22 September 2010

Makan daging Saudara sendiri


Hari raya memang seronok kerana kita dapat bertemua dan beramah mesra kunjung-mengunjung rumah saudara-mara, jiran tetangga dan rakan2. Mungkin antara mereka jarang kita jumpa. Inilah masanya untuk kita merapatkan hubungan silatulrahim. Hal ini sememangnya dituntut dalam islam. Namun yang menjadi masalah adalah apabila benda yang baik ini bertukar menjadi dosa yang mungkin segelintir antara kita tidak perasan. Ikuti Soal Jawab saya dengan ۩۞۩ Koleksi Soal Jawab Agama ۩۞۩ dalam Facebook :

MananQayyim.com : salam... hari raya kita bekunjung rumah ke rumah.. bermaaf-bermaafan.. yang menjadi masalah pada saya atau mungkin sape pon adalah.. apabila orang berkunjung ke rumah kita @ kita berkunjung kerumah orang.. kebanyakan mereka akan berbual kosong(ni OK lagi) sampai satu tahap mereka.. menceritakan
pasal or...ang lain (mengumpat). saya berasa bersalah & berdosa
walaupun mendengarnye sahaje. Boleh tak terangkan :

1) Bagaimanakah yang dikatakan mengumpat? (kadang2 kita ckp kt orng tu jgn la mengumpat. tp dia kata sekadar meluahkan perasaan)

2) Ape hukum orng yg mendengar? (nak tegur, saya nie orng mudu yg buat tu orang tua.. nanti kata kita kurang ajar)

3) Bagaimana caranya kita nak tegur mereka nie?

۩۞۩ Koleksi Soal Jawab Agama ۩۞۩ salam saudara bertanya.... dlm kes mengumpat ni mmg menyeronokkan ya, tp kadang kita lalai dalam bahana dan akibatnya yg tidak baik, kebiasaan perbuatan mengumpat ni adalah menceritakan keadaan orang lain yg biasanya adalah mencari ke'aiban... dan keburukan, bahkan lebih buruk adalah dgn menokok tambah berita2 sensesi agar lebih sedap lagi ceritanya, macam gosip[ artis tu... wartawan mmg cekap dlm mengumpat perkara ini, maaf saya katakan,, tp inilah yg realiti berlaku.. jarang org nak ceritakan kebaikan dan ketatasusilaan org lain, jika ini yg diceritakan ok lah juga, boleh diambil pengajaran kebaikan darinya... tapi jika menceritakan keadaan org yg mmg dah terkenal sebagai pembawa durjana spt pengacau, pencuri, pembunuh, pengisap dadah dsb... wajar diceritakan sekadar mengambil perhatian utk waspada dan berhati2... Jika ada org yg sedap mengumpat, kita elakkan darinya, tukar tajuk lain yg lebih manfaat dari mengata orang aje dari belakang, atau katakan sahaja secara lawak ttg dosa mengumpat.... dalam perkara meluahkan perasaan, jika tidak kene pada tempatnya, maka tidak bersesuaian juga... manusia mmg sibuk berbicara dalam kes yg berlaku pada org lain, tapi diri sendiri akan terasa marah jika diri sendiri diumpat oleh org lain.... maka, beringatlah kita antara satu sama lain dlm kes ini jauhilah dosa mengumpat, berceritalah dlm perkara yg mendatangkan faedah dan manfaat utk semua.... tidak semua org sempurna, bahkan diri sendiri juga tidak sempurna, maka umpatlah diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengumpat org lain.... sekadar perkongsian dalam catatan ringkas ini... wallahua'lam....
MananQayyim.com : Bagaimana pula yang mengumpat tu org tua2? nk tegur rase macam menyampuk pula.. Kalau tutup telingga.. macam biadap..
۩۞۩ Koleksi Soal Jawab Agama ۩۞۩ Dalam perkara dosa pahala ni, tidak mengira tua atau muda... samada saudara elakkan diri dari mendengar atau menegur secara hikmah.. memang seumpama ditelan mati mak, diluah mati bapak.... sebijak saudara mengendalikannya, yg penting jgn bersikap keras dan biadab.. tapi tunjukkan dan lahirkan akhlak yg mulia dan berbudi pekerti... wallahua'lam.....