Alhamdulillah baru2 ini (29 Dis 2010) aku diberi peluang untuk menghadiri satu ceramah yang disampaikan oleh Ustaz zaharuddin (UZAR) yang terkenal dengan kepakaran beliau dalam bidang Muamalat. Beliau sedang menyambung pelajaran PhD di UK , kebetulan beliau pualang bercuti di Malaysia dan Masjid Ubudiah (Dekat Umah Aku) mengambil kesempatan mengundang beliau untuk berkongsi ilmu.
Tajuk Kuliah kali ini jarang2 di bincangkan dalam Masjid. Itu sebab orang ramai salah angap atau tiada pengetahuan jelas tentang perkara RIBA' ini. Maka mereka sesuka hati membuat andai itu ini. kerana meraka keliru dan ketinggalan tentang ilmu yang melibatkan kewangan ini. Ingat ini juga antara satu perkara penting yang perlu kita pelajari. Jual beli tidak sama dengan Riba'. Kerana jual beli itu Halal dan Riba itu Haram. Ilmu yang aku dapat akan kukongsi kan bersama mereka yang ingin tahu.
Pengenalan - Asas
Apabila sebut tentang harta ramai bagaikan terpukau dengan nikmat dunia ini. daripada banyak dosa tentang harta, ramai orang islam bercakap tentang curi, rompak, rasuh, sehingga kita ada badan suruhan jaya pencegah rasuah. Kita tidak ada badan pencegah riba.
Besar manakah Dosa riba ini? Dalam suruh Al-Baqarah ayat 275-278, jelas Allah menyatakan larangan memakan atau mengambil riba. Susunan ayat Allah ini , Allah mulakan dengan cerita tentang bagai mana keadan orang yang makan riba yang dibangkitkan dalam keadan terhuyung-hayang, mati akal, gila dan sebagainya kerana mereka katakan jual beli itu sama dengan riba. Hayati bersama ayat Al-Quran di bawah.
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. (275)
Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa. (276)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (277)
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. (278)daripada ayat di atas jelas lagi bersuluh, Allah larang kepada mereka yang mengambil riba. Kornologi ayat ini mengambarkan seksaan dan balasan mereka mengambil riba. Amat menakutkan riba boleh mengakibatkan seseorang itu kekal selama-lamanya dalam neraka setelah mereka mengetahu pengharaman riba ini.
Info penting !!!
Untuk Pemahaman Lebih Jelas, Insyallah nanti akan saya upload audio kuliah itu nanti. Atau anda boleh ikuti slot Penerangan berkenaan isu bank Islam 'back door riba', duit kertas riba, dll akan diulas SECARA LIVE TIGA HARI BERTURUT2 di Rancangan Tanyalah Ustaz TV9 jam 7-8 mulai esok (31 Dis hingga 2 Jan 2010) . Siaran al-Kuliyyah TV3 dijalankan secara rkaman dan hanya disiarkan dua minggu akan dtg. Sumber Image : link