03 April 2011

Awas Lelaki !!! Jangan Kencing dalam Kolam

Peringatan untuk laki-laki dan juga wanita yang suka membuang air kecil dalam kolam renang dan dimerata tempat. Perkara ini penting, jika berlaku boleh mengakibatkan mereka yang terdedah dengan air klorin bercampur air kencing terkena padah kenser.

Menurut Profesor Madya Mohamad Pauzi Zakaria dari Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata dalam laporan KOSMO! (tajuk : BPA ubah lelaki jadi wanita) "jika air yang telah diklorin itu bertembung dengan sisa organik seperti air kencing, ia akan bertindak balas dengan klorin dan menghasilkan Trihalomethanes (THM) iaitu bahan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser,”.

Tempat yang berisiko tinggi terdedah kepada THM adalah kolam renang, maklumlah seorang sahaja yang kencing dalam tu, yang lain pun turut menerima kesannya dalam jangka masa panjang.

Dalam artikel yang sama juga beliau menjelaskan implikasi pengunaan bahan yang terkandung dalam bekas minuman plastik yang menjadi salah satu daripada topik global yang sedang dibincangkan para saintis.

Terdapat dua jenis bahan yang terdapat di dalam sesetangah bekas minuman plastik iaitu Bisphenol A (BPA) dan Nonyphenol mampu menjejaskan kesihatan bahkan mengganggu sistem hormon. Dua bahan itu digunakan untuk membuat bekas minuman seperti botol susu bayi kerana ia membuatkan plastik menjadi kuat dan tidak rapuh.

Bahaya!!!
BPA dan Nonylphenol dikatakan lebih berbahaya terhadap lelaki kerana ia boleh menukar ciri lelaki kepada ciri wanita (Pauzi, 2011)

“Struktur molekul BPA dan Nonylphenol hampir menyerupai hormon yang terdapat dalam tubuh manusia. Jika manusia minum air menggunakan bekas plastik yang mengandungi BPA dan Nonylphenol, dua bahan ini akan menghapuskan hormon manusia sedia ada,” ujarnya.

Sebagai contoh, Pauzi berkata, jika seorang ibu minum bahan BPA dan Nonylphenol dan kemudian menyusukan anak lelakinya, bahan tersebut akan berpindah ke dalam tubuh anak lelakinya. Secara tidak langsung, anak lelaki tersebut akan bertukar kepada ciri kewanitaan apabila dewasa kelak.


(¡) Sumber : KOSMO ! , Image : Google.