31 May 2011

Aku & Akhil Hayy dalam Rancangan Terbaru Astro Oasis

Assalamualaikum dan salam ukhwah..
Setelah selesai membeli tiket bas di Pudu Raya pada petang tadi. Aku bergegas pulang ke rumah. Ketika berjalan kaki menuju ke LRT Masjid Jami' untuk membeli tiket LRT, kelihatan sekumpulan manusia sedang membuat pengambaran. Aku terus berjalan dan tiba-tiba ada seorang abang ni menyapa aku. Dia menjelaskan bahawa dia dari Astro Oasis sedang mebuat rakaman program terbaru Astro Oasis. Program ni lebih kurang macam"Wa Kena Beb" la. tapi berbentuk islamik. 

Jadi dia meminta aku untuk berlakon untuk dalam rancangan ini.

Wah.... berat jugak ni... mana tidaknya berlakon sebagai orang yang susah menerima dakwah daripada sekumpulan tabligh. dan setelah itu akan keluar Akhi Hayy memberi nasihat kepada aku.
Berlakon sekejap je..

Setelah dipujuk..dipujuk... dan abang tu pun berjanji akan "soft" @ "blur"kan muka aku dalam TV. Akhirnya aku bersetuju bagi menjayakan rancangan ni. Semoga program ini berjaya.
pengambaran sedang berlangsung
Setelah selesai pengambaran.
Cenderahati dari Astro Oasis
Peringatan : Segala kata-kata aku dalam program ni adalah LAKONAN. Bukanlah keluar dari isi hatiku.