06 August 2011

Penerbangan Persawat {RAMADAN 1432} Sudah Bermula

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana telah memberi kesempatan kepada kita bertemu dengan bulan Ramadan pada tahun ini.

Satu perjalanan atau journey Ramadan akan kita lalui bersama, selama satu bulan dengan penuh nikmat pahala yang berganda pada bulan ini.

Hari ini merupakan hari ke-6 kita berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga. Tidak cukup sekadar itu, kita juga perlulah menahan nafsu dan segala tingkah laku kita agar pahala puasa ramadan ini tidak kurang walau sedikit pun. Malah, bertambah dengan amalan sunat yang kita laksanakan.

Rasulullah telah membahagikan ramadhan itu kepada tiga fasa. Fasa yang pertama adalah Rahmat, fasa kedua pula Keampunan dan terakhir adalah Perlepasan dari Api Neraka.

Pada hari ini kita sedang berada pada permulaan ramadan (fasa Rahmat), dimana penerbangan kita juga baru bermula. Semoga kita beroleh kerahmat daripada Allah SWT.

Selamat menaiki penerbangan RAMADHAN AIRLINES Bernombor 1432H. Kita akan terbang dgn ketinggian 30/30 hari atas permukaan LAPAR dan DAHAGA.Para penumpang diwajibkan untuk memasang niat PUASA dan menegakan kerusi SOLAT dan melaraskan IBADAH mengikut keselesaan anda. Saya selaku anak Kapal Bertugas mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA… MUDAH-MUDAHAN PUASA TAHUN ini lebih mendapat keberkatan dan keteguhan Iman dari Allah SWT inya Allah.. Amin - SMS dari seorang Sahabat.