Kuala Lumpur

Sebuah sajak nukilan Manan Qayyim

Hari esok Untuk Islam

Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi.....

Ketika Siti Hajar Mencari Air Untuk Anaknya

... Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.

Tips berBlog untuk Para Blogger

Perkembangan blog pada hari ini semakin bertambah banyak hari demi hari, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Proses membuat satu blog bergitu mudah berbanding website.....

Jangan Promosi Dosa di Facebook dan Blog

Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak...

31 December 2010

Finance : Riba dan Jual Beli (siri1)

Alhamdulillah baru2 ini (29 Dis 2010) aku diberi peluang untuk menghadiri satu ceramah yang disampaikan oleh Ustaz zaharuddin (UZAR) yang terkenal dengan kepakaran beliau dalam bidang Muamalat. Beliau sedang menyambung pelajaran PhD di UK , kebetulan beliau pualang bercuti di Malaysia dan Masjid Ubudiah (Dekat Umah Aku) mengambil kesempatan mengundang beliau untuk berkongsi ilmu.

Tajuk Kuliah kali ini jarang2 di bincangkan dalam Masjid. Itu sebab orang ramai salah angap atau tiada pengetahuan jelas tentang perkara RIBA' ini. Maka mereka sesuka hati membuat andai itu ini. kerana meraka keliru dan ketinggalan tentang ilmu yang melibatkan kewangan ini. Ingat ini juga antara satu perkara penting yang perlu kita pelajari. Jual beli tidak sama dengan Riba'. Kerana jual beli itu Halal dan Riba itu Haram. Ilmu yang aku dapat akan kukongsi kan bersama mereka yang ingin tahu.

Pengenalan - Asas

Apabila sebut tentang harta ramai bagaikan terpukau dengan nikmat dunia ini. daripada banyak dosa tentang harta, ramai orang islam bercakap tentang curi, rompak, rasuh, sehingga kita ada badan suruhan jaya pencegah rasuah. Kita tidak ada badan pencegah riba.

Besar manakah Dosa riba ini? Dalam suruh Al-Baqarah ayat 275-278, jelas Allah menyatakan larangan memakan atau mengambil riba. Susunan ayat Allah ini , Allah mulakan dengan cerita tentang bagai mana keadan orang yang makan riba yang dibangkitkan dalam keadan  terhuyung-hayang, mati akal, gila dan sebagainya kerana mereka katakan jual beli itu sama dengan riba. Hayati bersama ayat Al-Quran di bawah.
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. (275)
Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa. (276)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (277)
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. (278)
daripada ayat di atas jelas lagi bersuluh, Allah larang kepada mereka yang mengambil riba. Kornologi ayat ini mengambarkan seksaan dan balasan mereka mengambil riba. Amat menakutkan riba boleh mengakibatkan seseorang itu kekal selama-lamanya dalam neraka setelah mereka mengetahu pengharaman riba ini.

Info penting !!!
Untuk Pemahaman Lebih Jelas, Insyallah nanti akan saya upload audio kuliah itu nanti. Atau anda boleh ikuti slot Penerangan berkenaan isu bank Islam 'back door riba', duit kertas riba, dll akan diulas SECARA LIVE TIGA HARI BERTURUT2 di Rancangan Tanyalah Ustaz TV9 jam 7-8 mulai esok (31 Dis hingga 2 Jan 2010) . Siaran al-Kuliyyah TV3 dijalankan secara rkaman dan hanya disiarkan dua minggu akan dtg.
Tentang Penceramah
Seorang yang Pakar dalam bidang Muamalat. Anda boleh ikuti beliau di www.zaharuddin.net

Artikel ini ditulis kembali oleh saya MananQayyim.com
Sumber Image : link

27 December 2010

Info : Istimewanya Kidal (left handed)

gambar hiasan - sumber gambar :klik
Kita biasa dengan individu yang menggunakan tangan kanan berbanding tangan kiri. Ia lebih sinonim dengan panggilan kidal atas faktor penggunaan tangan kiri mereka  untuk membuat sesuatu pekerjaan seperti menulis, memegang peralatan dan sebagainya. Individu ini dianggap unik kerana dipercayai hanya 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ).

Peralatan seperti alat tulis mahupun sukan sukar untuk diperolehi di pasaran untuk kumpulan ini. Oleh kerana kelompok yang sedikit, mereka terpaksa menggunakan barangan  sedia ada yang biasanya dibuat untuk kelompok si tangan kanan.

Bagaimanapun, kewujudan ‘anything left-handed’ yang mana mengumpulkan si tangan kidal seluruh dunia ternyata mendapat sambutan. Bahkan di kota Londan wujud kedai-kedai peralatan yang dikhaskan untuk si tangan kidal ini. Antaranya alat tulis, peralatan sukan dan juga alat muzik.

Hubungan Kidal dan Otak

 Secara amnya kidal juga memberi maksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kiri.

Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) pula menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini, individu kidal dikatakan lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.
Menurut Fabiola Priscilla Setiawan, Pakar Psikologi Anak dan Remaja, kidal terjadi apabila otak kanan seseorang lebih dominan berbanding dengan otak kirinya.

Fakta menarik kidal…


1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang  juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapa pun yang dapat mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dapat dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan di dalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi), sehinggakan sesiapa yang  ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin bagi  menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun. Bagaimanapun  ini adalah budaya Barat dan kita tidak digalakkan meraikannya.

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.

7. Individu Kidal, Individu Elastik

8. Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan.

Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Disebabkan itu juga, secara purata orang kidal mempunyai jangka hayat sembilan tahun lebih pendek berbanding mereka yang bertangan kanan. 

 
Kekurangan

Menulis di dalam buku tebal (diari, buku laporan,dan lain-lain) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri muka surat buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik.

Peralatan yang berada di pasaran kebanyakannya direka khas untuk pengguna tangan kanan. Contohnya seperti gunting, senjata api, tetikus, peralatan dapur, alat muzik dan lain-lain.

Individu kidal yang melanjutkan pelajaran ke universiti atau kolej pasti akan menghadapi masalah ini. Kerusi kuliah atau kerusi yang disertakan dengan meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar mereka dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada. Bayangkan sekiranya ianya digunakan dalam peperiksaan, pasti lenguh pelajar kidal ini untuk menjawab soalan dalam jangka masa yang panjang.

Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:
* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerja rumah/surirumah

Kelebihan 

Tulisan Arab:
• Menulis dalam tulisan Jawi/Arab lebih senang berbanding tulisan biasa.

Kreativiti:
• Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Kamera :
• Bentuk kamera SLR yang memerlukan pengendalian kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.


Antara orang yang kidal
1.    Barrack Obama (Presiden Amerika Syarikat)
2.    Leonardo da Vinci (pelukis)
3.    Amitabh Bachchan (pelakon Bollywood)
4.    Tom Cruise
5.    Angelina Jolie
6.    Diego Armando Maradona (pemain bola sepak)
7.    George H.W. Bush
8.    Bill Clinton
9.    Prince Charles of England
10.    Prince William of England
11.    Valentino Rossi
12.    Bill Gates
13.    Albert Einstein (Saintis)
14.    Lin Dan (pemain badminton)

Kedai  peralatan untuk kidal

Bagi individu yang kidal tidak perlu khuatir sekiranya tiada peralatan yang dikhaskan untuk anda di Malaysia. Jika selama ini anda hanya mendengar kewujudan kedai ini di luar negara sahaja, tetapi sebenarnya kedai seumpama ini mula ditubuhkan pada tahun 2000. Left-Handed Convenience Sdn Bhd telah diasaskan oleh Chong Siew Chin yang juga seorang kidal.

Ia beroperasi di nombor 6, Tingkat Satu, Jalan SS2/61, Petaling Jaya dan InQbox, New Wing, Lower Ground 301, 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor dan menjadi satu-satunya pusat jualan barangan untuk orang kidal.

Antara barangan yang terdapat di sana ialah gunting, pembuka tin, pengupas buah, pensil, pen, pembaris, pengasah dan pemegang pensil, pisau, jam, buku nota dan cawan yang mana semuanya direka khas untuk orang kidal. Kesemua barangan yang dijual di situ berharga dari RM2 hingga RM50 mengikut jenis.

Sekali pandang, semua barang itu tidak ada bezanya dengan produk sedia ada tetapi hakikatnya semua barangan berkenaan diimport secara terus dari Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom.

