27 December 2010

Info : Istimewanya Kidal (left handed)

gambar hiasan - sumber gambar :klik
Kita biasa dengan individu yang menggunakan tangan kanan berbanding tangan kiri. Ia lebih sinonim dengan panggilan kidal atas faktor penggunaan tangan kiri mereka  untuk membuat sesuatu pekerjaan seperti menulis, memegang peralatan dan sebagainya. Individu ini dianggap unik kerana dipercayai hanya 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ).

Peralatan seperti alat tulis mahupun sukan sukar untuk diperolehi di pasaran untuk kumpulan ini. Oleh kerana kelompok yang sedikit, mereka terpaksa menggunakan barangan  sedia ada yang biasanya dibuat untuk kelompok si tangan kanan.

Bagaimanapun, kewujudan ‘anything left-handed’ yang mana mengumpulkan si tangan kidal seluruh dunia ternyata mendapat sambutan. Bahkan di kota Londan wujud kedai-kedai peralatan yang dikhaskan untuk si tangan kidal ini. Antaranya alat tulis, peralatan sukan dan juga alat muzik.

Hubungan Kidal dan Otak

 Secara amnya kidal juga memberi maksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kiri.

Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) pula menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini, individu kidal dikatakan lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.
Menurut Fabiola Priscilla Setiawan, Pakar Psikologi Anak dan Remaja, kidal terjadi apabila otak kanan seseorang lebih dominan berbanding dengan otak kirinya.

Fakta menarik kidal…


1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang  juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapa pun yang dapat mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dapat dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan di dalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi), sehinggakan sesiapa yang  ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin bagi  menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun. Bagaimanapun  ini adalah budaya Barat dan kita tidak digalakkan meraikannya.

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.

7. Individu Kidal, Individu Elastik

8. Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan.

Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Disebabkan itu juga, secara purata orang kidal mempunyai jangka hayat sembilan tahun lebih pendek berbanding mereka yang bertangan kanan. 

 
Kekurangan

Menulis di dalam buku tebal (diari, buku laporan,dan lain-lain) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri muka surat buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik.

Peralatan yang berada di pasaran kebanyakannya direka khas untuk pengguna tangan kanan. Contohnya seperti gunting, senjata api, tetikus, peralatan dapur, alat muzik dan lain-lain.

Individu kidal yang melanjutkan pelajaran ke universiti atau kolej pasti akan menghadapi masalah ini. Kerusi kuliah atau kerusi yang disertakan dengan meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar mereka dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada. Bayangkan sekiranya ianya digunakan dalam peperiksaan, pasti lenguh pelajar kidal ini untuk menjawab soalan dalam jangka masa yang panjang.

Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:
* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerja rumah/surirumah

Kelebihan 

Tulisan Arab:
• Menulis dalam tulisan Jawi/Arab lebih senang berbanding tulisan biasa.

Kreativiti:
• Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Kamera :
• Bentuk kamera SLR yang memerlukan pengendalian kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.


Antara orang yang kidal
1.    Barrack Obama (Presiden Amerika Syarikat)
2.    Leonardo da Vinci (pelukis)
3.    Amitabh Bachchan (pelakon Bollywood)
4.    Tom Cruise
5.    Angelina Jolie
6.    Diego Armando Maradona (pemain bola sepak)
7.    George H.W. Bush
8.    Bill Clinton
9.    Prince Charles of England
10.    Prince William of England
11.    Valentino Rossi
12.    Bill Gates
13.    Albert Einstein (Saintis)
14.    Lin Dan (pemain badminton)

Kedai  peralatan untuk kidal

Bagi individu yang kidal tidak perlu khuatir sekiranya tiada peralatan yang dikhaskan untuk anda di Malaysia. Jika selama ini anda hanya mendengar kewujudan kedai ini di luar negara sahaja, tetapi sebenarnya kedai seumpama ini mula ditubuhkan pada tahun 2000. Left-Handed Convenience Sdn Bhd telah diasaskan oleh Chong Siew Chin yang juga seorang kidal.

Ia beroperasi di nombor 6, Tingkat Satu, Jalan SS2/61, Petaling Jaya dan InQbox, New Wing, Lower Ground 301, 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor dan menjadi satu-satunya pusat jualan barangan untuk orang kidal.

Antara barangan yang terdapat di sana ialah gunting, pembuka tin, pengupas buah, pensil, pen, pembaris, pengasah dan pemegang pensil, pisau, jam, buku nota dan cawan yang mana semuanya direka khas untuk orang kidal. Kesemua barangan yang dijual di situ berharga dari RM2 hingga RM50 mengikut jenis.

Sekali pandang, semua barang itu tidak ada bezanya dengan produk sedia ada tetapi hakikatnya semua barangan berkenaan diimport secara terus dari Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom.

Sumber : http://www.anythinglefthanded.co.uk
                 http://www.hmetro.com.my

Credit to : DunyaHalal.com