02 March 2011

Pertemuan Kami Pertama


Ahlamdulillah pada 28 Feb 2011 UiTM Kedah telah berjaya menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul, walaupun agak lambat desebabkan kekangan yang berlaku (banayk test). Terima Kasih kepada Pusat Isalam dengan kerjasama Persatuan IMAN dan RPTU kerana telah melakukan yang terbaik untuk sambutan maulid kali ini. 

Sambutan bermula dengan perarakan pada waktu petang oleh kotenjen2 yang menyertai. Aku juga tidak ketinggalan menyertai bagi mewakili Persatuan IMAN. Kami berarak dari dataran Ilmu ke Pusat Islam(PI) . Sepanjang perjalan alunan selawat bergema sepanjang perjalanan. Sampai di PI kami berkumpul dan jamuan deberikan. Majlis diteruskan pada malam harinya di Dewan Serbaguna.

Specialnya sambutan kali ini, UiTM telah mengundang dua jejaka yang telah berjaya melakar gelaran juara dalam dua program Realiti Islamik yang hebat. Insan yang dimaksudkan adalah Ustaz Fakrul Razi (Akedemi Al-Quran) dan Ustaz Asyraf ( Imam Muda).

Majlis pada malam ini juga diserikan lagi dengan persembahan Pentorama dari student UiTM Kedah dan Nasyid oleh kumpulan VOV. dan majlis diakhiri dengan penyampaikan hadia kepada kontenjen perarakan dan Tokoh Maulidur rasul. Tempat pertama disandang oleh JPK Malinja, Kedua oleh Persatuan Ikatan Mahasiswa Dinamis (IMAN), dan yang ketiga Komander Kesatria. Syukur IMAN dapat no. 2.... (hihihi)... Tokoh Maulidur Rasul pula di anugerahkan kepada Saudara Jamirul Syafiq (Presiden JPK Malinja). Tahniah diucapkan.

Nak tak tahu tak sebab apa tajuk post kali ini "Pertemuan Kami Pertama"? ha... sebab inilah kali pertama aku jumpa dua jejaka ini secara live dan sempat juga bergambar. Cuma dengan ustaz Asyraf tak sempat. kecewa  sikit....
Aku (sebelum persembahan Pentorama) dan Ustaz Fakrul

IM  Asyraf dibelakang pentas

IM Asyraf bersama kumpulan VOV