Sumber : http://www.anythinglefthanded.co.uk
                 http://www.hmetro.com.my

Credit to : DunyaHalal.com

Lirik : Kias Cinta - Suhaimi

Album : Kias Cinta
Munsyid : Suhaimi
seandainya dunia tiada warna
tetap kan ku kagumi
indah maya alam ciptaanNya
kudratNya ku agungi

namun jalin warna zahirlah sang pelangi
menyisih mendung menambat seri
terbias semua cahaya
nyata ilham di alam mimpi
betapa ku syukuri nikmatNya
ku pasti

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tika dalam gelita
atau sepi kembara
dihadirkan rasa cinta
sisih segala duka
anugerah dariNya

hanyalah cintaNya yang amat ku harapkan
tiada lain yang jadi rayuan
namun Dia Maha Mengerti
tak mampu insan bersendiri
menempuh dugaan yang menguji
naluri

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tak akan ku persia
limpah rahmat yang Esa
bagaikan jalinan warna
yang menyulam cahaya
biasan kasihNya

moga tak diuji asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha Ilahi
kerna segala kurnia
hadirnya hanyalah pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia

sumber lirik : Lirik Nasyid

24 December 2010

Coretan : Kawan, Teman dan Sahabat

Bismillah dan Asalamulaikum kepada semua,

Friend - gambar sekadar hiasan
Rasanya dah lama tak kucoret kata hati di dalam blog ini. Entah kenapa malam ini rasa sedih dan sayu. Tanpa disedarai air mata mula membuih. Namun tidak pula meleleh , sekadar berkolam dipangkal mata. Jarangkan kalau tengok orang laki menagis. Hakikatnya walau siap pun kita bila sesuatu menyentuh hati kita kadangkala boleh membuat hati tersentak, sehingga air mata memutik pun kita tak perasan.

Hari ini ingin kukesahakan tengan persahatan. Setiap insan diatara kita ini memerlukan kawan, teman, mahunpun sahabat. Tapi itu lah yang sukar untuk kita perolehi. Kerana sahabat akan bersama kita dalam suka dan duka , tawa dan tangis, bila musibah menimpa dialah pembangkit semangat. Riangnya dia, penyejuk hati. Hibanya dia, hati sama menjadi gundah. Tak senang melihat sahabatnya sedih.

Malangnya, aku sendiri tidak mampu memberikan itu kepada mereka. Kadang kala hati ini pula menjadi tamak haloba. Pentingkan diri itu yang utama. Salahmu itu tak pernah kuingatkan. Nasihat apatah lagi. Kononnya ingin menjaga hati. Hatiku pula mula membenci. Bukan pada dirimu, tapi diri yang tak mampu memberi. Maafkan aku Sahabat, Teman dan Kawan.

Kini kau memberi tahu padaku, semakin jauh akan kau tinggalkan segala kenangan dulu. Ku harap kau tetap menjadi sahabatku, sekurang tidak sebagai Teman.

hayati bersama :-
 

betul juga kata orang. kita tidak akan hargai orang yang berada sekeling kita sehinggalah mereka pergi jauh dari kita. (maksudnya mereka belaja luar negara ke, bukan meninggal sahaja). Fahamkan apa maksud aku.

09 December 2010

Kuala Lumpur Berselawat


Kuala Lumpur Berselawat.
Menuju Mahabbah Rasulullah.
Pada 10 & 11 Desember 2010.
Bertempat di Dataran Pusat Islam Kuala Lumpur.
dari 5 - 11 malam.
Jom Pakat Mai!!!
insyallah kalau ada kesempatan nak pergi juga.

06 December 2010

Puisi : Antara Dua Waktu

Waktu 1
Hari ini,
Segalanya bakal berakhir,
pergi untuk selamanya,
Tak mungkin kutemui lagi 1431 H,

Ketika senja,
Tatkala mentari menghilangkan diri,
Rembulan membuka mata,
Dicelah itu kau pergi,

Ku bertanya pada diri,
" Apakah sudah kukotakan janji ?"
yang dulu pernah termeterai,
Pada pena itu menjadi saksi,
Hasrat di hati ingin berubah.

Namun hari-hari kulalui,
Seringkali janji itu dikhianati,
Benteng konkrit dibina, kian retak,
Pabila secuit bara nafsu memercik,
Kutepis, cuba kupertahankan,
Bisikan syaitan pula mengoda,
Akhirnya kecundang jua,
Atas kata janji yang tergadai,
Dipingir jalan hancur impian.

*sajak ini akan disambung lagi. Apabila waktu ke-2 menjelma tiba. Jangan lupa baca sambungannya nanti. Okeh.
Manan Qayyim 
6 Disember 2010
29 Zulhijjah 1431
1.38 p.m



05 December 2010

Coretan : Kahwin oh Kahwin

Perkahwin merupakan salah satu keindahan dunia yang menjadi idaman setiap insan yang bergelar leaki mahupun wanita. Sudah menjadi kebiasaan pada bulan 12 ni ramai pasangan memilih untuk berkahwih pada ketika ini. Maklum saja lah hujung bulan. Lebih-lebih lagi cuti sekolah.

Semalam pun aku baru pergi kenduri kahwin sedara aku di Negeri Sembilan. penganti muda je aku tengok. Bagus la kahwin muda, elak daripada terjebak ke kancah yang hina. Nak kahwin awal pun kena ada persediaan juga. Jangan main redah je. Ingat, hukum perkawinan itu boleh jatuh kepada lima hukum ; wajib, haram, sunnat, makruh dan harus. Janganlah sampai kita kahwin tapi pada ketika itu kita diharamkan berkahwin disebabkan perkara2 tertentu. Maka kita memerlukan kayu ukur untuk menilai diri sendiri sejauh mana kita berada.

Hari ni pun ada kahwin, tapi aku pergi pun. Keluarga aku je yang pergi ada la sebab2 tertentu. 18 dan 25 nanti pun ada jemputan lagi. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu ada orang kahwin.

Semalam juga turut berlangsung majlis meraikan pasangan pengantin 1MALAYSIA yang berkahwin secara beramai-ramai di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Menarik bukan? Jimat Kos. Lihat gamabar di bawah.

Majlis meraikan pasangan pengantin 1Malaysia yang berkahwin secara beramai-ramai di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. 4 Dis. 2010. - Utusan/AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN
Alam Perkahwinan dan Kehidupan.
Nak menceritakan hal kahwin kalau ikutkan status memang tak layak. Namun, apabila melihat kehidupan sekeliling kadang2 boleh mengajar aku serba sedikit tantang pekara ini. Kebahagian yang dikecapi oleh manusia yang terbit dari hati nurani tidak dapat diluahkan jika kita keseorangan. Oleh itulah Allah menjadikan makluk-makluk-Nya berpasangan antara lelaki dan wanita. 

Apabila terjalinnya ikatan perkahwinan ini maka terpautlah dua hati yang bersedia untuk hidup bersama. Si isteri berjanji pada suami akan memberi layanan terbaik untuk si suami. Si suami pula berjanji akan membinbing isterinya untuk bersama mencari keredaan ilahi disamping mencari rezeki membina kehidupan. 

Namun, baru-baru ini timbul satu persoalan " kalau perempuan tak tahu masak tak boleh kahwih ke?, Bagaimana kalau lelaki tak mampu jadi Imam?" mungkin kita boleh renungkanlah bersama. baca lagi artikel ni (klik). Bagi aku kedua-duanya penting. Sebab perempuan sepatutnya tahu masak, kalau tidak macam mana nak layan suamikan?. Begitu juga lah suami, untuk membimbing isteri perlulah kita tahu serba sedikit hal agama ni. Betul tak?

02 December 2010

Kisah Sahabat : Lelaki Calon Syurga


Di satu malam selepas menunaikan solat Isya’, Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat dan mereka yang hadir , “ Mahukah kalian kalau aku tunjukkan salah seorang calon ahli syurga yang ada di masjid ini?”

Para sahabat merasa teruja dan ingin tahu siapakah lelaki bertuah yang dimaksudkan oleh Nabi itu. Lantas Rasulullah menoleh pada seorang lelaki yang sedang khusyuk berselawat dan berzikir. Perawakan lelaki itu kemas, janggutnya tersisir rapi dan wajahnya kelihatan bersih. 

“Inilah calon penghuni syurga,” kata baginda memperkenalkan lelaki tersebut . Salah seorang sahabat yang ada pada ketika itu ialah Anas bin Malik dan Abdulah bin Umar. Anas bin Maliklah yang menceritakan kisah ini. 

