Sudah bertahun berlalu tragedi yang telah mengubah peta dunia ketika Aceh dan negara yang berdekatan dilanda Tsunami. Ramai yang terkorban akibat daripada kejadian itu. Saat itu ramai yang memberi tanggapan itu, dan ini. Antaranya : "DUNIA NAK KiAmAT" dan "Ini satu PetanDa". Tahun selepas itu, ramai mula insaf seketika. Pelbagai sambutan besar, seperti TaHUn Baru diBATALkan bagi mengenang kejadian buruk itu.
Namun....
Sejak kebelakangan ini.. Ramai mula lupa dan alpa.. Lalai dibuai keasyikan DuNia. Keinsafan hanya sementara.
Kali ini kita diIngatkan SeKali lagi dengan Kejadian "Tsunami Jepun". Iktibarnya moga dapat diambil....
|
GEMPA bumi mengakibat gelombang tsunami ketika melanda pelabuhan Oarai Jepun, semalam. - Foto AP | | |
|
MANGSA yang terselamat dalam kejadian gempa bumi yang mengakibatkan tsunami dibawa anggota penyelamat menggunakan helikopter keluar dari kediaman mereka di utara Jepun hari ini. - Foto REUTERS |
|
GAMBAR dari udara oleh helikopter Jabatan Pertahanan Awam Jepun hari ini menunjukkan hampir seluruh pusat Bandar Minamisanriku, di Miyagi bertukar menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ apabila musnah dibawa tsunami selepas gempa kuat 8.9 magnitud melanda Jepun, Jumaat lalu. - Foto REUTERS/Kyodo |
|
MANGSA gempa bumi di Kesennuma, Jepun yang berada di bahagian atas sebuah bangunan menghantar isyarat kecemasan SOS bagi meminta tolong. - REUTERS |
|
DUA buah bot nelayan tersadai di jeti berdekatan pelabuhan Hachinohe, Aomori, hari ini selepas dibawa gelombang tsunami setinggi 10 meter berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 yang melanda utara Jepun semalam. - Foto AP |
|
ANTARA mangsa yang terselamat dalam kejadian gempa bumi yang mengakibatkan gelombang tsunami di utara Jepun semalam melihat kerosakan yang berlaku pada rumah mereka dan sekitarnya. - Foto REUTERS |
|
PEMANDANGAN dari udara menunjukkan stadium besbol di Soma, Fukushima yang rosak teruk dan berlumpur selepas dihempas gelombang tsunami setinggi 10 meter berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda utara Jepun, semalam. - Foto AP |