15 August 2011

[Advertorial] Juadah Enak Berbuka Puasa : Resepi Dadih

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua,

Hari ini sudah masuk hari yang ke 15 Ramadhan, bergitu jugalah kita sudah 15 hari berpuasa. Kehidupan perlu diteruskan seperti biasa. Jangan jadikan alasan malas bekerja hanya kerana berpuasa.

Jangan risau, waktu berbuka nanti, dapatlah kita sama-sama menikmati juadah berbuka tak kira samaada anda masak sendiri, ibu yang masak atau beli dari Pasar Ramadhan. Jangan lupa satu juadah berbuka yang pastinya enak iaitu dadih.

Dadih yang sejuk amat menyelerakan di makan ketika tekak kering. Rasanya yang lemak manis, pasti membuatkan anda tidak dapat berhenti menikmatinya. Membuat dadih sendiri lebih enak kerana anda bebas memilih perasa yang anda sukakan. Bagi yang suka manis, anda boleh lebihkan sedikit gula (tidak digalakkan) atau sekiranya anda sukakan sedikit tawar, hanya kurangkan gula.

Resepi membuat dadih amat mudah dan boleh dilakukan sesiapa sahaja. Bahan yang digunakan amat mudah. Dapatkan panduan membuat dadih anda di sini: KLIK

Selamat mencuba!