Sudah tentu semua yang hadir ingin tahu apakah ibadat orang itu sehingga Nabi Muhammad mengatakan yang dia bakal masuk syurga. Pasti ada sesuatu yang istimewa padanya sehingga melayakkan dia menjadi calon syurga. Mereka ingin tahu dan ingin mencontohi lelaki itu. 

Lelaki itu memang dikenali oleh semua orang. Sekali pandang, lelaki itu hanya seorang lelaki alim, sederhana dan amal ibadatnya sama sahaja dengan mereka.

Disebabkan rasa ingin tahu, ada di antara dua orang sahabat lelaki itu ingin mengetahui amal ibadat lelaki tersebut. Salah seorang dari mereka ialah Abdullah bin Umar. Lantas, Abdullah membuat keputusan untuk menyiasat sejauh mana ketaatan lelaki itu beribadah. Kalau tidak, masakan dia adalah calon ahli syurga?

Sebaik sahaja mereka keluar dari masjid pada malam itu, Abdullah menemui calon syurga itu dan berkata:
“Saya ingin tinggal di rumah saudara selama tiga hari tiga malam. Sudikah saudara menjadikan saya tetamu saudara? “

Lelaki itu sangat gembira dan menyetujui hasrat Abdullah untuk menginap di rumahnya. Lalu dia meminta kepastian sekali lagi, “ Apakah benar hajat saudara itu, atau saudara hanya bergurau-gurau sahaja?”

Abdullah menjawab “Bukankan sudah kunyatakan tadi,Rasulullah telah mengakui saudara bakal calon syurga. Saya ingin mencontohi kebaikan saudara dan ingin juga masuk ke syurga.”

Lelaki itu berkata dengan merendah diri, “ Tidak ada lebihnya ibadat yang saya lakukan selain daripada yang saudara saksikan sahaja”.

Abdullah bin Umar berkeras juga dan berkata “ Benar kata saudara itu. Tetapi saya ingin sekali menjadi tetamu saudara untuk tiga hari hari ini. Harap saudara sudi mengabulkan hasrat saya ini.”
 
Lantas, lelaki itu menjawab dengan senang hati, “ Jika begitu keinginan saudara, marilah ke rumah saya.”

Abdullah bin Umar sangat gembira dan pada malam itu juga dia mengikut lelaki itu pulang ke rumahnya. Keinginan yang membuak-buak menarik minatnya untuk melihat cara lelaki itu beribadat. 

Pada malam pertama Abdullah bin Umar meminta izin tidur lebih awal. Sebenarnya dia hanya berpura-pura mengantuk dan selebihnya dia ingin sekali mengintai apakah ibadat yang dilakukan lelaki itu. Siapa tahu, di belakang orang lain lelaki itu sebenarnya melakukan ibadah lain yang melayakkan dia ke syurga. Pada malam itu, Abdullah berpura-pura tidur, tetapi matanya menjeling ke arah lelaki yang juga baring di sebelahnya. 

Pada tengah malam, lelaki itu terjaga dan mengucapkan kata-kata, “Ya Allah,” dan kemudian ia kembali tidur. Puas Abdullah menunggu tetapi lelaki itu tidak juga bangun untuk sembahyang tahajud atau sebagainya. Tidak ada apa-apa yang dilakukan lelaki itu sehinggalah mereka bangun untuk solat subuh pada keesokannya. 

Pada malam kedua pun demikian juga. Lelaki itu tidur bersama-sama Abdullah, tetapi pada tengah malam ia terjaga dan dia mengucapkan “ Ya Allah”.

Sama juga pada malam ketiga dimana lelaki itu tidak melakukan apa-apa amalan lainnya, melainkan apa yang telah disaksikan oleh Abdullah Bin Umar itu. 

Sesudah tiga hari Abdullah bin Umar menjadi tetamu lelaki itu, Abdullah masih tidak berpuas hati dan sebelum pulang, dia bertanya kepada lelaki itu. 

“ Wahai saudaraku, saya ingin masuk syurga dan saya ingin sekali tahu apakah ibadat saudara. Tiga malam bersama saudara, aku tidak melihat apa-apa yang aneh di dalam amalan saudara. Beritahulah kepadaku apa istimewanya saudara ini sehingga layak bergelar calon syurga?” 

Lelaki itu menjawab, “ Saya tidak melakukan apa-apa amalan lainnya kecuali apa yang telah saudara saksikan itu.”
Lalu, Abdullah bin Umar meminta izin untuk pulang ke rumahnya. Sebelum Abdullah meninggalkan rumah lelaki itu, lelaki itu menerangkan kepada Abdullah. 

“Memang benar saya tidak melakukan apa-apa ibadat lain, kecuali apa yang telah saudara saksikan itu. Selain daripada itu, di dalam kehidupan saya sehari-hari saya tidak pernah sesekali mengumpat,saya tidak mencerca atau menghina orang lain. Tiga perkara dilarang ini amat saya hindari dan jauhi. Saya juga tidak pernah irihati terhadap sesiapa pun. Itu saja amalanku. Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya dan akan mengurniakan ganjaran buat hamba yang dikehendaki-Nya."

Demikianlah kisah yang diceritakan oleh Anas bin Malik.
Sumber : Hadis Muslim. 
Credit to : DunyaHalal.com

23 November 2010

Kamu kena ambil suntikan BOTOX?

Hari ini tibalah masanya aku kena jumpa dokter setelah lebih sebulan lalu aku buat pemereksaan darah dan air kencing. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa masalah aku kan?. dah nak dekat setahun jugak lah aku kena. Aku tak bagi tahu la dekat kawan-kawan semuanya, mungkin segelintir je yang tahu. Tapi kali ini aku memberanikan diri untuk membuat penjelasan berani mati (nampak macam bagus je kan) di alam maya ini untuk aku ceritakan masalah sebenar aku kerana ada kisah ingin aku kongsikan. Selalu juga member2 yang rapat dengan aku bagi tahu, orang selalu tanya pasal aku. Ya la.. mana tak nya aku ambil cuti khas satu semesta.  Jadi kat U tidak kelihatan la muka aku ni.(hihihih) Tak kurang juga yang tanya aku kat Facebook. 

Aku disahkan oleh dokter 4 bulan yang lalu mengalami masalah Writer's Cramp (penyakit berkaitan masalah saraf ). Penyakit ini jarang-jarang orang kena. Ia merupakan satu simptom yang menunjukan seseorang itu sukar untuk membuat sesuatu perkerjaan seperti menulis dan main alat musik. Aku tergolong antara orang yang sukar untuk menulis. Kadang-kadang membuatkan aku rasa kaku apabila hendak menulis. Masalah ini mula terjadi apabila tulisan aku mula berubah dan orang susah nak faham apa yang aku tulis. Aku ingatkan ini merupakan masalah biasa. Ada juga lecturer yang nasihatkan aku supaya jumpa dokter. Tapi aku tak ambil kisah pun, sebab ingatkan masalah biasa. Akhirnya cuti semesta lepas aku buat juga pemereksaan dokter.

Hasil pemereksaan dokter menunjukan aku mengalami writer's cramp peringkat awal. Aku tetap mencuba untuk meneruskan semesta kali ini, tapi aku tidak mampu. Jadi aku mengambil keputusan mengambil cuti khas setelah mendapat nasihat daripada Tim. Pengarah ,koordinator program dan beberapa orang lecturer.Sepanjang aku cuti ni ada juga buat rawatan secara tradisional. Namun tidak menunjukan perubahan yang ketara. Dokter pun tidak menyarankan aku mengambil ubat kerana takut kesan sampingan daripadanya.


Nasibku lebih baik daripada Mereka

Pagi tadi merupakan temu janji aku dengan dokter. Setibanya aku di kaunter aku melihat ramai orang. Aku mengambil nombor dan menunggu giliran. Sementara menunggu giliran berjumpa dokter, bermacam ragam dan kelakuan aku dipertontonkan oleh mereka yang lebih menderita daripadaku. Ada yang datang berkerusi roda, bertongkat, dan lebih menyetuh hati ada perlu dipimpin dan dipapah untuk berjumpa dokter. Di satu sudut kelihatan remaja lelaki yang meragam dan minta di urut oleh ayahnya. Mungkin kerana kesakitan yang dialami. Dari situ aku mula berfikir, aku masih bernasib baik kerana baru sedikit diuji oleh Allah dengan ujian tidak mampu menulis dengan baik. Bagaimana Mereka? Sebelum ini selalu terlintas di hati kecilku " mengapa semua terjadi padaku". Aku hanya insan biasa, kekadang alpa dan lalai tentang nikmat daripada-Nya. "Jika kalian menghitung nikmat Allah, Kalian tidak akan mampu melakukannya" (surah Ibrahim: 34). Begitulah firman Allah, kesihatan dan segala nikmat yang ada datang daripada-Nya. Ku mohon padaMu ya Allah agar engkau dapat memberi nikmat itu kepadaku.
"Dia telah mencurahkan nikmat-Nya kepadamu baik yang terlihat mahupun yang tidak terlihat" (Luqman: 20).

