Assalamulaikum dan salam mesra dari Manan Qayyim.
Dalam kehangatan media arus perdana dalam mencanag ISU B3R$!H ini, aku sering terfikir dalam mindaku. Apakah sebenarnya berlaku? Dimanakah kebenarannya? Siapa yang betul dan Siapa pula yang bersalah?dan akhirnya, Kelompok mana yang mewakili suara rakyat?
Aku tampil dengan artikel ini, bukan ingin menyokong mana-mana pihak. Sekadar ingin membawa anda bersama berfikir tentang fenomena yang berlaku pada masa kini dalam negara kita ini.
Sebelum itu, aku nak tanya sedikit, dari manakah anda mendapat info-info atau maklumat-maklumat tentang isu ini? (Jawab dalam hati sudah)
Kenapa aku tanya soalan ni? - Sebab dari persepsi dan pantauan aku sendiri, akhbar atau media masa kini kebanyakannya menyebelahi hanya satu pihak. Apa yang baik tentang satu pihak ni akan diheboh-hebohkan dan buruknya disorok-sorokan. Keburukan pihak lain dicanang merata. Bergitu jugalah sebaliknya.
Sejak kebelakangan ini pula, boleh dikatakan setiap hari dalam Berita TV menyampaikan perkembangan terkini isu B3R$!H ini. Sampaikan pernah satu hari, lebih kurang 30 minit hanya cerita B3R$!H.
Cukupkah hanya satu media atau akhbar dirujuk? - bagi aku tidak cukup. Untuk mengetahui keadaan yang sebenar kita perlulah membaca atau mendengar dari media kedua-dua belah pihak. Barulah kita akan berfikir, yang mana cerita yang boleh diterima pakai (logik), dan yang mana perlu dibuang (cerita rekaan). Inilah dinamakan proses tapisan berita.
Usah percaya 100 % , tapi kajilah dahulu sehingga 100%.
Sekian dahulu dari MQ, sebarang pandangan dan komen dialu-alukan.