11 August 2011

Tragedi Buka Puasa : Pelajar Malaysia Ditahan Perusuh Britain

Asyraf Haziq yang merupakan pelajar tahun satu bidang perakaunan di Kolej Kaplan, diserang oleh kumpulan perusuh selepas rusuhan yang berlaku di Britain yang masuk hari ke-5 semalam. Ayraf dalam berbasikal untuk berbuka puasa telah ditahan sekumpulan perusuh.

Beliau berkata, selepas diserang, beberapa lelaki seolah-olah cuba membantunya tetapi mencuri barangan dalam beg sandang.

Asyraf Haziq berkata, penyerangnya tidak menyedari kejadian dirakamkan individu dari bangunan berdekatan dan klip video satu minit 14 saat dimuatkan dalam YouTube serta diguna stesen penyiaran di sini termasuk BBC dan Sky TV.





Info : Rusuhan terburuk Britain masuk hari kelima
  • Empat maut dalam keganasan
  • Penduduk Islam jadi sasaran
  • Kekacauan merebak ke Manchester, Liverpool, Nottingham
  • EPL mungkin terjejas

Selamat Berbuka Puasa!!!