Aku disarankan ambil suntikan BoToX 

Setelah lama menunggu, kini tiba giliran aku. Kali ini aku jumpa dokter yang lain bukan yang dulu. "bagaimana keadan sekarang?" tanya dokter pakar tu kepada aku. Aku tidak mampu memberi jawapan yang pasti kerana tidak banyak perubahan terhadap diriku. Sekian lama sesi kaunseling dijalankan akhirnya dokter tu pergi berbincang dengan dokter pakar yang lain ( Sifu kepada dokter tu kot). Apa tindakan seterusnya padaku. Aku curi2 dengar perbualan mereka dalam bahasa Inggeris. Kemudia sifu dokter tu pula cek aku. Dalam perbualan mereka aku terdengar perkataan "injection" dan "botox" . "Ha.. mereka nak buat botox pada aku ke? oh.. tidak!!!!! " bisik hati kecilku yang gusar. 

Kemudian barulah dokter tu memberi penjelasan padaku. Aku disarankan ambil suntikan botox untuk melembutkan urat sarafku. "Nak tak?'' tanya dokter. Aku yang masih kebimbangan hanya mampu katakan "YA'" walaupun riak wajahku tak pasti. Dokter persis memahamiku, diterangkan ini bukannya botox untuk bagi muka cantik tu, hanya sekadar untuk melembutkan urat seraf yang tegang. Nurse kat situ pon tergelak dan menyokong kata2 dokter. dan akhirnya temu janji seturusnya akan dilakukan setelah suntukan botox diberikan. Untuk suntikan botox ini juga tunggu selepas mereka memberitahu padaku nanti.
*dokter : Cina , Sifu dokter : india , Nurse : Malayu

Namun sempai sekarang aku masih bimbang akan suntikan botox yang bakal diberikan padaku. Boleh atau Tidak dalam ISLAM? untuk pengetahuan suntikan tu namanya "Dysport". Aku masih binggung. Bantulah aku ya Allah.

21 November 2010

Satu Amanah - Hijjaz

play music


Tajuk Nasyid : Satu Amanah
Artis : Hijjaz
Album : Permata Hijjaz 1431

Dengan Bismillah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya

“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”

“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..” 

 lirik dari : Lirik Nasyid

16 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha 2010

Selamat menyambut HaRi RaYa AidilAdha buat muslim dan muslima yang berada diseluruh dunia khusunya kepada mereka yang tengah baca entry kali ini. Kepada mereka yang pulang ke kampung halaman, hati-hati di jalan raya. Maklumlah bila tiba musim perayaan banyak belaku kemalangan.

Kepada mereka yang menjalani ibadah korban esok. Selamat menjalani ibadah korban. Ibadah korban merupakan salah satu ibadah yang dilakukan pada bulan zulhijjah selain menunaikan haji dan berpuasa sunat. Istimewanya mereka yang melakukan korban antaranya ialah haiwan yang dikorbankan itu akan menjadi binatang tunggangan tuan yang melakukan korban pada hari kiamat kelak. Insyallah emak dan ayah saya akan menjalankan ibadah korban esok.
Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)
Sebuah hadis menyebut  :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan ) 
dipetik dari blog ustaz zaharuddin

 

11 November 2010

Gunung Merapi Amaran Allah

Merapi Masih berbahaya. Walaupun Gunung Merapi telah meletus dengan dahsyat pada 5 November lalu lalu dan merupakan letusan terbesar dalam abad ini, gunung berapi itu diramalkan masih menyimpan tenaga yang besar.
Pengarah Jabatan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, R Sukhyar berkata, andaian itu dibuat berdasarkan letusan gunung berkenaan berlaku tanpa henti sejak 3 November lalu.

“Sejak 3 November lalu sampai sekarang Merapi telah meletus tanpa henti, itu bererti tenaga yang tersimpan masih besar,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, tenaga yang dilepaskan oleh Gunung Merapi sejak letusan dari 3 hingga 7 November lalu masih berterusan hingga sekarang bahkan lebih besar berbanding letusan pertama pada 26 Oktober.

“Kami tidak dapat menjangka bila tenaga itu akan habis, sehinggalah Gunung Merapi tidak lagi meletus,” katanya.

Namun, kata Sukhyar, zon keselamatan di lingkungan Gunung Merapi masih ditetapkan sekitar 20 kilometer dari puncak gunung.

Penetapan radius keselamatan itu, kata beliau, dibuat berdasarkan data-data sejarah letusan Gunung Merapi, khususnya jarak luncur awan panas.

“Berdasarkan fakta sejarah, jarak luncur awan panas Merapi tidak pernah lebih daripada 15 kilometer, iaitu hanya sekitar antara 12 hingga 13 kilometer, " katanya.

Kawah berdiameter 400 meter yang telah terbentuk di puncak gunung ini lebih terbuka ke selatan atau mengarah ke hulu Kali Gendol, sehingga awan panas yang diluncur Merapi akan mengarah ke sungai tersebut.
Sementara itu, awal pagi ini dilaporkan Merapi terus meletus dan membentuk awan panas setinggi kira-kira 5,000 meter.

Petugas pemantau gunung berkenaan melaporkan bunyi menggelegak dari perut Merapi masih kedengaran.
Setakat ini 135 orang telah terkorban sejak Merapi meletus pada 26 Oktober lalu dan jumlah itu akan terus meningkat kerana masih banyak mayat yang tidak dapat dibawa keluar kerana letusan berterusan.
Dilaporkan dua anggota sukarelawan masih hilang dalam letusan Jumaat lalu.

Jumlah penduduk yang dipindah ke pusat-pusat pemindahan kini mencecah hampir 300,000 orang.
Selepas letusan kuat Jumaat lalu ramai penduduk mulai meninggalkan kediaman mereka di sekitar Gunung Merapi dan televisyen tempatan turut menayangkan anggota komando dikerah ke kampung-kampung terbabit bagi memaksa penduduk yang masih berdegil supaya berpindah.

Merapi telah memuntahkan kira-kira 100 juta meter padu material. – Utusan

Daripada BORHAN ABU SAMAH
borhan.samah@utusan.com.my



 









** marilah kita muhasabah kembali akan segala kejadian yang berlaku. Sebagai pedoman hidup kita dalam meniti perjalanan yang semakin singkat. Ingat!! hari demi hari usia kita semakin tua. Begitu jugalah usia bumi ini. Kalau zaman rasulullah dan para sahabat usia bumi digambarkan seperti nenek tua yang sudah bongkong. Bagaimanakah sekarang? Fikir-fikirkanlah

original post : http://www.utusan.com.my
photo collection from my sister

09 November 2010

Al-Kisah si Penggunting Rambut

Kedai GUNTING RAMBUT. Post aku kali ni nak di kisahkan pasal si tukang gunting rambut. Kebiasaan kita lihat dimana-mana, tidak kisah dicorak mana, kawasan bandar atau kampung di Melaysia, terutamanya kawasan semenanjung tukang gunting rambut selalunya  orang India, tak pon orang Cina. Jarang-jarang aku tengok orang melayu. Tapi ada la juga kan. Bak kata seniman  P.Ramli "jarang-jarang, kadang-kadang"

Senario di Kedah pula, kira-kira dalam kawasan Merbok,Sungai Petani  kebanyakan kedai gunting ni milik orang Cina tak pun orang India. Ada jugak la kedai Melayu, sebab aku selalu gunting kat brother ni. Kalau tak silap kedai nama kedai dia KEDAI GUNTING AZIM. Smart la dia gunting , aku suka cara dia. Aku bukan nak beza-bezakan sangat pasal kaum ni nanti tibul krisis kaum pula. Fenomena ni menunjukan orang Melayu kurang ceburi jenis perniagaan macam ni. Ini kan merupakan satu fardu kifayah.

