09 April 2011

Mencari Sinar Harapan | Bersama IM Asyraf

Assalamulaikum dan salam ukhwah buat teman sekalian. Alhamdulillah pada malam 8 April 2011 sekali lagi aku berkesempatan bersama Ustaz Asyraf (Imam Muda) setelah pertemuan kali pertama kami ketika "Malam Sinar Maulidurasul" di Dewan Perdana UiTM Kedah. Pada kali ini pertemuan kami di Pusat Islam, Masjid Ashabul Kahfi dengan topik dan tema yang berbeza. Tema bagi program ini ialah "Mencari Sinar Harapan" dengan tajuk kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Asyraf pula ialah "Menghadapi Perjuangan yang Suci". Tahniah diucapakan kepada Kelab Sains Komputer (Cycom club) kerana telah berjaya menganjurkan program ini.

Kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Asyraf lebih menjurus kepada kehidupan mahasiswa yang berjuang dalam menempuh kejayaan. Beliau memperingatkan mahasiswa, walau bidang apa pun yang kita ceburi tetap perlu dipandu oleh Islam. Pelbagai isu berlandaskan mahasiswa telah beliau kupas bagi menunjukan realiti kehidupan ini. Antaranya ; aspek peranan anak muda dikaitakan dengan kegemilangan Sultan Muhammad Al-Fateh, berfikiran positif, masalah couple, dan bermacam lagi.
 
IM Asyraf sedang memberi kuliah

Mahasiswa yang khusyuk mendengar

Penyampaian cemderahati kepada IM Asyraf

Aku sempat bergambar bersama IM Aysraf

Ahli Cycom bersama IM Asyraf