07 May 2011

Adakah anda Sedar Petrol RON97 naik 20 Sen Lagi?

Perkara ini mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin juga masih ada yang tidak tahu. Mana tidaknya kita lebih tertumpu pada isu yang lebih hangat sekarang. Antaranya :
Sehingga ada antara kita tidak sedar harga minyak dah naik dalam masa lebih kurang sebulan. Ini juga merupakan isu penting yang perlu kita ambil tahu. Tentang ekonomi semasa. Benarkah Inflasi bukan isu Utama tahun ini?.

Jadi aku cari beberapa berita tetang perkara ini dalam Akhbar Online (Berita Harian dan TheMalaysiaInsider) . Berikut adalah laporan daripada TheMalaysiaInsider.

Petrol RON97 naik 20 sen lagi mulai esok

KUALA LUMPUR, 4 Mei — Harga petrol RON97, yang kadarnya diapungkan sejak tahun lalu, mengalami kenaikan lagi - 20 sen untuk dijual RM2.90 seliter mulai esok, demikian menurut Persatuan Pengedar Petrol Malaysia hari ini. 

Ia kenaikan kali kedua sepanjang April-Mei tahun ini.

Bagaimanapun harga petrol RON95 tidak mengalami sebarang perubahan.

Harga petrol RON97 juga mengalami kenaikan 20 sen seliter pada 2 April lalu dan dijual RM2.70 seliter sejak itu.

Kenaikan kali ini adalah peningkatan keempat tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.

Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.

Seperti sebelum ini kerajaan tidak mengumumkan perubahan harga RON97.

“Harga RON97 diapungkan selepas kerajaan menarik balik subsidi bagi petrol jenis ini,” kata presiden persatuan Datuk Hashim Othman.

Hashim berkata harga RON97 kemungkinan akan menurun pada masa depan tetapi ia bergantung pada situasi politik di Asia Barat dan juga bencana alam.