Lebih  menyedihkan aku lagi apabila ada kedai gunting milik orang Cina ni berani buat kempen dan promosi dengan mengistilahkan kedai mereka "Kedai Gunting Muslimah". Mungkin ini satu strategi perniagaan. Aku cuba tengok2 dari luar kedai mereka ni. Kebanyakan pekeja dia orang Cina. Jadi macam mana yang dikatakan "MUSLIMAH". Kan orang perempuan dengan orang bukan islam sama aurat mereka ketika bertemu dengan lelaki islam (tutup semua kecuali Muka dan Tapak Tangan) walau orang bukan islam itu perempuan. Inikah yang dinamakan MUSLIMAH?

Sebenarnya aku bukan nak citer pajang lebar pasal tukang gunting ni. yang membuatkan aku tertarik nak tulis pasal tukang Gunting sebab aku tertarik dengan seorang tukang Gunting muslim ni. nak tahu kenapa?


Tukang Gunting bersama Bismillahnya.

Kalau aku balik Selangor, kebiasaannya kalau aku nak gunting rambut selalunya dekat India kat belakang umah aku atau pun kat Cina belakang rumah aku ni. Tapi satu hari ni, aku cita la dekat abang ipar aku, yang aku suka gunting rambut dekat KEDAI GUNTING AZIM (Kedah) tu. Lepas tu dia pulak citer yang ade kedai Melayu dekat area rumah aku tu. Aku terperanjat jugak, ade ke ?  sebelum ni tak penah tahu pun. Menariknya, si tukang gunting ni salalu mulakan dengan Bismillah apabila dia nak mula gunting rambut pelangan. Abg Ipar aku penah gunting kat sini, watuk dia sampai Si Tukang Gunting ni baru lepas selesai solat. Ni yang membuatkan aku tertarik. Macam tak percaya pun ada jugak. Aku nak test, sama ada betul atau tidak.

Alhamdulillah, semalam aku berkesempatan gunting rambut dekat tepat yang diceritakan tadi. Sampai-sampai je.. wah, ramai gila orang!!!. tapi situasi ini tak mematahkan semangat aku. Aku tetap menunggu. Ada juga lebih kurang 5 orang termasuk aku. Sorang tengah gunting rambut yang lain duduk menunggu. Si Tukang Gunting ni sorang je, maklumlah kedai kecik. Tunggu punya tunggu, tiba-tiba jumpa kawan lama aku masa sekolah rendah. Seingat aku lama juga tak jumpa dia. Lebih 6 tahun. Dia pun nak gunting rambut.

Nak dekat satu jam jugak menunggu. Sapai giliran brother sebelum aku. Dia tanya si Tukang Gunting ni " Abang muka nampak penat je, tak rehat ke?". Jawab si Tukang Gunting " tak la, belum makan je lagi sebab lepas solat tadi terus gunting rambut". "Kesiannya dia" , bisik hati kecilku (lebih kurang macam tu la perbulan mereka)......baik sungguh budi perketi dia, sanggup tak makan demi hati menjaga pelanggan dan mencari rezeki. Cuba bayangkan untung tak untung dia nih. waktu malam tu je ada lebih kurang 7 orang gunting kat kedai dia. Seorang RM 8. 7 Orang barape? kira la sendiri.

Kini tiba giliran aku pula, si Tukang Guntung tanya " nak gunting macam mana". Pastu aku bagi tahu la macam mana yang aku nak. "Bismillah .......... " kudengar suara keluar dari mulut si Tikang Gunting ni. tak la kuat pun tapi aku masih bisa dengar bisikan bismillah dia tu. Selesai gunting rambut, aku rasa puas sangat. Alhamdulillah, aku suka potongan si Tukang Gunting rambut ni.

Kesimpulan

Lihat la bertapa hebatnya kuasa bismillah. Apabila kita baca bismillah automatik niat kita akan set kerana allah kan? Tatkala kita sering ingat pada Allah dia pasti ada disisi kita, membantu kita apabila kita memohan daripada-Nya ketika susah atau pun senang. Rezeki pun bertambah-tambah.

Dulu pun mesti anda pernah dengar kisah pasangan suami isteri, yang isterinya selalu baca bismillah. Ini menunjukan betapa hebatnya bismillah.

"the Power of Bismillah"

Abdul Manan
www.mananqayyim.com
09 Oktober 2010

05 November 2010

RAHSIA ALAM

Tajuk : RAHSIA ALAM
Nukilan Sahabat : Ben Panglima

Indahnya suasana aman sentosa,
Berkicauan burung menghiasi pawana,
Berdesiran angin membawa khabar berita,
Seolah – olah menentu hari muka,

Sayunya hatiku memikir oh apalah,
Bisikan alam tersirat seribu makna,
Tiap ketika cuba merungkai segala,
Rahsia di sebalik alam ciptaan-Nya,

**Kini ku sedari akan kehebatan-Nya,
Juga ku rasai akan kewujudan-Nya,
Bila ku singkap kembali segala yang tercipta,
Betapa diriku kerdil tidak terdaya,

Menghina, mencaci, mencela menjadi amalan,
Nikmat yang Kau beri tidak aku sungguh pergunakan,
Menzalimi diri, menjahil tidak menginsafi,
Dengan kesenangan, kurnia yang Kau beri,

Jika dapat ku rasakan dakapan kasih-Mu,
Betapa syukur ku menjadi milik-Mu,
Andai keampunan tidak lagi ada buatku,
Tersungkur hati kerna hina menghadap-Mu,
Ya Allah…

Ulang **

Benarlah segala apa yang diciptakan,
Punyai tujuan juga tugas sendiri,
Membicarakan akan setiap suruhan,
Allahurabbuna ya Rabbul ‘izzati,

Rahsia alam ini jelas membenarkan,
Membuktikan…Kebenaran… 



Lirik lagu ini dicipta khas untuk kumpulan VOV

01 November 2010

Doa Ketika Wuduk : antara setiap pergerakan

Kebetulah pagi tadi aku pegi surau dekat the Mall. Dapat la doa nie. Nak share la dengan sapa2 yang nak. dula ada dengar juga pasal doa ni. tapi dengar camtu je la. Akhir aku jumpa jaga kembali  doa ni. Alhamdulillah. Marilah kita beramal bersama-sama.....

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
" Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka. berniatlah kamu dengan,
" Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan. berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

4.Ketika membasuh tangan kiri. berniatlah kamu dengan
" Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.

5. Ketika membasuh kepala. berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu"
Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejenkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga. berniatlah kamu dengan,
" Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Perjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah , lagu2 berunsur maksiat.

7. Ketika membasuh kaki kanan. berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintas titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri. berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Moga-moga dapatlah kita beramal bersama-sama doa ini. Insyallah..

Sumber : Ariket di surau The Mall, KL

19 October 2010

1 MALAYSIA Sejuta Puisi


wah !!! best nye kalau dapat pergi. nak tengok orang berpusi dengan penuh perasaan. Aku memang minat berpuisi. Cuma sejak akhir-akhir ni dah layu bakat , idea pun dah kurang. Moga lepas nie aku dapat berkarya kembali. 

Untuk pengetahuan, Program 1 MALAYSIA Sejuta Puisi ini akan berlangsung selama 3 hari bermula hari Jumaat sehingga hari Ahad ini (22-24 Okt 2010). Aku diberitahu oleh kakitangan PNM(Pustakaan Negara) program ni akan mencatat sejarah malaysia kerana akan dimasukan dalam Malaysian Book of Records. Nak tahu kenapa? sebenarnya Program ni akan menyaksikan berlansungnya deklamasi puisi selama 30 jam tanpa henti.
Maklumkat lanjut rujuk pada poster di atas.

17 October 2010

Status Hukum Skim Infinity Downline

Perkembangan perniagaan internet semakin meluas pada zaman ini. Peningkantan pengguna internet juga semakin bertambah. Hal ini menjadikan semakin ramai usahawan internet dan pelangan yang membeli melalui mereka. Namun perlu diperhalusi sama ada perniagaan yang diceburi HALAL atau HARAM. Bergitu jugalah nasibnya si INfinIty DoWnLine ini. Adakah HALAL ? atau ternyata HARAM? untuk mengetahui lebih lanjut mari kita sama-sama baca artikel daripada ustaz Zaharuddin tentang masalah ini.
 infinity3.jpg
Status Hukum Skim Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM 100
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
 
Bertalu-talu orang bertanya berkenaan skim perniagaan Infinity Downline dan ada juga yang menamakannya dengan ‘Login Facebook dapat RM100 hari-hari'. Sebenarnya saya amat skeptic dengan skim-skim sebegini malah amat muak lagi jemu untuk menelitinya kerana pada kebiasaannya hasil penelitian akan menunjukkan semua itu adalah sama sahaja cuma diubah sedikit di sana dan sedikit di sini. Oleh kerana itu, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbang melihat betapa mudahnya umat Islam di Malaysia dikelirukan dengan skim seperti ini, padahal telah berkali-kali dijelaskan konsep dan asas untuk menilai halal dan haram dalam skim sebegini. 
 
