliknya ada juga orang islam yang menetang perlaksanaan Enakmen ini.
Perlaksanaan Enakmen jika diteliti adalah untuk menghormati kesucian bulan Ramadan dan bagi mengelakkan umat Islam daripada terjebak dalam kancah maksiat.
"Kita mahu semua premis dibuka di kawasan awam ditutup sepanjang bulan mulia nanti, kita tidak halang golongan bukan Islam untuk berhibur, tetapi berhibur di kawasan tertutup,bukan di kawasan terbuka."
"Bulan Ramadan, bulan untuk mendidik umatnya berakhlak mulia. Semua agama mahukan penganutnya berkelakuan sempurna. Jadi, larangan ini tidak mendatangkan sebarang masalah untuk dikuatkuasakan," ulasan Mufti Perak, Tan Sri Harunssani kepada Sinar Harian.
Berdasarkan maklumat terkini yang MQ perolehi, Kedah akan membenarkan puasat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan, tetapi jika mereka mengizinkan orang Islam* masuk ke premis tersebut lesen mereka akan ditarik balik.
Bercerita tentang bulan Ramadan, Bagaimakah persedian anda untuk menempuh bulan yang penuh barakah ini? Sedikit tips aku kongsikan sebagai panduan Persedian Menjelang Ramadan untuk kita bersama.
*pembetulan (terima kasih kpd sahabat yang menegur)