09 August 2011

Misi Ramadhan di Gaza dan Pelancaran Album Palestin

Sabtu, 6 Ogos 2011/ 6 Ramadhan 1432H- Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia ( MAPPIM) telah melancarkan sebuah misi iaitu'Misi Ramadhan Di Gaza Dan Album Palestin berjudul Siapa Peduli' bertempat di Hotel De Palma Ampang, Kuala Lumpur. Majlis yang kedua kalinya di lancarkanini bertujuan untuk mengumpul dana projek hospital dan kanak-kanak yang serba kekurangan di Gaza, Palestin.

Inisiatif ini dilaksanakan berikutan keprihatinan pertubuhan-pertubuhan sukarela di Malaysia untuk membantu rakyat Palestin memperjuangkan hak dan kedaulatan tanah air Palestin yang telah dicerobohi dan di rampas oleh Rejim Zionis,Israel.

Sebagai suatu usaha untuk membuka mata dan minda masyarakat Malaysia dan dunia mengenai perjuangan membebaskan Palestin dan Masjid AL-Aqsa, MAPPIM dengan bantuan kerjasama pelbagai pihak yang terlibat telah berjaya menerbitkan sebuah album Palestin berjudul 'Siapa Peduli.

Pelancaran album ini merupakan salah satu usaha untuk menjadikan ia sebagai penampilan MAPPIM kepada masyarakat;bagi mengumpul dana Tabung Gaza-MAPPIM yang bertujuan untuk menjayakan projek-projek pemulihan Gaza di Palestin.

Album yang telah memuatkan 10 buah lagu;termasuk sebuah puisi yang dideklimasikan oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said ini mengandungi lagu-lagu khusus mengenai Palestin dan sejarah perjuangan Rakyat Palestin.

MAPPIM sangat berbesar hati dan menghargai semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembikinan album ini. MAPPIM juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para dermawan yang melihat projek album ini sebagai satu sumbangan untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.

MAPPIM turut berterima kasih kepada artis-artis yang telah bersama-sama menghasilkan album ini iaitu Mawi, Jay Jay, Azhan Atan, Liza Hanim, Hafiz AF, Alyah, Mila, Syafinaz dan kumpulan Putra. Sumbangan mereka ini sangat besar nilainya bagi pihak MAPPIM dan Palestin itu sendiri.

MAPPIM sangat terhutang budi pada pihak studio rakaman One Scream Studio dan Saudara Othman Mahmood dari Sheikh Qalam Records dan;pihak Universal Music Malaysia yang turut sama membantu mengedarkan album ini.

Setinggi-tinggi penghargaan buat Sasterawan Negara yang ulung iaitu Datuk A. Samad Said yang sudi merekamkan puisi yang berjudul 'Anak-Anak Palestina' untuk album ini sehingga album ini dapat menjadi sebuah album yang unik dan berkelas tersendiri.

MAPPIM mengharapkan sokongan padu masyarakat tidak mengira agama,kaum, dan budaya untuk turut serta membeli album ;ini yang original dan asli sekaligus dapat menjayakan kutipan dana Tabung Gaza- MAPPIM ini. Sama-samalah kita bergabung tenaga merentas kepentingan politik untuk bersatu menyokong perjuangan Palestin atas dasar kemanusiaan. - Berita@ILuvIslam