Padahal, helah pihak-pihak penganjur skim tersebut amat jelas dan terang. Pun begitu mereka masih mampu mengelirukan umat Islam kita. Saya berdoa agar kita semua mampu lebih rajin untuk berfikir dan lebih cekap dalam memperbezakan antara skim-skim sampah dan emas permata.
 
Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi soalan skim Infinity Downline yang ditanyakan ini. 
 
Beberapa perkara perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas findings dan pandangan saya. Oleh kerana skim ini menawarkan sesuatu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk memahaminya. Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut:- 
 
1. Latar belakang syarikat dan web
Menyemak website utama Infinity Downline (selepas ini digunakan singkatan ID) melalui ‘whois', seorang pengkaji persendirian mendapati, web ini tidak menyertakan info yang mencukupi tentang pemiliknya. Berikut adalah hasil kajiannya.
Domain "Whois"
 
The Whois information for a website lists the owner and their contact information. The owner of "Infinity Downline" has purposely made their Whois information private. While not always a bad thing, this could mean they have something to hide. (rujuk http://www.imreportcard.com/biz-opps/infinity-downline)
 
Meneliti web utama ID juga menunjukkan kita tidak mempunyai sebarang akses kepada nama pencipta dan pengurusan penuh syarikat ID, malah sebarang komunikasi juga hanya melalui kotak khas soalan yang disediakan. Ini jelas ciri sebuah skim cepat kaya yang sentiasa berjaga-jaga dari mendedahkan identiti kepada pihak berkuasa.
 
Penilaian saya: Ia jelas satu unsur gharar yang menjadikan skim ini haram pada pandangan Islam. Manakan tidak, sekiranya web tersebut ditiadakan, semua sistem yang digunapakai oleh ahli dalam menyemak bayaran dan lain-lainnya turut hilang. Justeru mendedahkan diri kepada situasi perniagaan sedemikian adalah ditegah di dalam Islam.
 
Bagi pihak yang mempertikaian hujjah ini, sedarilah hujjah utama saya bukan isu pada kredibiliti whois atau selainnya tetapi adalah web infitintydownline.com sendiri yang tidak mempunyai sebarang pengenalan syarikat yang mencukupi. Semuanya syarikat 'sampah' yang bersedia menghilangkan diri apabila sampai waktu. 
 
Jika sesiapa merasakan kesimpulan saya dalam hal keraguan latarbelakang syarikat itu salah, saya amat hargai jika anda dapat memberikan nama pengurusan lengkap dan nombor lesen syarikat di Malaysia dan USA serta pejabat dan nombor telefon land line yang valid untuk dihubungi serta (bukan seperti maklumat contact yang ada pada web tersebut, yang mana kita perlu meninggalkan info untuk dihubungi mereka). Selain itu, jangan lupa berikan link dan bukti bahawa info yang diberi itu sahih dan berdaftar dengan pihak berkuasa di negara terbabit. Tanpa semua itu, whois atau tidak tidak penting, yang penting semua info tadi TIDAK WUJUD!. Itu point utama saya, jika ingin berhujjah, sila matikan hujjah saya yang pokok bukan yang ranting.

2. Asal dan perkembangan syarikat
Memang benar, kelihatan sistem ini berasal dari USA. Statistic www.alexa.com juga menunjukkan peratusan teramai pelawat ke web ID datangnya dari USA, diikuti dengan negara yang dipenuhi oleh pecinta skim cepat kaya iaitu Malaysia.
Justeru dengan fakta ini, jelas skim ini memang sedang mendapat tempat di kalangan ramai di seluruh dunia, sehingga jika dicari berkenaannya di google dan yahoo, majoritinya memuja memuji system ini sebagai sistem termudah mendapatkan duit.

Penilaian saya : Tahap tersebar skim ini di seluruh dunia menunjukkan tanda positif tetapi ia sama sekali tidak menunjukkan bahawa ia halal di sisi Islam. Skim cepat kaya Bernard Mardoff yang bernilai USD 5 billion lebih kelihatan reliable, tetapi ia tetap scam dan sebuah skim cepat kaya apabila ia tidak berniaga barangan sebenar dan hanya memusing-musingkan kentungan dari orang bawah yang baru masuk kepada orang atas sistem piramidnya.
Justeru, pertumbuhan skim ini tidak memberi sebarang impak positif kepada penilaian hukum. Namun ia juga tidak memberikan impak negatif kepadanya. Oleh itu, penilaian hukum terletak kepada aspek-aspek lain dan perkembangannya di seluruh dunia dan disertai ramai TIDAK SAMA SEKALI boleh membuktikan ia adalah sebuah system yang halal di sudut hukum Islam, dan tidak juga mampu membuktikan ia legitimate di sisi undang-undang.

3. Produk yang dijual
Sebagaimana dimaklumkan di web mereka, produknya adalah berupa ratusan e-book, audio dan video training untuk belajar menggunakan software tertentu seperti vista, microsoft, excel dan lain-lain. Berikut senarainya audio :
Outsourcers Bible
Easy Niche Riches
Profitable Web Site
Finding a Lawyer
Cyber Law
Grant Writing
Guerilla Marketing Tactics
Business Card Marketing Tactics
All About Acne
Patent Pending
Bedroom To Boardroom
Profit From Public Domain Data
Internet Finacing
Mentor Fortunes
Investing In You
Time Management
Marketing Moms
Wealth Building Secrets
Virtual Plastic
Article Marketing
Hiring and Retaining Good Employees
Life After Stroke Male Part
Life After Stroke Female
Leveraging Public Data
Home Seller Power Tips
Website Supernova Audio
You and Your Tattoo
Convert Docs To PDF
Blogging Your Way To Business Success
Internet Marketing Mindset
Viral Marketing
Social Bookmarking Secrets
SEO Cash Cow
Change Your Mind
eBay Marketing
How To Promote
Membership Site Call
Mastermind Recordings Marshall
Mastermind Recordings Marc Goldman
Mastermind Recordings Kacper
Mastermind Recordings Gislason
Instant Bestseller
Profitable Forex Trading
Extreme Persuassion Strategie
Customer Tested Buying Triggers
Explosive Influence Tactics
Clever Profit Generating Insights
Blockbuster Cash Secrets
Covert Product Selling Principles
Breakthrough Sales Solutions
Amazing Advertising Tips
Boot Camp
Million Dollar Copy
Internet Made Easy
How To Buy Into Success
Portal Profits
Business Metamorphosis
Getting Away From The Hype
IT for Small and Home Based Businesses
Skip The Mistakes To Success
Easy Money Interviews
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Stephen Pierce
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Shawn Casey
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Stewart
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Litman
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Linda Forsythe
Big Seminar Interview Atlanta 2004 John Childers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Joe Polish
Big Seminar Interview Atlanta 2004 JJ Childers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Atlanta 2005 Harv Ekers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Armand Morin
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Alex Mandossian

Beikurt pula senarai videonya :-
Affiliate Marketing 101
An introduction To Affiliate marketing 10 min 06 sec
Affiliate Networks & Product Selection 22 min 30 sec
Creating Your Site- continued 19 min 49 sec
Marketing Your Site 19 min 36 sec
More About Marketing & Closing Thoughts 9 min 21 sec


Camtasia Training Series
Introduction To Camtasia 7 min 23 sec
Producing Your Camtasia Video 19 min 25 sec
Recording And Editing Your Camtasia Video 7 min 56 sec
More About Editing Part 1 7 min 00 sec
More About Editing Part 2 7 min 47 sec
Creating a Camtasia Theater Project 8 min 03 sec


Drupal Training Series
How To Install Drupal 11 min 30 sec
Setting Up Drupal 12 min 42 sec
Site Building Options 20 min 27 sec
Adding Content & Managing Site Navigation 13 min 50 sec
Organizing Content 25 min 20 sec
Even More Setup 18 min 03 sec
Adding Modules For Improved Functionality 24 min 52 sec
Setting Meta Tags 13 min 51 sec

