Pada hari pertama, kami tidur di masjid bersama anak-anak kampung dan penduduk kampung kerana pada pagi harinya kami akan Qiamullai bersama. Sebelum melelapkan mata kami disajikan dengan ceramah perdana yang berjudul "smart SOLAT".
Hari kedua, aktiviti yang dinantikan oleh setiap peserta yang bakal menjelajah satu kampung iaitu aktiviti yang dinamakan Xpresi Dirimu (Explorace). Para peserta akan melalui 5 check point yang berbeza dan dikehendaki melakukan tugasan tertentu. Antara tempat yang dikunjungi adalah tempat membuat Wau (Rumah Keluarga Angkat saya), ternakan ayam, bengkel kuih tradisional, ternakan ikan keli dan rumah berlanskap. Syok giler!!!... Pada malam harinya pula diteruskan lagi dengan "MAlam SeRibu Kenagan" iaitu persembahan daripada penduduk kampung dan Mahasiswa UiTM Kedah.
Hari Ketiga, Gotoroyong merupakan agenda utama pada hari ini. Selepas selesai menyorok (sarapan) dirumah keluarga angkat masing-masing kami berkumpul di Masjid untuk mengbahagikan kawasan untuk dibersihkan.
Hati menjadi sayu dan hiba pabila petang bertamu. Rasanya tidak kuinginkan waktu sebergini muncul. Dalam suasana hujan yang turun bagai mengetahui kesedihan yang tertanam dalam sanubari setiap anak-anak dan ibu bapa yang hadiran pada majlis petang itu. Itulah lumrah alam, setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan. Tidak kira perpisahan itu sementara atau selama-lamanya. Mahu tidak mahu, majlis penutup dan perpisahan tetap dilaksanakan. Setiap ibu bapa telah diberikan cenderahati oleh anak angkat mereka masing-masing. Walau tidak seberapa semoga itu dapat menjadi kenangan untuk mereka.
Begitulah cerita yang dapat saya nukilkan sepanjang perjalanan OPKIM ini berlangsung. Disebalik program ini terselit perkara yang lebih bermakna daripada itu. Dalam masa yang sama, ketika hari terakhir program iaitu 26 Mac 2011, juga merupakan hari ulang tahun aku yang ke_ _ .... (hihi.. cari sendiri). Tidak disangka-sangka pada malam sabtu, hari jumaat selepas selesai saya menjelaskan perjalanan program keesokan harinya. Peserta dan AJK bersama-sama menyanyikan lagu hari lahir untuk saya. Kemudian Rasydan (sahabatku) tampil mengulurkan hadiah kepada saya. Itulah hadiah yang pertama yang saya dapat seperna ulang tahun saya kali ini. dan yang paling penting, Kejayaan perlaksanaan OPKIM ini hadiah yang paling besar untuk saya.
Terima Kasih Untuk Semua Yang Terlibat Secara Langsung atau Tidak.