16 May 2011

Laskar Pelangi di Hari Guru

Kalau anda seorang mahasiswa, dari mana anda mula belajar secara formal? Bergitu juga jika anda telah berjaya menjadi seorang Dokter, Peguam, Ahli Perniagaan, dan siapa pun anda sekarang. Tanyakan kembali dari mana anda mula?

Kalau bukan kerana insan yang bergelar pendidik inilah, anda tidak mungkin menjadi seperti anda sekarang. Yang telah melakar laskar pelangi dalam hidup kita. Mencorak dengan warna-warni kehidupan.

Berginilah karenah murid-murid, mereka tabah melayan
Semperna Hari Guru ini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada Cikgu2, Guru2 dan Pensyarah2 yang telah banyak mencurahkan ilmu sehingga melimpah. Kadang kala tidak tertadah kerana mereka memberi dengan seikhlas hati mereka. Seadanya dan semampunya dikongsikan bersama.Jasamu tidak terbalas, semoga Allah merahmatimu.


Selamat Hari Guru 

 




** Cuba fikir sejenak : Kalau dulu masa zaman sekolah untuk menghargai guru kita. Pihak sekolah akan mengadakan hari guru. Betul tak? Tapi kenapa di Universiti kita tidak mengadakan hari Pensyarah? Mereka juga pendidik....