Exit Traffic Negotiator Installation
Install, Setup & Use Exit Traffic Negotiator On Your Web Page 16 min 46 bsec

Firefox 2 Training Series
Firefox Installing Firefox 5 min 3o sec
Firefox Blue Ice 5 min 10 sec
Firefox Bookmarks Manager 4 min 46 sec
Firefox Browsing History 7 min 41 sec
Firefox Clear Private Data 4 min 59 sec
Firefox Browsing History 7 min 41 sec
Firefox Download Manager 7 min 33 sec
Firefox Error Console 4 min 00 sec

download files 12 min 13
info bar 11 min 42
Karen's Cookie Viewer 7 min 28
keep updated 13 min 23
manage addons 7 min 10
phishing filter 11 min 17
pop up blocker 13 min 29
secure transactions 7 min 23
security overview 10 min 06
security zones 11 min 17
software explorer 13 min 41
spysweeper introduction 6 min 36
spyware malware 8 min 23
stop script errors 2 min 06
temporary internet folder 10 min 36
understanding certificates 18 min 31
windows defender introduction 11 min 05


Joomla Training Series
Installation 18 min 00 sec
Setup Joomla Site 17 min 49 sec
More Setup Options 24 min 28 sec
Create The Site 15 min 23 sec
Setup The Site 23 min 25 sec
Setup Contnued 13 min 22 sec
Inside The Site 18 min 46 sec


Microsoft Access Training Series
Access ACCDE Databases 1 min 52 sec
Access Email Updates 3 min 59 sec
Access File Format 1 min 45 sec
Access Layout View 2 min 32 sec
Access Navigation Pane 2 min 41 sec
Access New UI 5 min 10 sec
Access Password Security 2 min 43 sec
Access Navigation Pane 2 min 41 sec
Access Access Prebuilt Solutions 4 min 03 sec
Access Report Design 2 min 15 sec
Access View Toolbar 2 min 27 sec


Microsoft Excel Training Series
Excel Cell Types 3 min 20 sec
Excel Charting 4 min 18 sec
Excel Conditional Formating 4 min 44 sec
Excel Headers Footers 2 min 03 sec
Excel New File Format 8 min 51 sec
Excel New Interface 8 min 01 sec
Excel Pivot Tables 6 min 20 sec
Excel Shapes WordArt 3 min 09 sec
Excel Templates 3 min 44 sec
Excel Themes 3 min 20 sec


Microsoft Office Training Series
MSOffice versions 4 min 41 sec
MSOffice Upgrading From A Previous Version 6 min 14 sec

Begitulah beberapa petikan produknya yang boleh diperolehi dengan hanya USD25 atau RM 100. Sekali pandang ia kelihatan cukup baik, namun apabila diteliti tajuk-tajuk tertentu dalam senarai audio, ia jelas agak banyak tajuk yang dijual berkait hal yang dilarang di dalam Islam, malah majoritinya tidak dapat dipastikan kandungannya sama ada halal atau haram seperti tajuk "forex trading"-
 
Forex trading terlalu banyak bercampur aduk dengan yang haram, manakala tajuk tatoo, bedroom, bible etc secara tidak langsung memberi kekeliruan terhadap kandungannya, walaupun telah dimaklumkan bahawa isinya berlainan, ia tetap membawa syubhat yang besar sama ada pada tajuk itu sendiri atau teknik-teknik perniagaan di dalamnya yang tidak sama sekali mengambil kira displin perniagaan Islam. Tambahan pula kebanyakan tajuknya TIDAK MENARIK lagi TIDAK DIPERLUKAN oleh majoriti peserta.
Namun begitu, itu bukanlah isu utama masalahnya dalam hujjah ini. Hujjah utamanya adalah produk ini hanyalah sebagai alat untuk mengabui mata pihak berkuasa dan peserta, kononnya mereka menjual produk, sedangkan produk yang dijual tidak mempunyai sebarang kualiti khas, malah semua kaedah dan tatacara pengunaan itu boleh dengan mudah diperolehi secara percuma di internet. Justeru itu, produk seperti ini jelas adalah satu produk tanpa nilai seperti 'sampah' yang dihias bagi mencantikkan gambaran skim sahaja.
 
Selain itu, semua produk yang dibeli orang peserta TIDAK boleh diketahui isinya dengan jelas ( khususnya bagi tajuk-tajuk yang terlalu umum dan tidak direct to the content) kecuali setelah menyertainya. Ketika itu unsur gharar sekali lagi muncul dalam skim ini. Walaupun unsur ini semata tidak cukup kuat untuk menjatuhkan skim ini kepada HARAM, namun gabungannya dengan pelbagai isu dan masalah lain yang disebut dalam artikel ini, menyebabkan ia jatuh dalam sebuah skim perjudian dan juga riba.
 
Saya juga yakin majoriti yang memasuki system ini TIDAK SAMA SEKALI inginkan produk itu, malah tidak memanfaatkan produk yang diperolehi itu. Malah mereka hanya baru ingin mengetahui dan membuka isi produk yang mereka miliki setelah artikel ini mensasarkan masalah pada produk. Sebenarnya apa yang diingini adalah system reverse 2 up yang diwarwarkan membolehkan peserta memperolehi modal USD 25 dengan hanya seorang dowline, selanjutnya selaku upline mereka akan memperolehi komisyen yang merupakan keuntungan demi keuntungan.
 

Meneliti promosi-promosi dari ahli-ahli ID, amat jelas memperlihatkan niat dan kecenderungan mereka adalah untuk bergiat dalam system money game dan bukannya berusaha mempromosikan produk-produk tanpa kualiti mereka. Ini jelas apabila sistem komisyen lebih diutamakan dalam promosi berbanding produk. Produk-produk mereka tiada kualiti khusus kerana hampir kesemua tajuk pada produk itu boleh didapati secara percuma sama ada dari youtube, google search dan sebagainya.

SAMPAHKAH PRODUKNYA?
Ada yang bertanya dan berhujjah bahawa produk itu walaupun kelihatan tidak berguna dan mudah diperolehi secara percuma. Namun seperti tayar buruk, ia mungkin tidak berguna bagi sesetengah orang namun ia berguna bagi sesetengah yang lain, lalu adakah wajar saya mengelarkan sebagai ‘sampah' atau tidak. 
 
Untuk memahami guna atau tidak gunanya sesebuah produk, fahamkan kaedah fiqhiyah ini " al-Ibratu lil Ghalib as-Sya'i La Lin Nadir" (Ertinya : Pengajaran dan pengiktibaran dalam sandaran sesebuah hukum adalah apa yang diamal atau ditanggap oleh majoriti bukan bagi tanggapan terpencil)

Kes 'sampah' yang saya sebutkan membawa dua maksud iaitu sama ada :- 

 
1) Produk itu memang tidak ada nilai dan kualiti yang khusus, untuk dijual beli sehingga bertingkat-tingkat dan melibatkan beribu-beribu orang manusia membeli dan menjualkan berulang kali. Hanya sekadar ia sebuah kompilasi tidak cukup menjadikan ia sebegitu digilai oleh ramai orang. Hakikatnya, sistemnya yang digilai bukan produknya.
 
2) Produk itu tidak sekalipun akan digunakan oleh peserta (iaitu berdasarkan tinjauan majoriti dan promosi ahli-ahli mereka), ia dikendalikan seperti 'sampah' (yang tidak terpakai dan tidak digunakan), ia sekadar mencukupkan syarat untuk menyertai sistem money game, piramid yang haram kerana judi, gharar dan riba. Atas dasar itu MEMANG PRODUK itu bernilai sampah, adakala berguna tetapi tidak utama, atau dilayan oleh peserta seperti sampah yang tidak utama dalam pergerakan dan promosi mereka.
4. Plan pembayaran komisyen ( compensation plan)
Perkara pertama yang perlu difahami, apabila sesuatu sistem atau skim upahnya tidak disandarkan kepada nilai jualan barangan atau produk, ia adalah tanda awal ia merupakan sistem piramid, head hunting atau money game.
Seperti yang disebut di atas, skim ini menggunakan system reverse 2 up. Sedikit penerangannya boleh dilihat dalam video yang disertakan ini .




