24 May 2011

ShowBiz ruangan terbaru di MananQayyim

Assalamulaikum dan salam bisnes untuk semua.
Perniagaan merupakan sebahagian daripada minatku. Cita-cita ingin menjadi seorang Ahli Perniagan telah lama terpendam dalam diriku. Entah kenapa, aku sendiri tidak suka untuk berkerja dibawah orang tapi berhajat untuk orang berkerja untuk diriku. Maka menjadi Businessman lah paling sesuai buat diri ini.

Walaubagaimana pun, orang kata kalau kita nak mulakan sesuatu bisnes kita perlu belajar daripada orang yang pakar iaitu mereka yang berpengalaman. Jadi nak tak nak, aku kena jugalah berkerja dibawah orang dahulu untuk mendapatkan pengalaman mereka atau sebaliknya. Tidak dinafikan ada juga yang mulakan perniagan tanpa pengalaman. Bergantunglah pada seseorang la.

Pengalaman tanpa ILMU, tidak berguna juga. Pengalaman dengan ilmu pengetahuan perlulah seiring untuk menjamin kejayaan mendatang. Lantaran itu, aku wujudkan satu ruangan terbaru dalam belong ini yang diberi nama ShowBiz. Akan aku coretkan pengalaman aku sepanjang usaha untuk aku menjadi Businessman berjaya. Disamping itu, akanku kongsikan ilmu-ilmu berkaitan dunia perniagan bersama pembaca MananQayyim.
Pengalaman + ILMU = Success Businessman
Dalam ShowBiz dibahagiakan kepada beberapa bahagian antaranya :
  • Motivasi Usahawan
  • Perniagaan
  • Internet Marketing
  • Muamalat
ada cadangan lagi? kalau ada kongsi la.... untuk maklumat semua ini dalam perancangan. tiada lagi info dalam bahagian2 yang diatas.