Dugaan , Ujian mahupun Cabaran semuanya merupakan lumrah hidup sebagai insan yang bergelar manusia. Setiap manusia yang dicipta Allah akan diuji dengan pelbagai bentuk ujian sama ada ujian baik mahupun yang buruk. Dalam hidup juga pelbagai pilihan diberi kepada kita. Apa yang menbezakan kita manusia dengan malaikat ialah kemampuan manusia membuat pilihan. Keupayaannya untuk memilih kebaikan dan pada masa yang sama menolak kejahatan, menjadikan manusia itu sentiasa berusaha menjadi lebih baik dan memindahkan kebaikan itu kepada kehidupan sekitarnya.
Sememangnya agak sukar untuk mentukan pilihan yang mana harus dipilih dalam hidup kita lebih-lebih lagi pabila kita sendiri menghadapinya. Bergitulah apa yang dirasai manan ketika saat menulis atikal ini. Takut-takut tersilap langkah diriku merana. ya Allah kuatkanlah diriku menghadapi dugaanmu ini. Ku mengharap pilihan ini yang terbaik buat diri ku.
Ketika Manan ditimpa dugaan ini, aku terbaca artikel didalam majalah SOLUSI tajuk HiDuP Adalah Ujian MeMbuat PilihaN. Disini ada beberapa tips yang ingin aku kongsikan dalam kita membuat keputusan :
1) Solat Istikharah
Solat Istikharah patut menjadi prioriti seseorang muslim dalam membuat sebarang keputusan. Tidak semua perkara yang diinginkan oleh kita adalah yang terbaik buat diri kita dan tidak semua perkara yang tidak kita sukai membawa mudarat. Hanya Allah s.w.t. yang tahu apa yang terbaik buat kita. ini dijelaskan lagi dengan firman-Nya yang bermaksud: "Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui(semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."(Surah al-Baqarah 2:216)
2) Musyawarah
Musyawarah, syura , bermesyuarat atau diskusi amat penting. satu akal yang bersuara menbuat keputusan samasekali tidak sama dengan suara majoriti atau akal yang kurang ilmu dan pengalaman tidak dapat membuat keputusan sematang mereka yang berilmu dan mempunyai pengalaman hidup yang banyak. Oleh sebab itu,mintalah pendapat orang soleh, ilmuwan, atau mereka yang lebih berumur daripada kita seperti ibu bapa dalam membantu kita membuat keputusan.
3) Dengar Kata Hati.
Hati pun boleh memainkan peranan dalam membuat keputusan. Tapi perlu bersyarat. bukan sebarangan hati yang kita boleh dengar kehendaknya. Hanya hati yang cinta Allah dan Rasul yang layak dipertimbangkan. Oleh sebab itu, dengarlah kat hati selepas solat terutamnya solat fardu, solat taubat atau solat Istikharah serta ketika sedang berpuasa.
*Tip yang diberikan tidak boleh diamalkan bagi membuat keputusan dalam soal mematuhi arahan Allah dan menjauhi larangan-Nya.