REVERSE TWO UP SYSTEM
Yang difahami darinya :
· Dengan modal : RM100 ( 25 USD)
· Setiap tajaan ahli 1 dan 3 (POWERLINE) kecuali kaki ke-2 dan ke-4 akan diperolehi oleh upline ( iaitu RM100 terus ke akaun upline)
· Bermakna, setiap kaki 2 dan 4 dari POWERLINE, RM100 setiap seorang akan terus dimasukkan ke dalam akaun
· Perkara ini berlanjutan hingga infiniti (melintang dan menegak)
CONTOH ; Seseorang menaja 4 orang A,B,C,D, maka (B) DGN (D) BERI KE UPLINE. Manakala (A) DAN (D) SEHINGGA Z (atau berapa sekalipun peserta yang punya..hanya 2 sahaja diberi kepada upline..dan 2 tadi akan melahir kan 4 untuk layak berniaga.

Sekiranya seseorang itu menaja atau mencari 10 orang ahli (=mangsa) ( ini diambil dari facebook ID , jika salah mereka yang salah)

Level 1 - 10 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10 = RM900
Level 2 - 100 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100 = RM900
Level 3 - 1000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 1000 = RM90,00
Level 4 - 10000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10000 = RM900,000
Level 5 - 100000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100000 = RM81,000,000

 
Itulah angan-angan peserta skim mat jenin, seolah begitu mudah untuk mencapai level 5. Atau berikut cara kiraan lebih detail yang disiar di web infinity downline sendiri
Let's say that everyone only gets 4 people their first week and duplicates...
Week 1
You get your 4, you pass 2 of them upline.
You keep 2. So 2 X $25 = $50
Week 2
Your 2 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 4.
So 4 X $25 = $100
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Week 3
Your 4 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 8.
So 8 X $25 = $200
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Week 4
Your 8 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 16.
So 16 X $25 = $400
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Week 5
Your 16 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 32.
So 32 X $25 = $800
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Week 6
Your 32 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 64.
So 64 X $25 = $1600
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Let's skip to week 10...
Week 10
Your 512 get their 4.
Of course 2 each are passed up to you for a total of 1024.
So 1024 X $25 = $25,600
*Add to that the people from the prior week rolling to this week
Dalam web mereka sendiri, sama sekali tidak menceritakan kelebihan produk yang dimiliki. Tarikan bukan pada produk tapi pada kiraan komisyen di atas. Sebagaimana yang telah saya sebut dalam artikel MLM yang terdahulu, apabila yuran keahlian dijadikan sandaran komisyen dan segala komisyen itu juga bukan sebuah keuntungan hasil kontrak jual beli produk yang unik dengan kualitinya. Ia jelas sebuah system yang diharamkan di sisi Islam.

YURAN SETIAP BULAN
Ini adalah petikan dari kempen sana sini upline ID (rujuk facebook mereka) :
Kita akan terus-menerus dapat setiap bulan selagi downline maintain bayar USD25 tiap-tiap bulan. Paling best 100% bila anda menaja 1orang SYARIKAT TIDAK AMBIL APA-APA best program affiliate -INFINITY DOWNLINE ni.

Ini jelas satu lagi unsur haram, modal yang diwarwarkan sebenarnya bukan lagi USD 25 seumur hidup, rupanya adalah USD 25 sebulan!. Sedangkan produk yang telkah dibeli dahulu pun tidak gunakan, apatah lagi produk bulan depan yang belum pasti akan diupdate oleh syarikat atau tidak. Jika syarikat belum mengemaskinikan produknya, malah tidak disebut secara jelas, manakah produk baru pada tiap-tiap awal bulan, maka atas apakah bayaran USD 25 itu dibuat? Sekadar untuk memastikan upline layak mendapat komisyen orang downline?. Jika itulah senarionya, ia JELAS Riba malah juga mempunyai unsur perjudian.
 
Perjudian semakin jelas apabila, kegagalan ahli maintain USD 25 setiap bulan akan menyebabkan dirinya terkeluar dari kaki dan tidak lagi layak menerima komisyen orang bawah, kini dirinya dianggap orang baru di bawah sistem kaki tersebut setelah pendaftaran dan pembayaran semula dibuat.

Penilaian saya:
Menurut pandangan saya, sistem komisyen dalam skim ID ini jatuh dalam bentuk riba. Ini adalah kerana apabila produk tidak lagi menjadi ukuran dan fokus, bayaran yuran yang diberikan hanyalah sebagai jalan untuk meraih wang tunai yang lebih banyak pada masa hadapan melalui system ini. Hal ini dijalankan melalui system system reverse 2 up.
Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah dan juga Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan mana-mana skim MLM atau affiliate yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya seperti ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, ebook , video, audio yang tidak relevan kepada pengguna khussunya yang tidak mahir bahasa Inggeris (bagi kes ID semua produk sampahnya di dalam bahasa Inggeris), atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. 
 
Ini jelas, pada hakikatnya, ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.
 
Sebagaimana juga disebut di atas, ia juga mempunyai unsur judi melalui yuran bulanan peserta. Yuran ini mendedahkan peserta kepada dua kemungkinan iaitu RUGI (= kalah), atau terus mendapat komisyen lumayan dari downline ( = Menang judi).
Tidak dinafikan sistem komisyen ini boleh menghasilkan wang dan duit yang banyak kepada upliner khususnya apabila masih belum ramai yang menyertainya, namun itu bukanlah fokus artikel ini ditulis.
Tulisan ini memfokuskan kepada sama ada wang yang boleh diperolehi itu merupakan sumber dan cara yang menepati hukum Syariah atau tidak, dan ternyata ia TIDAK PATUH kepada undang-undang muamalat Islam.

KESIMPULAN AKHIR 
1) Latarbelakang syarikat ID diragui dan bermasalah.
2) Produk ID adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up.
3) Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.
 
4) Yuran bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.
Oleh itu, menurut penelitian saya, umat Islam MESTI DIHARAMKAN dari menyertai system ini. Sebarang promosi dan membiarkan promosinya betapak di web atau facebook anda juga adalah diharamkan di dalam Islam atas asas larangan bantu membantu dalam perkara maksiat dan dosa.
 
Adalah diharapkan umat Islam khususnya bangkit dari tidur dan mimpi untuk mendapatkan untung tanpa usaha yang setimpal. Dalam Islam setiap keuntungan mestilah bersumber dari penjualan sesuatu aset atau dari usaha sebenar terhadap sesuatu aset, bukan hanya untung atas angin secara goyang kaki atas penyertaan orang ke dalam sesuatu sistem pyramid.
Semoga kita semua diberi pembukaan hati dan minda untuk tidak menyertai, berhenti dan menyedarkan yang lain. Namun sekali terjebak, kegilaan kepada wang, harta serta sistem cepat kaya adalah ibarat arak yang memabukkan, tidak mudah menyedarkan mereka tatkala sedang mabuk, peluang dan ruang untuk yang menasihat dicerca adalah besar, demikianlah tabiat orang mabuk apabila dinasihat. Justeru bersabar kalian dalam menasihati mereka, semoga mereka lekas sedar dan sempat diselamatkan sebelum kemalangan berlaku.
Akhir sekali, tulisan ini bukanlah sebuah fatwa, ia hanya nasihat dan pandangan. Jika ada yang tidak bersetuju dengannya, terpulang kepada saudara dan saudari untuk menolaknya. Tiada sesiapa yang memaksa untuk menerimanya. NIat saya hanyalah untuk mebantu dan menyelamatkan kita semua dari murka Allah. Justeru tidak perlu untuk mencaci maki di web ini.
 
Ada yang menghantar email kepada saya bertanya tentang cara berhenti dan taubat. Ini jawapan ringkasnya. Jalannya adalah berhenti, sedarkan dowline juga dan semua komisyen yang masih lagi masuk disalurkan kepada faqir miskin. Modal sendiri boleh ambil semula.

Taubat boleh dibuat dgn menunaikan solat taubat sebanyak 2 rakaat dan insafilah dengan sebenar-sebenarnya keterlibatan dan kegelojohan kita terhadap wang dan harta itu, kemudian memperbanyakkan sedeqah dari semasa ke semasa. Selanjutnya panjatkan harapan setingginya kepada Allah untuk menerima taubat kita.

Sekian
 
Zaharuddin Abd Rahman
13 Rabi'ul Awal 1431 H
27 Feb 2010 

Klik Sini Untuk membaca lebih lanjut tetang infinity downline iaitu maklum balas email antara UZAR dan Irfan Khairi (Jutawan Internet) dan email antara UZAR dan Celya Tay (mewakili Infinity Downline)