About Me

Assalamulaikum dan Salam Perkenalan kepada semua pengunjung blog Manan Qayyim.

Tentang blog
Blog ini merupakan blog persendirian sebagai wadah untuk pemilik berkongsi infomasi dan pengalaman hidup sebagai pengajaran bersama. Pemilik akan cuba mengetengahkan info-info menarik, hal ehwal agama, isu-isu semasa dan pelbagai lagi. Disamping itu pemilik juga akan menyelitkan video-video dan gambar-gambar yang dapat dihayati bersama. Kandungan blog ini adalah hak pemilik kecuali dinyatakan sumbernya. Anda dibenarkan untuk menyebarkannya dengan syarat meletakan bersama URL dari mana maklumat itu diambil sebagai rujukan asal.

Perlu diingatkan, pemilik juga merupakan insan biasa yang kadang kala ada kesilapan dalam menyampaikan maklumat. Pemilik bersedia menerima sebarang teguran yang berhemah demi kebaiakan bersama dan pemilik mohon maaf atas kesilapan tersebut. Walaubagaimana pun, kesilapan ini akan saya usaha elakan. 

Manan Qayyim + CoRetan InSan BiAsa

Aku hanya insan biasa yang hidup sebagai seorang hamba singgah dibumi sementara. Inilah usaha  aku yang kecil dalam menyampaikan kebaikan. Namaku diberi Abdul Manan bin Abdullah. digelar Manan oleh rakan dan taulan. Namun dialam maya aku cuba mengunakan nama Manan Qayyim kerana ada maksud disebaliknya. Aku dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur dan dibesarkan di Ampang, Selangor. Aku dibesarkan dalam keadaan sederhan, dalam keluarga yang bahagia.

Kini aku menuntut di sebuah Institusi pengajian tinggi yang dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara, Kedah dalam bidang Perakaunan. Sebenarnya aku lebih meminati dunia perniagaan, tapi perakaunan juga tidak lari dari perniagaan. Sekurang-kurangnya bila aku ada business nanti, aku tak lah kena tipu dengan akuantan aku. Aku dalam proses menyiapkan blog persendirian khas untuk perniagaan.

Aku juga meminati dunia kretif seperti menulis dan membaca puisi, fotografi, dan bercita-cita juga menjadi seorang penulis. Tapi aku tidak berkesempatan belajar lebih mendalam dalam bidang ini. Namun tidak mematahkan semangat aku menpelajarinya sedikit demi sedikit. Blog inilah platfom untuk melatih diriku menjadi seorang penulis.

Dalam artikel aku adakalanya akan aku gunakan gelaran  "saya" dan adakalanya "aku". Ini bergantung kepada jenis artikel yang aku tulis.
 .